Kemaskini terbaru: November 7, 2023

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib oleh admin

Laman Jurnal Kesturi

https://www.asasi.my/kesturi/ Jurnal Kesturi diterbitkan secara dwitahunan oleh Akademi Sains Islam Malaysia.

[Baca teks penuh...]

ASASI akan mengadakan muktamar tahun ini (2021). Nantikan pengumumannya.

logo ASASI

Jawatankuasa Kerja ASASI telah bermesyuarat dan sedang membuat persiapan mengadakan Muktamar Tahunan pada tahun 2021 (untuk tahun 2019 dan 2020). Berkemungkinan besar muktamar diadakan secara dalam talian. Maklumat lanjut akan diumumkan dalam waktu terdekat. Nantikan pengumumannya.

[Baca teks penuh...]

Jurnal Kesturi 2019M / 1440H 29 (1 & 2)

imej-jurnal

Jurnal Kesturi edisi 2019M/1440H, 29 (1 & 2) merangkumi empat makalah berikut :

Pembangunan Lojik di Benua Hindia dan Keberadaannya
di Malayonesia. 1-20 :
Mohammad Alinor bin Abdul Kadir
_
Rekayasa Teknologi Pembuatan Perahu di Malayonesia. 22-31 :
Mohd Rohaizat bin Abdul Wahab,
_
Atur Cara Penyelidikan Tujuh Bidang Etnosains Besar
Malayonesia. 33-95 :
Shaharir bin Mohamad Zain,
_
Kincir Air Malayonesia: Satu Kajian Awal. 97-120 :
Wan Ramli bin Wan Daud,
_

[Baca teks penuh...]

Seminar Naradata Falsafah Melayu – 21 Mac 2021

poster seminar naradata falsafah melayu (muka 1)

Seminar dalam Talian – Naradata Falsafah Melayu anjuran PPFPM dan PPAS.

21 Mac 2021. 9.00 pagi.

Setiap peserta hanya dikenakan bayaran RM30.

[Baca teks penuh...]

Rekayasa Teknologi Pembuatan Perahu di Alam Melayu.

Abstrak- Kajian mengenai perahu di alam Melayu menjadi perhatian ramai penyelidik dari dalam dan luar negara. Namun kajian mengenai teknologi pembuatan masih lagi kurang dan sedikit. Kertas kerja ini cuba untuk menerangkan teknik pembuatan perahu tradisional yang telah lama dikuasai oleh tukang perahu Melayu. Dalam tinjauan di tapak pembinaan perahu, didapati teknik pembuatan ini masih lagi digunakan dalam kalangan tukang perahu Melayu pada masa kini. Teknik ini juga mengalami evolusi dalam pembuatannya selaras dengan perubahan zaman dan perkembangan dalam teknologi pertukangan kayu. Kertas kerja ini diharap dapat memberi sedikit gambaran tentang evolusi perkembangan teknologi pembuatan perahu tradisional di Alam Melayu dan sedikit sebanyak menambah korpus ilmu etnosains di Alam Melayu

[Baca teks penuh...]

Memo ASASI kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan PPSMI dan DLP

Akademi Sains Islam Malaysia dengan tegas menolak sama sekali tuntutan melaksanakan PPSMI/DLP/sekolah aliran Inggeris dalam apa bentuk sekali pun termasuk memberi pilihan kepada ibubapa atau sekolah melaksanakan PPSMI dalam program DLP atau menubuhkan sekolah aliran Inggeris.

[Baca teks penuh...]

Memo ASASI kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Sijil UEC

Akademi Sains Islam Malaysia dengan tegas menolak sama sekali cadangan kerajaan untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) menengah tinggi sebagai sijil yang setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk kelayakan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam dan memohon pekerjaan di jabatan dan agensi kerajaan.

[Baca teks penuh...]

Manuskrip Perubatan Melayu: Perbandingan Ringkas Dengan Sains Kini

(Slaid pembentangan)
• rekod bertulis tentang jenis penyakit, formulasi ubatan, perawatan, kesan sampingan, kaedah alternatif, dan lain-lain
• terhasil daripada keperluan dan keinginan untuk menyelesaikan masalah, menghasilkan ramuan yang lebih baik, mendapatkan kesan terapeutik yang lebih baik dengan kesan sampingan yang paling kurang, sama seperti perubatan moden
• Penekanan terhadap bahan-bahan segar yang dituai dengan mengambil kira keadaan dan perubahan persekitaran

[Baca teks penuh...]

Isu-Isu Perdebatan Sāmkhya-Hindu dan Yogācāra-Buddha Pada Zaman Pra-Islam Melayu

Abstrak
Makalah ini merupakan pensejarahan keilmuan pra-Islam Melayu sekitar kurun 7 -15 bahkan melewati perawalan kurun ke 17. Keberadaan karya-karya pra-Islam Melayu yang tersimpan dalam atau luar negeri hari ini menyakinkan kita bahawa kala tersebut didominasi aliran Sāmkhya-Hindu di samping mendapat tantangan daripada Yogācāra-Buddha. Perdebatan antara Sāmkhya-Hindu dengan Yogācāra-Buddha adalah berkisar pada isu-isu metafizik dan epistemologi di mana corak serta bentuk perdebatan telah dibentangkan makalah ini untuk pengikutan dan penghayatan.

[Baca teks penuh...]

Kincir Air Melayu: Satu Kajian Awal

Sawah padi yang menghasilkan padi, sumber makanan ruji di alam Melayu, memerlukan air yang banyak terutama pada waktu menanam semaian padi. Walaupun hujan turun sepanjang tahun dan cukup untuk menanam padi di alam Melayu, sawah padi yang jauh dari sungai atau yang dekat dengan sungai tetapi luas, masih memerlukan penyaloran air yang banyak dari sungai (Wan Ramli Wan Daud 1993). Petani Melayu menyelesaikan masalah pengairan ini dengan membina empangan dalam sungai daripada balak, kayu dan batu hingga setinggi 5 m untuk menakung air dan membina terusan dan pembuluh air untuk mengalirkan air sungai dari empangan ke sawah (Wan Ramli Wan Daud 1993). Jika empangan tidak cukup tinggi untuk menghantar air ke sawah yang jauh atau luas, atau aras air sungai terlalu rendah untuk empangan, petani Melayu juga membina kincir air untuk mengangkat air dari sungai ke aras tinggi yang membolehkan air disalorkan ke sawah yang jauh (Wan Ramli Wan Daud 1993).

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 1