Kemaskini terbaru: June 2, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rencana

Kapitalisma

Hari ini kapitalisma sedang menghadapi krisis yang tenat. Pelbagai hujah telah diberikan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang krisis ini. Manifestasi dari krisis kapitalisma ini sedang dialami oleh kita semua justeru tidak perlu lagi kita berdolak dalik untuk menafikan kewujudan krisis ini. Apa yang masih belum jelas ialah kenapa krisis ini berlaku.

[Baca teks penuh...]

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme

Berbicara soal “sains Islam,” kita tidak boleh terlepas daripada menyorot pandangan tiga pemikir penting. Pertama, Sayyed Hossein Nasr yang mengutarakan ilmu yang berdoktrin kosmologi Islam. Kedua, Syed Muhammad Naquib al-Attas yang memaparkan sifat-sifat ilmu pengetahuan kontemporari yang sekular. Dan ketiga, Isma‘il al-Faruqi yang menunjukkan pertembungan tradisi ilmu Islam dengan ilmu Barat.

[Baca teks penuh...]

Nilai-Nilai Bahasa

Bila datangnya Thomas Kuhn dengan magnus opus-nya, The Structure of Scientific Revolutions, sepatutnya kefahaman kita tentang hubungan antara bahasa dengan budaya makin arif. Apatah lagi, sebelum itu sudah ada beberapa karya yang melakarkan perkara persis. Mithalnya, menerusi Oswald Spengler dalam The Meaning of Numbers, dan Alvin White dalam Essay in Humanistic Mathematics.

[Baca teks penuh...]

Sepuluh Dongengan Bahasa dan Bangsa Melayu

Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpun besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah disokong bulat-bulat oleh ahli-ahli UMNO dan sebahagian oleh orang UMNO. Bagi ahli-ahli UMNO teori apa pun daripada pemimpin besar-besarnya semuanya teori besar-besar belaka.

[Baca teks penuh...]

Siapakah Melayu?

Ada banyak teori asal-usul bangsa. Melayu tidak terkecuali. Mereka yang yang terlibat dengan teori asal-usul manusia ialah agamawan, ahli mitologi, ahli biologi, ahli arkeologi, ahli sejarah, ahli antropologi dan ahli linguistik. Samalah dengan teori bangsa lain juga, semua teori asal-usul Melayu itu berlegar pada dua teori amnya, iaitu teori yang berasaskan kepada hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” dan satu lagi berasaskan pada peribumi atau azali. Sesuai dengan judul bab ini perkara yang

[Baca teks penuh...]

Intelektual al-Haramain Sebagai Penyepadu Ilmu

Al-Haramain yang mencakupi Tanah Suci Mekah di Masjidil Haram dan Madinah di Masjid Nabawi merupakan pusat ibadah dan pengajian Islam yang cukup terkenal pada suatu ketika dahulu (ada kala tempat ini lebih tinggi tarafnya daripada al-Jami’ al-Azhar). Ini kerana tempat-tempat lain belum tentu dilawati oleh orang ramai termasuk ulama tetapi al-Haramain merupakan tempat umat Islam berkumpul dari seluruh dunia.

[Baca teks penuh...]

Mencerna Sains Menurut Acuan Alam Melayu-Islam

Apakah tabii sains Melayu-Islam? Sains Melayu-Islam ialah sains yang diolah semula, ditafsir, disesuai dan dibangunkan oleh mereka yang prihatin kepada umat Islam, serta berpandangan alam Melayu dan mengungkapkan buah fikirannya dengan berwahanakan bahasa Melayu dan tidak bercanggah dengan nilai Islam. Pandangan alam Melayu itu tentunya sarat dengan nilai risalah Islam yang dengan rela hati didukungi oleh orang Melayu kerana keislamannya atau wawasan

[Baca teks penuh...]

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.

[Baca teks penuh...]

Biologi dan Kejadian Terancang

Orang-orang Islam wajib meyakini segala sesuatu dan segala kejadian yang berlaku di dunia dan di akhirat adalah ketentuan Allah s.w.t. Perkara ini berulang-ulang kali ditegaskan oleh Allah dalam Kitab Sucinya al-Quran al-Karim. Kejadian yang nyata yang dapat disaksikan dengan pancaindera yang dianugerahi Allah s.w.t kepada kita ialah seperti bersinarnya matahari, bercahayanya Bulan dan tetapnya manzilah (trajektori) matahari dan Bulan itu

[Baca teks penuh...]

| Halaman 2 | Selepas »