Kemaskini terbaru: April 5, 2019

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Laboratori Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik, UPM dan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) akan menganjurkan Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017 seperti mana berikut;

Tarikh   : 21 Januari 2017 (Sabtu)
Tempat : Bilik Seminar al-Farabi, Institut Penyelidikan Matematik, UPM.
Masa     : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tajuk Pembentangan:

1.     Prof. Madya Dr. Baharrudin Zainal (UNISZA) – Kaedah-Kaedah Penentuan Tata Tanda Geografi dalam Naskhah Falak Malayonesia

2.     Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (ASASI) – Meninjau Konsep Masyarakat Berilmu dalam Tamadun Melayu

3.     Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria (UKM) – Perbandingan Jilid Kulit Merah Pantai Timur dengan Jilid Al-Quran Dinasti Islam Sebelum Abad Ke-20 Masihi

4.     Syed Haashim bin Syed Abdul Rahman (UKM) – Kosmologi Kitab Tibb Melayu: Satu Penghayatan Awal

5.     Muhamad Hanapi Jamaludin (IPB) – Sistem Politik Minangkabau Sebagai Sistem Demokrasi

6.     Nurul Fatani Jaafar (USM) – Takwim Buruj Petani Tradisional di Malaysia, Indonesia dan Filipina

7.     Muhamad Shafiq Mohd Ali (UKM) – Binaan Kubu Pertahanan Melayu

8.     Mohd. Rohaizat Abdul Wahab (UPM) – Penjenisan dan kepentingan Layar Melayonesia

9.     Wan Muhammad Afiq Wan Muhammad Fauzan (UPM) – Geometri dalam Seni Tarian Tradisional Melayu

Sehubungan itu, pihak INSPEM ingin menjemput YBhg. Dato/ Prof./ tuan/puan pensyarah, penyelidik, pengamal dan pendidik dari institusi YBhg. Dato/Prof./tuan/puan untuk hadir ke seminar ini. Maklumat lanjut mengenai seminar ini bolehlah dirujuk pada poster yang terlampir dan pada laman sesawang http://einspem.upm.edu.my/sstm2017.

Sekian, terima kasih.

2 Komen

  1. Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia untuk 2018 ada tak? Bila tarikhnya jika ada?

  2. Sebarang pertanyaan berkaitan aktiviti ASASI boleh diajukan terus kepada Sekretariat ASASI melalui email rasmi yang tertera di halaman ‘Hubungi’.
    Sila rujuk menu di bahagian atas. Terima kasih – admin

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *