05 Apr 2019 |
Dimuatkan
admin |
Hebahan,
Memorandum |
0 Ulasan

Akademi Sains Islam Malaysia dengan tegas menolak sama sekali tuntutan melaksanakan PPSMI/DLP/sekolah aliran Inggeris dalam apa bentuk sekali pun termasuk memberi pilihan kepada ibubapa atau sekolah melaksanakan PPSMI dalam program DLP atau menubuhkan sekolah aliran Inggeris.
[Baca teks penuh...]
05 Apr 2019 |
Dimuatkan
admin |
Hebahan,
Memorandum |
0 Ulasan

Akademi Sains Islam Malaysia dengan tegas menolak sama sekali cadangan kerajaan untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) menengah tinggi sebagai sijil yang setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk kelayakan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam dan memohon pekerjaan di jabatan dan agensi kerajaan.
[Baca teks penuh...]
01 Oct 2013 |
Dimuatkan
admin |
Memorandum,
Surat |
0 Ulasan

Hebahan Media GMP 1 Okt 2013, bil. 2 – GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) menyangkal pendapat Tun Mahathir tentang perkara PPSMI berperanan menentukan asana atau ranking universiti.
[Baca teks penuh...]
31 Oct 2011 |
Dimuatkan
admin |
Memorandum |
0 Ulasan
PERNYATAAN AKHBAR GMP 22 OKTOBER 2011 (Bil. 3/2011) GMP (Gerakan Memansuhkan PPSMI) yang dianggotai oleh 148 persatuan/kumpulan kerabatnya menyatakan buat kesekian kalinya lagi terima kasihnya atas keprihatinan kerajaan mendengar rintihan kami yang mewakili rakyat terbanyak (yang diwakili oleh GMP) dengan menetapkan dasar bahasa yang baharu di dalam pendidikan sekolah, iaitu memansuhkan PPSMI mulai 2011. Baru …
[Baca teks penuh...]
Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan,” dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman dan di negara-negara maju.
[Baca teks penuh...]
Para sarjana Dunia telah ijmak bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan peringkat awal lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu. Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah diperakui oleh UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat permulaan pendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing.
[Baca teks penuh...]
ASASI melihat kewibawaan keempat-empat Akta pendidikan tersebut dalam menentukan nasib dan ketahanan warga Melayu-Islam dalam S & T terletak kepada keupayaan gagasan Akta-akta itu memupuk, memelihara, menjamin dan mengukuhkan ketiga-tiga premis di atas. Suatu hal yang jelas ialah betapanya pembudayaan, penguasaan dan perserataan S & T di kalangan warga Melayu-Islam bersimpul rapi dengan ikatan daulat bahasa dan maruah bangsa.
[Baca teks penuh...]