Kemaskini terbaru: January 16, 2014

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pembentangan

Rekonstruksi Model Situs Kuta Lubok Berdasarkan Data Elektromagnetik ‘Very Low Frequency’ (VLF)

Oleh: Nazli Ismail drk. – Situs benteng Kuta Lubok merupakan salah satu bangunan peninggalan sisa-sisa kejayaan Aceh pada masa silam. Berdasarkan catatan sejarah, Kuta Lubok merupakan bagian dari pusat perdagangan Kerajaan Lamuri abad ke-9, sehingga sering disinggahi oleh berbagai pelayaran internasional. Benteng tersebut juga sempat dikuasai Protugis pada abad ke-16 untuk kepentingan penyerangan wilayah Nusantara. Pada saat ini kawasan yang pernah megah tersebut hanya tersisa puing-puingnya saja. Mengingat pentingnya peran kawasan Kuta Lubok pada masa lampau kami telah melakukan rekonstruksi model benteng berdasarkan variasi resistivitas batuan yang terukur dari peralatan Very Low Frequency (VLF). Kami mengukur komponen medan magnet dan medan listrik sekaligus pada frekuensi 15 – 30 kHz. Untuk mendapatkan visualisasi geometri 3D dengan resolusi terbaik, kami membuat 12 profil sepanjang 60 meter yang memotong areal sisa bangunan dengan jarak antar station 5 meter dan jarak antar lintasan 10 meter. Berdasarkan analisa data tilt magnetik, sisa bangunan benteng yang terkubur ditandai oleh kluster-kluster pola distribusi rapat muatan minimum. Pada data mode resistivity, bangunan benteng ditunjukkan oleh nilai resistivitas yang tinggi. Berdasarkan informasi dari dua metode pengukuran tersebut, geometri benteng Kuta Lubok diduga berbentuk dinding persegi panjang setebal 2 meter yang menutupi areal seluas 30 meter x 90 meter menghadap lautan.

[Baca teks penuh...]

Unsur Matematik dalam Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah mengisahkan cara hidup masyarakat Melayu di sekitar istana pada pemerintahan kesultanan Melaka abad ke-15. Terdapat banyak unsur matematik di dalam hikayat tersebut yang boleh dikelaskan sebagai nombor kardinal (nombor/ bilangan, amaun), nombor ordinal, tempoh/ masa/ waktu, usia, saiz, kedudukan, hubungan, gerakan, sukatan dan unit timbangan. Dalam kertas kerja ini dipaparkan unsur-unsur matematik tersebut.

[Baca teks penuh...]

Strategi Peperangan Malayonesia

Makalah ini dikembangkan daripada makalah asal yang dibentangkan di INSPEM, UPM, suatu masa dahulu, dan di PDP, UM, pada 7/9/2013. Semenjak daripada itu, kami berusaha mendapatkan rujukan-rujukan yang lebih baik bagi menjelaskan butiran-butiran penting yang akan dipersembahkan di bawah. Kami akan membicarakan dua buah teks Jawa yang khusus berbincang tentang strategi peperangan. Namun, kami akan memulai perbincangan dengan menyatakan kedudukan bidang ini di dalam teks terasnya di India yang dikatakan merupakan rujukan paling utama kepada semua pemimpin/ ketua perang di Malayonesia dan Indo-China.

[Baca teks penuh...]

Etnomatematik Malayonesia Kontemporer

Etnomatematik lebih dikenali sejak pengajuannya oleh D’Ambrosio dalam sekitar akhir dasawarsa 1980-an, sebagai matematik sesuatu kumpulan etnik, bangsa atau peradaban dahulu kala. Bagi D’Ambrosio ilmu ini diguna untuk unsur pendidikan bagi mencitrakan matematik kepada pelbagai tamadun, khasnya peradaban sendiri, dan menghilangkan rasa perhambaan Eropah. Takrif etnomatematik sebegini diperluaskan oleh penulis ini sejak awal alaf ini sehingga menjadi etnomatematik, sebagai karya sesuatu etnik atau bangsa sepanjang masa sejak zaman Yunani sehinggalah matematik kontemporer. Bagi mengukuhkan lagi takrif ini, kumpulan penulis ini telah menerbitkan beberapa unsur sains matematik kontemporer yang berupa kritikan matematik kini berasaskan sistem nilai Malayonesia. Contoh unsur matematik itu ialah pengoptimuman yang menjadi sinonim dengan ekonomi dan unsur asas atau dominan dalam pengurusan dan kewangan di samping unsur penting dalam bidang sains dan teknologi. Beberapa unsur sains matematik yang lain turut dipaparkan kelemahannya. Semua ini menerbitkan medan penyelidikan matematik kontemporer yang amat mencabar dan amat luas yang sarat dengan nilai-nilai daripada kebudayaan sendiri.

[Baca teks penuh...]

Epistemologi, Falsafah dan Etnomatematik

Dalam kertas ini, perbincangan etnomatematik dilihat dari sudut falsafah menerusi aspek sejarah dan epistemologi. Dari segi sejarah, matematik telah dibangunkan dari postulat yang menggabungkan kedua-dua komponen aspek kualitatif dan kuantitatif. Walau bagaimanapun, dalam era berikutnya, aspek kualitatif telah dibayangi dan didominasi oleh aspek kuantitatif. Matematik bebas nilai menjadi rujukan para ilmuwan apabila positivisme menjadi paradigma kajian dalam pendidikan Barat. Dalam penulisan ini, kami ingin menjemput para peserta untuk mempertimbangkan etnomatematik sebagai faktor untuk mengintegrasikan kedua-dua aspek ke dalam acuan pendidikan kita sendiri. Sinopsis buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya bertajuk ‘Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu’ diberikan pada penghujung kertas sebagai contoh penyelidikan yang sedang dijalankan di Institut Penyelidikan Matematik atau INSPEM, Universiti Putra Malaysia. Buku yang dimaksudkan bolehlah dianggap sebagai abstrak lanjutan bagi penyelidikan yang dibincangkan dalam kertas ini.

[Baca teks penuh...]

Cabaran Mantik kepada Muslim

Dari segi bahasa, mantik drp bahasa Arab mantiq yang berkata akarnya naataqa bermaksud berkata; manakala lojik drp Yunani logos juga bermakna demikian juga. Oleh itu sumber tabii atau asli mantik ialah bahasa, iaitu kita boleh mengetahui tabii mantik sesuatu bangsa menerusi bahasanya, khususnya bagaimanakah penggunaan kata sendinya, “dan” serta “atau”, gabungannya, penafian, dan penatijahan (implikasi; ayat “Jika …. Maka”). Adakah semua bahasa sama sahaja kefahaman terhadap sesuatu benda? Jika jawabannya “ya” maka mantik semua bangsa atau agama (termasuk –isme) adalah sama sahaja, khususnya tiadalah mantik Islam atau mantik Muslim, dan mantik Barat atau mantik bukan Islam; yang ada hanya mantik sahaja. Penegosiasi antara bangsa, atau para diplomat, pastinya tahu benar jawaban kepada soalan tadi ialah “tidak”, bahkan sesuatu ayat atau pernyataan bergantung juga maknanya kepada intonasi dan budaya sesuatu bangsa itu yang menjadikan “ya” atau “tidak” amat kabur atau tak pasti. Makalah ini membuktikan lagi keadaan ini.

[Baca teks penuh...]

Makalah Seminar Etnosains ASASI ke-2 – 7 Sept 2013

Seminar Etnosains ASASI ke-2 telah diadakan pada 7 Sept 2013 yang lalu di Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya. Sebanyak enam makalah telah diterima untuk pembentangan. Topik-topik yang terlibat meliputi falsafah teknologi Melayu, pembentukan kata bahasa Melayu, seni perahu tradisional Melayu, falsafah etnomatematik, strategi peperangan Melayu dan perbincangan aspek matematik dalam azimat, nujum dan sebagainya dalam dunia perubatan Melayu.

[Baca teks penuh...]

Seminar EtnoSains di Pusat Dialog Peradaban, UM pada 8 Jun 2013

 

ASASI dan Pusat Dialog Peradaban, UM telah menganjurkan Seminar EtnoSains pada 8 Jun 2013. Berikut ialah senarai makalah yang telah dibentangkan oleh pembentang jemputan dalam seminar tersebut, iaitu …

[Baca teks penuh…]

Sorotan Perkembangan Teori Atom

Sorotan Perkembangan Teori Atom Ahmad Hazazi Ahmad Sumadi Siswazah Sarjana Sains Universiti Putra Malaysia   Beberapa model atom   Istilah‘atom’, ialah istilah Inggeris yang terbit daripada tamadun Yunani lebih kurang 400 S.M  yang lalu.Ahli falsafaah Yunani ketika itu Demokritus telah berhujah bahawa jirim terbina daripada  zarah-zarah tak terbelah, yang di kenali sebagai ‘atomos’.Tetapi pada ketika …

[Baca teks penuh...]

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Metropolitan : Apa Peranan Pulau Pinang?

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Metropolitan : Apa Peranan Pulau Pinang? Oleh Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir Forum SERI, Dewan MPSPN, 30/12/2011 1.Pengenalan Metropolitan diambil daripada perkataan Inggeris Metropolitan, yang sebelumnya diambil daripada perkataan Greek/Yunani Metro+Polites, yang bermaksud Dunia+ Warga, ringkasnya warga dunia. Ini boleh membawa beberapa maksud. Namun, maksud sebenarnya adalah semua wakil-wakil pelbagai …

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 3 | Selepas »