Kemaskini terbaru: June 12, 2021

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makalah

Rekayasa Teknologi Pembuatan Perahu di Alam Melayu.

Abstrak- Kajian mengenai perahu di alam Melayu menjadi perhatian ramai penyelidik dari dalam dan luar negara. Namun kajian mengenai teknologi pembuatan masih lagi kurang dan sedikit. Kertas kerja ini cuba untuk menerangkan teknik pembuatan perahu tradisional yang telah lama dikuasai oleh tukang perahu Melayu. Dalam tinjauan di tapak pembinaan perahu, didapati teknik pembuatan ini masih lagi digunakan dalam kalangan tukang perahu Melayu pada masa kini. Teknik ini juga mengalami evolusi dalam pembuatannya selaras dengan perubahan zaman dan perkembangan dalam teknologi pertukangan kayu. Kertas kerja ini diharap dapat memberi sedikit gambaran tentang evolusi perkembangan teknologi pembuatan perahu tradisional di Alam Melayu dan sedikit sebanyak menambah korpus ilmu etnosains di Alam Melayu

[Baca teks penuh...]

Isu-Isu Perdebatan Sāmkhya-Hindu dan Yogācāra-Buddha Pada Zaman Pra-Islam Melayu

Abstrak
Makalah ini merupakan pensejarahan keilmuan pra-Islam Melayu sekitar kurun 7 -15 bahkan melewati perawalan kurun ke 17. Keberadaan karya-karya pra-Islam Melayu yang tersimpan dalam atau luar negeri hari ini menyakinkan kita bahawa kala tersebut didominasi aliran Sāmkhya-Hindu di samping mendapat tantangan daripada Yogācāra-Buddha. Perdebatan antara Sāmkhya-Hindu dengan Yogācāra-Buddha adalah berkisar pada isu-isu metafizik dan epistemologi di mana corak serta bentuk perdebatan telah dibentangkan makalah ini untuk pengikutan dan penghayatan.

[Baca teks penuh...]

Kincir Air Melayu: Satu Kajian Awal

Sawah padi yang menghasilkan padi, sumber makanan ruji di alam Melayu, memerlukan air yang banyak terutama pada waktu menanam semaian padi. Walaupun hujan turun sepanjang tahun dan cukup untuk menanam padi di alam Melayu, sawah padi yang jauh dari sungai atau yang dekat dengan sungai tetapi luas, masih memerlukan penyaloran air yang banyak dari sungai (Wan Ramli Wan Daud 1993). Petani Melayu menyelesaikan masalah pengairan ini dengan membina empangan dalam sungai daripada balak, kayu dan batu hingga setinggi 5 m untuk menakung air dan membina terusan dan pembuluh air untuk mengalirkan air sungai dari empangan ke sawah (Wan Ramli Wan Daud 1993). Jika empangan tidak cukup tinggi untuk menghantar air ke sawah yang jauh atau luas, atau aras air sungai terlalu rendah untuk empangan, petani Melayu juga membina kincir air untuk mengangkat air dari sungai ke aras tinggi yang membolehkan air disalorkan ke sawah yang jauh (Wan Ramli Wan Daud 1993).

[Baca teks penuh...]

Atur Cara Penyelidikan Tujuh Bidang Etnosains Besar Malayonesia

Abstrak
Etnosains Malayonesia ditakrifkan sebagai sains dan matematik yang lahir dalam bahasa Melayu (karya asli atau terjemahan) sejak dahulu kala hingga sekarang. Ini berbeza denan takrif etnosains Barat yang khas merujuk kepada karya sains bangsa-bangsa yang dianggap primitif atau yang tamadunnya sudah pupus atau diatasi oleh tamadun Barat terutamanya Eropah. Atur cara penyelidikan di sini membawa perisa konsep tatakaedah atur cara penyelidikan Lakatos (1970). Atur cara penyelidikan Lakatos ada penyembulan nilai baharu dalam penyelidikan yang dicirikan sebagai pembinaan teras liat penyelidikan yang dibaluti dan dipertahankan oleh pending/jalur pelindung yang dibina untuk berperanan sebagai benteng teras liat itu yang diistilahkannya sebagai heuristik negatif dan heuristik positif. Dalam penyelidikan etnosains Malayonesia dalam tujuh bidang besar yang diperkatakan di sini, teras liatnya ialah kebesarannya pada zamannya, kekuatan potensi menginikannya, persuaan nilai ilmu berkenaan dengan yang kini yang mungkin menghasilkan teori baharu. Tujuh bidang besar itu ialah mempertahankan beberapa teras liat atur cara penyelidikan dalam 1) girlon/hanro’ng/bilangan (nombor/nomor) dan dang/samkhya/angka, 2) kahria/kira-kira/hisab banah/bhaga (aritmetik pecahan), 3) hetu/nyaya/mantik (lojik/logik), 4) saktihora/ilmu nujum (astrologi), horasastera/ilmu falak/hay’ah (astronomi) dan lokawidya (kosmologi/kosmogeni), 5) sikitawidya/tdib/mujarobat (perubatan), 6) vantin/batin/ dharmasastera (kepemimpinan dan kepengurusan), dan 7) arthasastera/subhagia/iqtishad (ekonomi, perniagaan dan perdagangan). Setiap satu diperihalkan kejayaan penyelidikannya sehingga kini dan ditonjolkan juga perkara-perkara yang perlu diekskavasi lagi dan dikaitkan dengan ilmu sekininya.

[Baca teks penuh...]

Pembangunan Logik di India dan Keberadaannya di Alam Melayu

Abstrak
Kini, selepas lebih daripada 2000 tahun Logik Hindu-Buddha diasaskan di Tanah India, dan menyebar keseluruh dunia, seperti yang dapat boleh dikesan perbahasannya di Tanah Inggeris, Tanah Itali, Tanah Perancis-Belgium, Tanah Jerman, Tanah Sweden, Tanah Belanda, Tanah Austria, Tanah Rusia, Tanah China dan Tanah Jepun, kami berhasrat membincangkan penyebaran awalnya ke Tanah Melayu (Tanah Melayu yang membawa maksud tanah-tanah yang diduduki awalnya oleh Rumpun Bangsa Melayu-Polinesia/Austronesia). Kami akan berusaha menunjukkan bahawa penyebarannya ini meninggalkan kesan sekurang-kurangnya kepada istilah-istilah Nyaya/Logik yang tinggal dalam Bahasa Melayu.

[Baca teks penuh...]

Permasalahan epistimologi: enigma kesedaran dan kaitannya dengan kosmologi Melayu

Oleh: Azree Nazri – Kesedaran adalah halus tetapi tidak ghaib. Kehadirannya secara mudah dapat diperhalusi apabila sedang mendisriminasikan situasi gelap dan cerah. Tetapi jika diteliti, kecerahan/kegelapan yang sampai ke saraf yang berasal dari mata dan kemudian ke otak adalah tidak penting untuk fungsi kesedaran. Yang paling menghairankan, fotodiod yang sensitif cahaya juga dapat mengecam keadaan cerah dan gelap. Bilamana cahaya dipasang, meningkatkan arus didalam litar, ia menyala, dan jika lampu dipadamkan, arus didalam litar jatuh kepada kosong, ia tidak menyala. Adakah fotodiod juga sedar keadaan gelap dan cerah, sepertimana kita? kenapa fotodiod juga tidak dikatakan mempunyai satu pengalaman sedar cerah dan gelap? Mesti ada beberapa tatacara yang perlu dipenuhi sebelum aktiviti sel-sel tertentu didalam korteks visual dapat dikaitkan dengan pengalaman sedar cerah dan gelap, dimana aktiviti fotodiod tidak. Adakah alam kuantum mempengaruhi fenomena ini? Apakah hubungan kesedaran dengan kosmologi Melayu?

[Baca teks penuh...]

BERJARAK, BERPISAH TIADA: MADAGASKAR DAN MALAYONESIA MENURUT KACA MATA DAHL DAN ADELAAR

Oleh: Mohd Tarmizi Hasrah – Dalam karyanya yang dilabel sebagai “sebuah buku yang terlalu bercita-cita tinggi”, The Austronesian Languages, Bob Blust, setelah menghuraikan penyebaran kelompok-kelompok bahasa Austronesia yang ada di Taiwan, Malayonesia, Indonesia Timur dan di Lautan Pasifik, melanjutkan huraiannya tentang sebuah kawasan yang akrab dengan dunia Austronesia, tetapi lokasinya jauh dan terpencil daripada kawasan rasmi Austronesia. Blust dalam karyanya itu menulis begini: “rather surprisingly, at the western edge of the Indian Ocean is a lonely outpost of the Austronesian world – the large, and geologically long-isolated island of Madagascar” (Blust 2009: 1). Madagaskar, sebuah pulau di timur Afrika, walau terpencil, tetapi diakui secara ijmak oleh para Austronesiawan sebagai sebuah kawasan yang menuturkan bahasa Austronesia. Disebabkan pulau ini secara geografinya terpencil daripada dunia Austronesia, maka ia tidak jarang menghadirkan seribu satu pertanyaan yang rumit buat para Austronesiawan, terutamanya kepada para ahli dalam linguistik sejarawi atau linguistik perbandingan, malah kepada yang bukan ahlinya yang rasmi pun, sebagaimana yang boleh kita jejak dalam sejarah pengelasan bahasa di pulau tersebut.

[Baca teks penuh...]

The Ever Changing Malayonesian Cosmological Doctrines …

By: Prof Emeritus Shaharir Mohd Zain – A system of belief of a group of people on anything in the universe (the seen and the unseen) including the origin of themselves, the universe and the configuration of all objects (heavenly bodies) in the universe is considered as the cosmology of the people concerned. Malayonesian people are roughly the Southeast Asian natives whose mother tongue are one of the languages generically named Austronesian language and their lingua franca is one of the Austronesian language named Malay especially before 20th century, and hence the presence of Malay in the word Malayonesia and Malayonesian. The Malayonesian cosmological doctrines here are based on the study of the two Malay inscriptions, the Dong Yen Chau (Vietnam) c. 400 AD, the Talang Tuwo, Palembang (Sumatera, Indonesia) 606S/684 AD, a traditional Malayonesian folklores compiled by Nakula in 1977, a well known best seller Malay manuscript entitled Taj al-Muluk edited by Syaikh Ismail Aceh/al-Asyi in 1893 (which contains the two well known manuscripts, Kejadian Tujuh Petala Langit dan Bumi, by Nur al-Dyn al-Ranyry/Nuruddin al-Raniri (originally written in 1639) dan Siraj al-Zhalam by Syaikh Abbas bin Muhammad Aceh/al-Asyi/Kuta Karang written in 1849 M besides his own essays on Malay medicines, mysticism and predictions). Other sources are the two well known temples in Jawa (Indonesia) the 8th century Candi Borobudur and the 9th century Candi Prambanan, the two oldest Mosques In Indonesia and Malaysia respectively (the 15th century Masjid Demak and the Masjid Kampung Laut), and our own observation on modern Malayonesian cosmology.

[Baca teks penuh...]

Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan*

Oleh: Prof Emeritus Shaharir Mohd Zain – Makalah ini mengandungi kupasan punca-punca konfliknya pembangunan dari aspek teorinya dan amalannya. Ini termasuklah konfliknya makna pembangunan dengan development, konfliknya sejarah projek pembangunan di Eropah dengan pembangunan di Malaysia, konfliknya teori pembangunan Barat dengan teori pembangunan yang sepatutnya, iaitu dalam acuan kita sendiri, konfliknya tanggapan sarjana Barat dengan sarjana kita terhadap konsep pembangunan, dan konfliknya amalan projek pembangunan kita degan matalamat pembangunan itu sendiri. Selain daripada “pengajaran” drp amalan pembangunan selama ini yang ditunjukkan negatif sifatnya, model pembangunan kerajaaan Sriwijaya abad ke-7 M yang bermatlamatkan subhagia rakyatnya yang begitu kontras sifatnya dipaparkan bagi mendapat pengajaran baharu zaman ini. Beberapa syor penambah-baikan pembangunan sekarang dipaparkan.

[Baca teks penuh...]

The Voyage to New Guinea and the Moluccas from Balambangan: Beberapa Catatan Ringkas dari Jilid Pertama

Oleh: Zahrin Affandi bin Mohd – The Voyage to New Guinea and the Moluccas from Balambangan (selepas ini dikenali sebagai Voyage) merupakan catatan yang direkodkan oleh Thomas Forrest, seorang nakhoda kapal yang melakukan pelayaran dari Balambangan ke Papua New Guinea yang melalui Kepulauan Maluku dan Kepulauan Raja Ampat bersama sebilangan anak kapal di antara tahun 1774 hingga 1776. Teks Voyage ini mengandungi 30 bab keseluruhannya dan dibahagikan kepada dua jilid. Teks yang digunakan untuk penulisan makalah ini adalah dari cetakan yang diterbitkan di Dublin pada tahun 1779.

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 1