Kemaskini terbaru: October 5, 2008

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makalah

Kelemahan Sains Barat Dan Mencari Paradigma Sains Alternatif: Satu Pandangan Peribadi

Sains Barat yang berpegang kepada falsafah positifisme yang menolak sistem nilai dalam kajian emperikal sains, mempunyai banyak kelemahan yang tersirat. Falsafah ini walaupun diamalkan di Barat sebagai respons kepada konsep dualisme sains-agama, tetapi hakikatnya diamalkan di seluruh dunia dalam pemikiran saintifik moden, termasuk negara ini. Penulis mengajak untuk merenungi kembali tentang kekosongan vakum yang dialami sains wajah Barat ini khususnya apabila dimensi yang lebih holistik

[Baca teks penuh...]

Tabii Kaedah Sains

Kaedah/metode sains ialah cara-cara seseorang sarjana memperoleh ilmu baru. Oleh itu kaedah sains ialah kaedah/metode penyelidikan/penelitian/riset sains. Caranya mungkin dianggap dapat digali daripada pengalaman seseorang ahli sains, seseorang pelajar yang berjaya, seseorang guru yang berjaya, dan menyelami tabii sesuatu ilmu sains itu. Jika demikian persoalan ini mungkin banyak tindanannya dengan epistemologi, falsafah ilmu, dan falsafah pendidikan ilmu.

[Baca teks penuh...]

Wacana Bahasa Ilmu

Dua unsur baru dalam wacana bahasa ilmu diketengahkan iaitu tahap sebenar bahasa Melayu sebelum abad ke-19 dalam sains dan teknologi dan peranan bahasa asal dalam penciptaan konsep dan teori sains semasa seperti dalam sains pengurusan yang dapat dikritik dan seterusnya dibina semula berasaskan etimologi dan simantik Melayu terhadap urus, pimpin, optimum, bunga/riba’ dan mudharabah; dan dalam Teori Einstein yang dibandingkan dengan konsep masa dan ruang Melayu, Inggeris, dan Jerman.

[Baca teks penuh...]

Prasasti Berbahasa Melayu-Campa

Penyemakan terakhir terhadap prasasti-prasasti Campa yang dilakukan oleh Dr. Anne Valery Schweyer ketika Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu Campa anjuran KKKW, JMA dan EFEO pada tahun 2004 menunjukkan bahawa daripada keseluruhan 210 buah prasasti Campa, tidak termasuk yang baru ditemui oleh sarjana-sarjana Vietnam tetapi masih belum dilaporkan, sejumlah 127 prasasti adalah berbahasa Campa sepenuhnya

[Baca teks penuh...]

Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam

Istilah Melayu di dalam kertas ini perlu dijelaskan kerana tanah kediaman orang-orang Melayu, Asia Tenggara, berpecah-belaah akibat ditakluki oleh penjajah (setengahnya silih berganti): Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, atau/dan Amerika Syarikat, malah Perancis,Thailand, atau/dan, daripada satu perspektifnya Kemboja,Vietnam dan Cina. Secara ijmaknya memanglah dipersetujui bahawa orang-orang Melayu

[Baca teks penuh...]

Ekologi Islam Sebagai Cabang Amali Kosmologi Islam

Istilah “ekologi” berasal daripada Inggeris “ecology” daripada Yunani οίκος, oikos, bererti rumahtangga dan ahlinya, dan λόγος, logos bererti ilmu, maka bererti “ilmu tadbir rumahtangga,” (household management) dan kini merujuk kepada cabang pengkhususan sains hayat yang mengkaji hubungan saling tindak hidupan dengan alam sekitarnya. Boleh juga dimelayukan istilah ini menjadi “ilmu alamsekitar.” Kalau difikirkan sejenak, alam sekitar, termasuk bumi sekaliannya, adalah “rumahtangga besar”

[Baca teks penuh...]

Kimia Hijau Dalam Kerangka Teknologi Islam

Beberapa konsep asas tentang ekologi dan ekosistem yang berkaitan dengan kimia hijau seperti yang diahami oleh Barat perlulah dijelaskan dahulu sebelum formulasi kimia hijau dalam kerangka teknologi Islam dikupas. Ekologi berasal daripada perkataan Greek οίκος (oikos atau penghuni rumah) dan λόγος (logos atau ilmu) yang bermaksud ilmu tentang penghuni rumah iaitu ilmu tentang interaksi di antara kehidupan dengan alam sekitar di sekeliling mereka.

[Baca teks penuh...]

Menggali Kepengetahuan Rumpun Melayu Pra-Islam

Makalah yang saya tulis ini sebahagian besarnya adalah renungan semula terhadap jawapan spontan yang saya berikan terhadap soalan yang diajukan kepada saya oleh Pendeta Dr. Tan Sri Ismail bin Husin, Presiden GAPENA, dan Dato. Aziz bin Deraman, bekas Pengerusi DBP dan kini Prof. Adjung di UUM. “Soalan dan jawapan” tersebut dikomunikasikan diakhir pembentangan yang saya berikan berjudul Pengetahuan Sebagai Jatidiri Pembangunan Semula Kebudayaan Campa di Seminar Pertemuan Dunia Melayu-Kemboja

[Baca teks penuh...]

Makalah Seminar Sains Islam dan Teknologi (INSIST-UTM)

Terdapat beberapa kertas kerja yang telah dibentangkan sewaktu Seminar Antarabangsa mengenai Sains Islam dan Teknologi. Seminar yang diadakan pada 18-19 Mac 2008 tersebut dianjurkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (UPM) bertempat di PWTC, KL. Antara makalah-makalah yang telah dibentnagkan semasa seminar dua hari tersebut ialah:

[Baca teks penuh...]

| Halaman 11 | Selepas »