Kemaskini terbaru: January 17, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEMINAR BAHASA MELAYU KLASIK & BAHASA MELAYU KUNO

SEMINAR BAHASA MELAYU KLASIK & BAHASA MELAYU KUNO

Anjuran : Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dengan kerjasama PBKKM.

Tarikh : 24 Febuari 2011

Masa : 8.00 am – 4.00 pm

Tempat : Makmal Pengajian Melayu, PBKKM, UKM.

1.0 Pengenalan

Sejak tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) giat menjalankan projek penyusunan sejarah bahasa Melayu. Hasil dari usaha tersebut muncullah pernerbitan siri monograf sejarah bahasa Melayu merangkumi subjek-subjek antaranya penyusunan bibliografi, kajian terhadap teks-teks klasik, terjemahan dan bengkel-bengkel. Usaha yang digerakkan oleh DBP ini merupakan sumbangan yang sangat bermakna dalam upaya menyusurgalurkan kembali bahasa Melayu.

Penyusunan sejarah bahasa Melayu secara asasnya bertujuan untuk menelusuri perkembangan bahasa Melayu bermula dari zaman pra-tulisannya, iaitu bahasa Melayu Purba/Induk, hinggalah ke zaman pasca-tulisan. Zaman pasca-tulisan ditandai kemunculannya pada prasasti-prasasti yang ditemui di Sumatera sekitar abad ke-7M, atau di Kemboja (Campa) yang paling awalnya sekitar abad ke-2M, hinggalah ke zaman pasca merdekanya.

Dengan ini, tujuan yang dinyatakan itu secara tidak langsungnya akan menyentuh mengenai hal-hal yang berkait dengan rekonstruksi bahasa purba/induk, pengkajian terhadap prasasti-prasasti, manuskrip-manuskrip, buku-buku pengajaran bahasa, kamus-kamus, daftar kata-daftar kata, sistem tulisan awal berbahasa Melayu dan sebagainya lagi. Pengkajian terhadap perkara-perkara tersebut pastinya akan menyembulkan proses yang berlaku dalam perkembangan bahasa Melayu.

Penganjuran Seminar Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Kuno adalah sejajar dengan deskripsi di atas. Fokus utamanya seminar ini bertumpu kepada dua zaman dalam sejarah bahasa Melayu, iaitu mengenai bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu kuno.

2.0 Objektif

Antara objektif utama dianjurkan seminar ini ialah:

1. Untuk menelusuri perkembangan bahasa Melayu dalam dua zaman yang telah ditetapkan, iaitu bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu kuno.

2. Untuk mendedahkan mengenai kepentingan mengkaji prasasti-prasasti dan teks-teks klasik dalam bahasa Melayu sama ada ditulis oleh sarjana berbangsa Melayu dan juga bukan berbangsa Melayu.

3.0 Senarai Pembentang

1. Prof. Dr. Hashim Musa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

2. Prof. Dr. Shaharir Mohammad Zain, mantan TNC Hal Ehwal Akademik dan profesor matematik UKM. Kini bertugas di Institut Dialog Peradaban, UM.

3. Prof. Dr. Amad Johari Moain, mantan profesor di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

4. Prof. Madya Dr. Karim Harun, pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PBKKM), UKM.

5. Tuan Nasha Rozaidi Khaw, penyelidik di Pusat Arkeologi Antarabangsa, USM.

4.0 Jawatankuasa Penganjuran

Ketua : Dr. Muhammad Alinor Abdul Kadir, Setiausaha Agung ASASI merangkap penyelidik di Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM.

Jawatankuasa Kerja : Mohd Tarmizi Hasrah, mahasiswa sarjana linguistik Melayu, PBKKM.

5.0 Kesimpulan

Seminar penting ini untuk diberi penekanan mengingat situasi semasa yang melanda bahasa Melayu di negara ini pada masa kini teramatlah menyedihkan. Suara-suara sinis yang sering sahaja kedengaran mengenai kemampuan bahasa Melayu dalam mendepani arus modeniti dan sebagai bahasa ilmu. Andaian yang dapat ditabir mengenai hal itu adalah bersebabkan kurangnya pengetahuan mengenai sejarah silam bahasa Melayu. Ekoran daripada itu, muncullah ketidakyakinan terhadap bahasa ini dalam memainkan peranannya, yang sebenarnya telah pun berjaya dimainkan sejak sekian lama.

Diharapkan seminar anjuran ASASI dengan kerjasama PBKKM ini berjaya mencapai objektif yang telah digariskan dan mampu untuk sedikit sebanyak meneguhkan jati diri para penuturnya.

3 Komen

  1. Mohd Tarmizi

    PBKKM = Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

  2. Mohd Tarmizi

    Pembetulan: Tuan Nasha merupakan penyelidik di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM.

  3. Salam Tuan,

    Dimana boleh didapati hasil daripada pembentangan seminar ini? Saya sangat berminat untuk
    mendapatkan hasil penyelidikan ini untuk sumber rekod peribadi. Harap dapat beri jalan
    mendapatkannya. Terima kasih.

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *