Kemaskini terbaru: October 5, 2008

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.

Perkataan “Melayu” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud “Gunung”; dan “Gunung” itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya “Pnom”. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur.

Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.

Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah si

Tiada komen

Tidak dibuka untuk komen.

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.