Kemaskini terbaru: January 28, 2014

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti-aktiviti terkini ASASI

 

  1. Kumpulan cabang Fizik Teori dan Matematik (FITRIMAT) ASASI telah ditubuhkan dan kini mengadakan pertemuan setiap minggu membincangkan tajuk-tajuk berkaitan. Kumpulan ini terbuka kepada semua. Sila lawat laman Facebook ‘FITRIMAT ASASI’  bagi yang berminat untuk turut serta (perlu ada akaun Facebook). Mohon sebagai ‘rakan’ untuk menyertai kumpulan.
    _
  2. Kumpulan cabang Sains dan Teknologi ASASI ditubuhkan untuk menggerakkan penyelidikan dan pengembangan bidang kajian berkaitan etnoteknologi dan etnosains Melayu. Juga terbuka kepada penyelidik yang berminat dalam bidang terbabit. Sila lawat laman kumpulan Facebook ‘Sains dan Teknologi, ASASI’ (perlu ada akaun Facebook). Mohon sebagai ‘rakan’ untuk menyertai kumpulan. Kumpulan ini telah mengadakan pertemuan ke-2 pada 28 Jan 2014 di ATMA, UKM Bangi.
    _
  3. Kumpulan cabang Bahasa dan Linguistik ASASI ditubuhkan untuk mengembangkan penyelidikan dan pengkajian dalam bidang berkaitan bahasa dan linguistik. Sila lawat laman kumpulan Facebook ‘Bahasa dan Linguistik ASASI’ (perlu ada akaun Facebook). Mohon sebagai ‘rakan’ untuk menyertai kumpulan. Kumpulan ini telah mengadakan pertemuan ke-3 pada 25 Jan 2014 di FSKTM UPM, Serdang.

 

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *