Kemaskini terbaru: January 16, 2014

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib oleh Shaharir Mohamad Zain

Etnomatematik Malayonesia Kontemporer

Etnomatematik lebih dikenali sejak pengajuannya oleh D’Ambrosio dalam sekitar akhir dasawarsa 1980-an, sebagai matematik sesuatu kumpulan etnik, bangsa atau peradaban dahulu kala. Bagi D’Ambrosio ilmu ini diguna untuk unsur pendidikan bagi mencitrakan matematik kepada pelbagai tamadun, khasnya peradaban sendiri, dan menghilangkan rasa perhambaan Eropah. Takrif etnomatematik sebegini diperluaskan oleh penulis ini sejak awal alaf ini sehingga menjadi etnomatematik, sebagai karya sesuatu etnik atau bangsa sepanjang masa sejak zaman Yunani sehinggalah matematik kontemporer. Bagi mengukuhkan lagi takrif ini, kumpulan penulis ini telah menerbitkan beberapa unsur sains matematik kontemporer yang berupa kritikan matematik kini berasaskan sistem nilai Malayonesia. Contoh unsur matematik itu ialah pengoptimuman yang menjadi sinonim dengan ekonomi dan unsur asas atau dominan dalam pengurusan dan kewangan di samping unsur penting dalam bidang sains dan teknologi. Beberapa unsur sains matematik yang lain turut dipaparkan kelemahannya. Semua ini menerbitkan medan penyelidikan matematik kontemporer yang amat mencabar dan amat luas yang sarat dengan nilai-nilai daripada kebudayaan sendiri.

[Baca teks penuh...]

Cabaran Mantik kepada Muslim

Dari segi bahasa, mantik drp bahasa Arab mantiq yang berkata akarnya naataqa bermaksud berkata; manakala lojik drp Yunani logos juga bermakna demikian juga. Oleh itu sumber tabii atau asli mantik ialah bahasa, iaitu kita boleh mengetahui tabii mantik sesuatu bangsa menerusi bahasanya, khususnya bagaimanakah penggunaan kata sendinya, “dan” serta “atau”, gabungannya, penafian, dan penatijahan (implikasi; ayat “Jika …. Maka”). Adakah semua bahasa sama sahaja kefahaman terhadap sesuatu benda? Jika jawabannya “ya” maka mantik semua bangsa atau agama (termasuk –isme) adalah sama sahaja, khususnya tiadalah mantik Islam atau mantik Muslim, dan mantik Barat atau mantik bukan Islam; yang ada hanya mantik sahaja. Penegosiasi antara bangsa, atau para diplomat, pastinya tahu benar jawaban kepada soalan tadi ialah “tidak”, bahkan sesuatu ayat atau pernyataan bergantung juga maknanya kepada intonasi dan budaya sesuatu bangsa itu yang menjadikan “ya” atau “tidak” amat kabur atau tak pasti. Makalah ini membuktikan lagi keadaan ini.

[Baca teks penuh...]

Wacana 1: Keterlestarian sebagai ilmu multidisiplin termasuklah ekonomi dan matematik

Tabii bidang ilmu keterlestarian dikaji daripada sudut etimologi perkataan lestari dan sustain itu. Kajian etimologi ini dipadankan dengan makna sepintas lalu ilmu-ilmu kini semasa yang membayangkan kewujudan ilmu-ilmun itu di dalam ilmu keterlestarian atau sustainability science. Perincian padanan dengan ekonomi dan matematik termasuk etimologi dua ilmu ini dipaparkan dengan lebih terperinci bagi menunjukkan keakraban yang luar biasanya dua ilmu ini dengan keterlestarian.

[Baca teks penuh...]

Kuliah 1 Kritikan TE-TQ : Asal-usul TE, Mitos dan Kenyataannya: Sambutan Barat

Kuliah 1 Kritikan TE-TQ : Asal-usul TE, Mitos dan Kenyataannya: Sambutan Barat Sabtu, 16 April 2011/13 J’awwal 1432, 10pg-1tgh di UKM. Pelantar penulisan ilmu spt TE-TQ ini sabagai pra-mula pengIslaman Ilmu atau prapengislaman ilmu. Penerapan epistemologi Islam: Ilmu mesti sarat nilai Islam, Ilmu = Iman (Rosenthal 1970/1995), ilmu yang menafikan persamaan ini bukan “ilmu”, cuma …

[Baca teks penuh...]

MANTIK MELAYU PRA-ISLAM BERASASKAN BAHASANYA DI PRASASTI

Mantik sesuatu bangsa dapat dikaji menerusi bahasanya, khususnya tentang pemakaian kata sendinya (konjungsi dan disjungsi) yang setara dengan perkataan Melayu kini: “dan “, “serta” , “juga”, “pun”, “dengan” dan “atau”; pemakaian gabungan kata sendi ini dan daya penukartertibannya, penyekutuannya dan pengagihannya.

[Baca teks penuh...]

KeIslaman Universitas Islam di Indonesia

Mengikut laporan di 2nd European High Education Fair 2010 (Internet 1), di Indonesia ada 3,441 buah institusi pendidikan tinggi (IPT) swasta dan awam (IPTS dan IPTA). Sumber lain (Internet 2) mengatakan ada sekitar 2 buah IPTS. Fadlil (2009) memetik data kementerian pendidikan Indonesia 2004 yang memberi 2,235 buah IPTS dan 81 buah IPTA, dan ini termasuklah 46 buah universiti awam dan 345 buah universiti swasta (IPT di Indonesia ialah akademi, politeknik, sekolah tinggi, institut dan universitas). Jumlah universiti yang kami peroleh menerusi internet

[Baca teks penuh...]

Tiga Dasawarsa Pengalaman Menyembul Unsur Etnosains Matematik Rumpun Melayu

Etnomatematik di Malaysia secara tidak langsungnya bermulai pada tahun 1978 lagi, menerusi penubuhan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), yang memperjuangkan “sains Islam” dan “pengIslaman sains dan teknologi”, kerana sebab dan tujuannya, dalam suatu aspeknya, sama seperti yang berlaku pada terbitnya etnomatematica di Brazil tajaan D’Ambrosio 1975 (yang terbukti setakat ini) dan ethnomathematics di Amerika Syarikat (AS) menerusi penubuhan International Study Group on Ethnomathemtics dalam tahun 1985, di AS tajaan bersama D’Ambrosio.

[Baca teks penuh...]

Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin

Buku ini cukup laris kerana cetakan pertamanya tahun 2007 yang bermakna sudah 7 kali ulang cetak dalam masa 3 tahun ini, iaitu suatu yang agak fenomenal dalam industri perbukuan di Malaysia. Tidak syak lagi satu daripada kunci utama larisnya buku ini ialah judul yang berbunyi cukup Islam… ada perkataan “Quran”, dan cukup moden … ada perkataan yang berhubung dengan sains, iaitu “saintifik”.

[Baca teks penuh...]

Ulasan Buku Ary Ginanjar Augustian: ESQ 2008

Buku yang menjadi pegangan utama di dalam “ESQ Leadership Training” yang kontroversi itu disorot di sini mengikut sudut pengIslaman ilmu. Buku ini memang ada unsur pembinaan semula ilmu kepengurusan yang asli berasaskan prinsip Islam setelah sedikit kritikan (dan kurang memuaskan) dilakukan terhadap teori EQ dan ES Barat.

[Baca teks penuh...]

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme

Berbicara soal “sains Islam,” kita tidak boleh terlepas daripada menyorot pandangan tiga pemikir penting. Pertama, Sayyed Hossein Nasr yang mengutarakan ilmu yang berdoktrin kosmologi Islam. Kedua, Syed Muhammad Naquib al-Attas yang memaparkan sifat-sifat ilmu pengetahuan kontemporari yang sekular. Dan ketiga, Isma‘il al-Faruqi yang menunjukkan pertembungan tradisi ilmu Islam dengan ilmu Barat.

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 1