Kemas kini terbaru: January 7, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makalah

Mantik Dan Tradisi Ilmu Islam: Taakulan Terhadap Pemikiran Al-Ghazzali

Satu hakikat yang harus diakui bahawa al-Ghazzali telah berjaya melakukan satu bentuk anjakan paradigma dalam bidang Mantik dengan mengemukakan beberapa ideanya dalam bidang tersebut sesuai dengan pemikiran masyarakat Islam pada zamannya. Kitab al-Mustasfa yang dihasilkannnya bukan sahaja sebuah karya Usul al-Fiqh semata-mata, malahan juga adalah sebuah karya ilmiah yang cuba untuk memertabatkan Mantik sebagai suatu disiplin ilmu ‘alat’ yang terasimilasi di dalamnya unsur-unsur ilmu Islam.

[Baca teks penuh...]

Teknologi Islam

Bagi ramai orang, artifak kejuruteraan terekacipta daripada sains gunaan iaitu sebagai hanya kegunaan hukum-hukum sains sahaja untuk mencapai tujuan praktik tanpa mempunyai asas ilmu tersendiri yang merdeka. Ilmu kejuruteraan dan teknologi yang termasuk juga rekacipta, seolah-olah dianggap sebagai ilmu yang lebih rendah martabatnya daripada ilmu sains kerana hanya merupakan kegunaan praktik ilmu sains.

[Baca teks penuh...]

Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Telah, Lani dan Kelak

Sesuatu bahasa mencapai taraf bahasa ilmu jika dan hanya jika bahasa itu menjadi medium penting dalam dua ranahnya yang penting: urusan keilmuan dan urusan kehidupan beragrasana. Yang dimaksudkan urusan keilmuan itu ialah gelung perancangan, penstrategian, pelaksanaan dan penilaian dalam pengajaran dan pendidikan serta gelung penciptaan atau pembinaan, pengembangan dan penilaian ilmu.

[Baca teks penuh...]

Kitab Jawi: Kandungan Aspek Falsafah Sains

Jadi, pemikiran ulama Melayu yang boleh didapati dalam kitab-kitab jawi rasional-tauhidi yang memungkinkan kita semua membina sains yang berparadigmakan Alam Melayu. Sekalipun negara-negara di Alam Melayu atau Asia Tenggara terdiri dari masyarakat majmuk tetapi kerasionalannya boleh terakui oleh masyarakat lain jika diperkayakan.

[Baca teks penuh...]

Keberadaan Sains Tabii dan Teknologi di Alam Melayu

Makalah ini semata-mata dikarang untuk menyerlahkan beberapa bukti yang mampu menjelaskan kedudukan Sains Tabii dan Teknologi yang wujud semenjak wujudnya Bangsa Melayu. Isu ini menjadi tema perbincangan yang agak besar kerana selama ini tiada siapa yang menjangkakan bahawa Bangsa Melayu ini juga memiliki kepustakaan Sains Tabii dan Teknologi yang boleh dipertaruhkan bagi mempertahankan keutuhan bangsa ini di zaman globalisasi.

[Baca teks penuh...]

Dasar Alam Sekitar Malaysia

Kertas ini membincangkan lima isu berkaitan dasar alam sekitar di Malaysia, iaitu (a) sejarah perkembangan dan aktivisme politik, (b) dasar-dasar utama alam sekitar di malaysia, (c) tinjauan kritis terhadap dasar-dasar utama tersebut, (d) cabaran dan strategi supaya memantapkan lagi dasar ke arah pembentukan minda lestari dan budaya hidup mesra alam.

[Baca teks penuh...]

Kosmologi Sufi: Ilmu Yang Tertinggi dalam Pandangan Sains Islam

Zaman moden sekarang (pasca 2000) aliran Sufi sudah begitu pesat berkembang di Barat dan merupakan satu mod atau pendekatan pengislaman penduduk Barat yang paling pesat membangun dengan pelbagai khanqah dan zawiyah ditubuhkan di seluruh Amerika dan Eropah mengikut model tradisional khasnya model Maghribi dan Tunisia.

[Baca teks penuh...]

Prinsip-Prinsip Astronomi Dalam Tamadun Islam dan Melayu

Secara umum, astronomi membawa maksud yang sama dengan ilmu falak. Dalam al-Quran, perkataan ‘falak’ digunakan sebanyak dua kali, iaitu dalam surah Yaasin ayat 40 dan surah al-Anbiyaa ayat 33. Menurut tafsir Baidawi, ayat ‘kullum fi falaki yasbahun’ yang terdapat dalam kedua-dua surah di atas, ditafsirkan sebagai; “… berjalan dengan sukar seperti orang yang berenang dalam air ….”

[Baca teks penuh...]

Some Weaknesses of The Relativity Theory On The Basis of Cosmological Doctrines

Fundamental principles of the Einstein’s Theory of Relativity (ETR) are the continuum space-time axiom, the Mach principle and the constancy of the speed of light in a vacuo. It is shown by Whitehead [1] and Iqbal [2] that these axioms and other physical concepts involved are not independent of the German cosmological doctrine which are incompatible with the Christian-English and Islamic cosmological doctrines.

[Baca teks penuh...]

Sistem Pembilangan/Pengiraan/Penghitungan Melayu dan Persoalan-Persoalannya

Walaupun setakat ini ramai yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa-bangsa serumpun Melayu untuk mengkomunikasikan hal-hal berkaitan keilmuan, lebih-lebih lagi apabila timbulnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik peringkat sekolah, kolej dan universiti, namun tidak ramai kalangan mereka itu yang mampu menonjolkan bukti-bukti jelas bagi menyokong dakwaan tersebut. Adakah bahasa Melayu itu bahasa ilmu?

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 10 | Selepas »