Kemaskini terbaru: January 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bengkel Perencanaan Pembangunan Intelek

BENGKEL PERENCANAAN PEMBANGUNAN INTELEK
‘Agenda Pembangunan Masyarakat Menggunakan TMK/ICT
dalam 10 Tahun Akan Datang’

Penceramah / Fasilitator : Y.M Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen bin Tengku Ibrahim
(Konsultan / Mantan Ketua Pengarah MIMOS )

Tarikh   : 8-9 Jan 2011
Masa     : 8.30 pagi-5.00 ptg
Tempat : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM

Anjuran: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

Sinopsis:
Siri bengkel ini bertujuan menjana misi dan membentuk idea dalam melaksanakan agenda pembangunan  masyarakat, melalui aplikasi dan pelaksanaan TMK di peringkat kebangsaan. Bengkel yang diadakan selama 2 hari menumpu kepada penjanaan dan penyatuan idea agar dapat membentuk satu kerangka kerja bersepadu dalam kalangan masyarakat dari pelbagai sektor terutama penyelidik, pendidik, ahli korporat dan sebagainya. Penglibatan pelbagai sektor ini diharap dapat menggabungkan tenaga dan idea dalam membantu membangunkan masyarakat.  Ia juga diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan kerangka kerja yang bersepadu tersebut dalam mengaplikasi TMK bagi pembangunan masyarakat secara total dan mapan.

Objektif:
•    Menjana idea dan perencanaan yang berkesan bagi aplikasi TMK untuk pembangunan masyarakat
•    Menggalakkan penglibatan pelbagai sektor untuk mengaplikasi TMK secara bersepadu dan tersusun.
•    Memupuk pemikiran yang berstrategik yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Golongan peserta sasaran:
•    Semua golongan yang terlibat atau mempunyai kepakaran berkaitan TMK
•    Pemimpin dan peneraju organisasi,
•    Pelajar, pendidik, penyelidik
•    Pelabur dan ahli korporat yang berminat
•    Orang awam, atau mana-mana individu yang sanggup memberi komitmen yang tinggi terhadap program pembangunan masyarakat

Jumlah peserta: 40 orang sahaja. Maaf pendaftaran telah penuh.

Sebarang pertanyaan mengenai Bengkel Perencanaan Pembangunan Intelek dan tentang ASASI bolehlah dirujuk kepada: mrohaizat@gmail.com di talian 012-681 2270. Klik Brosur bengkel ASASI

2 Komen

  1. Nazanin Borhan

    I want to register for the workshop at UPM at 8-9 January , but Unfortunatly this website is not in English, and I am not sure where should I register.

  2. Tahiru Shittu

    Registration for workshop

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *