Kemaskini terbaru: December 7, 2013

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BANTAHAN GMP TERHADAP DASAR KERAJAAN TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SPM

Berikut ialah kandungan penuh surat bantahan daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) berhubung dasar kerajaan terhadap Mata Pelajaran Bahasa Inggeris untuk SPM.


 

BANTAHAN GMP TERHADAP DASAR KERAJAAN TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SPM

 

GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) membantah keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan lulus Mata Pelajaran Bahasa Inggeris bagi mendapat sijil awam seperti SPM, ringkasnya DWLBI. Bantahan ini didasarkan kepada sebab yang berikut:

  1. Tiadanya persediaan guru terlatih yang mencukupi dan segala prasarana pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diwujudkan dengan lengkap.
    _
  2. Pewujudan guru terlatih itu semestinyalah berasaskan pada kurikulum yang baharu, sedangkan pewujudan kurikulum baharu itu memerlukan pelaksanaan kaedah pembinaan kurikulum yang piawai, iaitu penyediaan falsafah, matalamat, kandungan dan rekayasa kaedah pendekatan mata pelajaran bahasa Inggeris itu. Semua ini memerlukan sebuah pasukan pembinaan kurikulum yang mantap yang terdiri daripada pakar bahasa, pendidik dan ahli psikologi kanak-kanak dan remaja dengan tujuan menghasilkan produk (buku teks dan perisian) yang lulus pengujian keterlaksanaan (projek perintis) berperingkat-peringkat yang memakan masa tidak kurang daripada 5 tahun lamanya.
    _
  3. DWLBI ini pastinya akan mewujudkan satu lagi simbol kehebatan kebudayaan Inggeris dan sekali gus menurunkan lagi martabat bahasa Melayu; dan akan mencipta pula halangan baharu kepada rakyat terbanyak untuk mendapat pekerjaan atau mencapai keilmuwan atau kemahiran selanjutnya.
    _

Oleh sebab itu GMP menggesa kerajaan supaya tidak melaksanakan DWLBI seperti yang diisytiharkan itu. Sebaliknya kerajaan perlu mempertimbangkan terlebih dahulu perkara-perkara yang disebut di atas.

 

Yang benar
Dr. Shaharir bin Mohamad Zain, Pengerusi GMP
23 Sept. 2013

 
 

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *