Kemaskini terbaru: December 7, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buku

Ulasan Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu

Ulasan Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu, oleh Shaharir Mohamad Zain.  Cetakan pertama 2008; suntingan kedua 2010. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. ISBN 978-983-2888-73-4. Oleh Mohd Tarmizi Hasrah.   Pengenalan Umumnya, terdapat dua isu yang mengherotkan persepsi masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu Malaysia, apabila memikirkan mengenai apakah “Tamadun Melayu” itu. Dua isu yang mendasari …

[Baca teks penuh...]

Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin

Buku ini cukup laris kerana cetakan pertamanya tahun 2007 yang bermakna sudah 7 kali ulang cetak dalam masa 3 tahun ini, iaitu suatu yang agak fenomenal dalam industri perbukuan di Malaysia. Tidak syak lagi satu daripada kunci utama larisnya buku ini ialah judul yang berbunyi cukup Islam… ada perkataan “Quran”, dan cukup moden … ada perkataan yang berhubung dengan sains, iaitu “saintifik”.

[Baca teks penuh...]

Ulasan Buku Ary Ginanjar Augustian: ESQ 2008

Buku yang menjadi pegangan utama di dalam “ESQ Leadership Training” yang kontroversi itu disorot di sini mengikut sudut pengIslaman ilmu. Buku ini memang ada unsur pembinaan semula ilmu kepengurusan yang asli berasaskan prinsip Islam setelah sedikit kritikan (dan kurang memuaskan) dilakukan terhadap teori EQ dan ES Barat.

[Baca teks penuh...]

Kritik Terhadap Teori Einstein dalam Al Qur’an

Buku setebal 291 pipi (pp) ini termasuk 6 pp Lampiran profil beberapa orang “ternama” yang memberi Kata Pengantar atau Sambutan terhadap karya ini, dan biodata pengarang, 7 pp rujukan, dan 12 pp indeks; tetapi tidak termasuk Mukaddimah Editor, Kata Pengantar, Kata Sambutan daripada beberapa orang yang profilnya di Lampiran itu, dan Ucapan Terima Kasih pengarang.

[Baca teks penuh...]

Kajian Karya Silam Daripada Kaca Mata Sains

Penyelidikan tentang karya-karya silam semakin meningkat di peringkat antarabangsa termasuk di kalangan cendekiawan non-Muslim sendiri seperti yang dilakukan oleh pakar sains, Stephen Hawking, yang menyunting karya-karya klasik ke dalam sebuah buku. Mungkin kajian karya klasik dilihat akan mengilhamkan pemikiran sains terkini. Seiring dengan senario semasa ini, Mohd Zaidi Abdullah telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi: Dari Estetika Menuju Fizika.

[Baca teks penuh...]

Ujian Pemalsuan Kaedah Penting Sains

Beliau membuktikan kekuatan falsafah ini menerusi sejarah perkembangan sains jasmani yang besar seperti teori Batlamus dan Keppler-Newton, teori Einstein dan teori Kuantum. Falsafah Lakatos adalah siri teori yang dibinanya yang dipanggil teras liat, pending perlindungan, heuristik negatif dan heuristik positif. Falsafah Lakatos berjaya mengatasi sebahagian besar kelemahan pemalsuanisme Popper dan Kuhnanisme yang antaranya termasuklah masalah perbezaan sains dan bukan sains yang menjadi motivasi asal Popper

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1