Kemaskini terbaru: January 16, 2014

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makalah

Epistemologi, Falsafah dan Etnomatematik

Dalam kertas ini, perbincangan etnomatematik dilihat dari sudut falsafah menerusi aspek sejarah dan epistemologi. Dari segi sejarah, matematik telah dibangunkan dari postulat yang menggabungkan kedua-dua komponen aspek kualitatif dan kuantitatif. Walau bagaimanapun, dalam era berikutnya, aspek kualitatif telah dibayangi dan didominasi oleh aspek kuantitatif. Matematik bebas nilai menjadi rujukan para ilmuwan apabila positivisme menjadi paradigma kajian dalam pendidikan Barat. Dalam penulisan ini, kami ingin menjemput para peserta untuk mempertimbangkan etnomatematik sebagai faktor untuk mengintegrasikan kedua-dua aspek ke dalam acuan pendidikan kita sendiri. Sinopsis buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya bertajuk ‘Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu’ diberikan pada penghujung kertas sebagai contoh penyelidikan yang sedang dijalankan di Institut Penyelidikan Matematik atau INSPEM, Universiti Putra Malaysia. Buku yang dimaksudkan bolehlah dianggap sebagai abstrak lanjutan bagi penyelidikan yang dibincangkan dalam kertas ini.

[Baca teks penuh...]

Cabaran Mantik kepada Muslim

Dari segi bahasa, mantik drp bahasa Arab mantiq yang berkata akarnya naataqa bermaksud berkata; manakala lojik drp Yunani logos juga bermakna demikian juga. Oleh itu sumber tabii atau asli mantik ialah bahasa, iaitu kita boleh mengetahui tabii mantik sesuatu bangsa menerusi bahasanya, khususnya bagaimanakah penggunaan kata sendinya, “dan” serta “atau”, gabungannya, penafian, dan penatijahan (implikasi; ayat “Jika …. Maka”). Adakah semua bahasa sama sahaja kefahaman terhadap sesuatu benda? Jika jawabannya “ya” maka mantik semua bangsa atau agama (termasuk –isme) adalah sama sahaja, khususnya tiadalah mantik Islam atau mantik Muslim, dan mantik Barat atau mantik bukan Islam; yang ada hanya mantik sahaja. Penegosiasi antara bangsa, atau para diplomat, pastinya tahu benar jawaban kepada soalan tadi ialah “tidak”, bahkan sesuatu ayat atau pernyataan bergantung juga maknanya kepada intonasi dan budaya sesuatu bangsa itu yang menjadikan “ya” atau “tidak” amat kabur atau tak pasti. Makalah ini membuktikan lagi keadaan ini.

[Baca teks penuh...]

Makalah Seminar Etnosains ASASI ke-2 – 7 Sept 2013

Seminar Etnosains ASASI ke-2 telah diadakan pada 7 Sept 2013 yang lalu di Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya. Sebanyak enam makalah telah diterima untuk pembentangan. Topik-topik yang terlibat meliputi falsafah teknologi Melayu, pembentukan kata bahasa Melayu, seni perahu tradisional Melayu, falsafah etnomatematik, strategi peperangan Melayu dan perbincangan aspek matematik dalam azimat, nujum dan sebagainya dalam dunia perubatan Melayu.

[Baca teks penuh...]

Seminar EtnoSains di Pusat Dialog Peradaban, UM pada 8 Jun 2013

 

ASASI dan Pusat Dialog Peradaban, UM telah menganjurkan Seminar EtnoSains pada 8 Jun 2013. Berikut ialah senarai makalah yang telah dibentangkan oleh pembentang jemputan dalam seminar tersebut, iaitu …

[Baca teks penuh…]

SINTESIS ILMU KEPIMPINAN MELAYU DARIPADA TRADISI HINDU DAN ISLAM.

SINTESIS ILMU KEPIMPINAN MELAYU DARIPADA TRADISI HINDU DAN ISLAM Muhamad Hanapi Bin Jamaludin   Pengenalan Alam Budaya Melayu Masyarakat Melayu amnya, bertebaran secara beragam memenuhi seluruh kepulauan Nusantara (Malay Archipelego). Di antara mereka ada yang menyedari akan identiti keMelayuannya dan ada juga yang lebih selesa menggolongkan mereka dalam kelompok kecil yang masih tertentu rumpunnya dalam …

[Baca teks penuh...]

Epistemologi Malayonesia Berbahasa Melayu*

Epistemologi Malayonesia Berbahasa Melayu* Shaharir b.M.Z. Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya riramzain@yahoo.com   Prakalam Malayonesia ialah rantau Asia Tenggara yang peribuminya berbahasa Austronesia (ciptaan ahli etnografi Inggeris abad ke-19 bagi menggantikan istilahnya yang lebih awal, Indunesia) yang mengikut Blast (2003) ada hampir 900 suku kaum dengan bahasanya tersendiri; dan bahasa lingua franca antara suku kaum …

[Baca teks penuh...]

KETERLESTARIAN ILMU PENGETAHUAN

KETERLESTARIAN ILMU PENGETAHUAN Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali Menurut Shaharir 2012, keterlestarian adalah keadaan yang mencapai tahap wusta (sederhana, jalan tengah, seimbang dan adil) bagi fizikal, sosial, politik, ekonomi, pengetahuan-sains, kebudayaan dan keperluan rohani untuk manusia sejagat tanpa mengorbankan keseluruhan sumber dan ciptaan Tuhan supaya generasi akan datang akan dapat merasakannya sekurang-kurangnya pada tahap kebahagiaan …

[Baca teks penuh...]

PANTULAN SOSIO-BUDAYA MELAYU ABAD KE-15 M DALAM MAN LA JIA GUO YI YU

PANTULAN SOSIO-BUDAYA MELAYU ABAD KE-15 M DALAM MAN LA JIA GUO YI YU Mohd Tarmizi Hasrah mijihasrah@gmail.com PENGENALAN Kemunculan sesebuah daftar kata dan kamus yang di dalamnya terkandung deretan kosa kata yang disusun, sama ada mengikut urutan abjad atau, kalau tidak pun mengikut medan semantik tertentu, dapat ditafsirkan sebagai suatu peristiwa sejarah yang penting, yang …

[Baca teks penuh...]

Matematik Formal Sepintas Lalu

Matematik Formal Sepintas Lalu Muhammad Ikhwan Azlan ikhwane02a@yahoo.co.uk 1 Pengenalan Apakah yang dimaksudkan dengan matematik formal? Secara ringkas, matematik formal ialah pengungkapan pernyataan matematik dengan menggunakan ungkapan yang terdapat dalam teori set dan didasari oleh logik boole. Walaupun secara amalinya, matematik yang ada sekarang ini pun tidaklah semuanya diungkapkan secara formal, tetapi ini adalah atas …

[Baca teks penuh...]

Seminar Ilmuwan Muda Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

logo ASASI

Akademi Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Seminar Ilmuwan Muda Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) pada 9 September 2012 di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 11 kertas kerja telah dibentangkan. Berikut ada kertas kerja yang telah dibentangkan. 1 .Persoalan Relativiti Butiran Leksikal Dengan Rujukan Khusus Kepada Kata Kerja Bahasa Minang Silungkang – Amir Arif Abdul …

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 3 | Selepas »