Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bengkel ASASI (I)

Pengislaman ilmu bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Usaha ini telah dimulakan semenjak tahun 1970-an lagi menerusi pelbagai kaedah. Walau bagaimanapun, setelah lebih tiga dekad, usaha ini kelihatan masih belum cukup diterima di kalangan masyarakat, meskipun wacananya sudah masuk ke peringkat yang tinggi dan matang. Sehubungan dengan itu, satu bengkel pengislaman ilmu yang dikhususkan untuk generasi muda wajar diadakan bagi mengisi kekosongan ini.

Dengan tema Pengislaman Ilmu: Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif, diharapkan bengkel yang diterjemahkan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) ini dapat difahami oleh generasi baru. Malah, dengan adanya bengkel ini, kesinambungan perjuangan ASASI bakal ditampung dengan kukuh.

 

Di samping dua alasan itu, bengkel ini juga dijangka dapat mengatasi kekurangan ahli yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan yang telah dibentuk sebelum ini. Sekurang-kurangnya, dengan kesedaran yang dipupuk dari bengkel ini, ada di kalangan pesertanya yang dapat terlibat langsung dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan itu.

 

Walaupun pengisian bengkel ini kelihatan sangat asas, namun ia sesuai dengan sasaran peserta bengkel yang terdiri daripada mahasiswa, tutor, dan pensyarah-pensyarah muda, Mudah-mudahan menerusi sumbangan tenaga belia ini, ASASI mampu meningkatkan daya penyelidikannya. Sememangnya kekuatan ASASI adalah pada kebelakaan idealoginya. Lantaran itu, idealogi ini perlu ada pewarisnya.

 

Tujuan:

 

  1. Membina kesedaran terhadap generasi baru tentang Pengislaman Ilmu
  2. Membina generasi pelapis untuk perjuangan Pengislaman Ilmu dan kritis terhadap sains barat
  3. Membentuk barisan ahli dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan ASASI yang telah sedia dibentuk

 

Sasaran Peserta (25 orang):

 

  1. Mahasiswa
  2. Tutor
  3. Pensyarah Muda

 

Tarikh 16 Ogos 2008

Tempat: Sudut Wacana ATMA, UKM, Bandar Baru Bangi

 

Perasmian: Prof Dr. Osman Bakar, Mantan Presiden ASASI (maseh dalam cadangan)

 

Penutup: Prof Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud, Presiden ASASI

 

Aturcata:

16 Ogos 2008 (Sabtu)

 

08:00—08:45 Pendaftaran

08:45—09:00 Perasmian

09:00—10:30 Dr. Mat Rofa Ismail (UPM)
Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif Berpaksikan Islam dan Melayu

10:30—11:00 Jamuan ringan

11:00—12:30 Dr. Shaharir Mohd Zain (ASASI)
Kaedah-Kaedah Asas yang Terpinggir dalam Pembangunan Sains

12:30—02:00 Makan Tengahari dan Solat

02:00—03:15 Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)
Sistem Angka Melayu dan Persoalan-Persoalannya

03:15—04:30 Baharrudin Zainal (UDM)
Prinsip-Prinsip Astronomi dalam Tamadun Islam dan Melayu

04:30—05:00 Taklimat Kumpulan Penyelidikan ASASI dan Penutup

05:00— Jamuan dan Bersurai

 

Jika berminat untuk menyertai program ini, sila mendaftar menerusi borang yang disediakan di sini. Pihak ASASI akan mengesahkan penyertaan anda melalui balasan mel-e nanti. Penyertaan adalah PERCUMA. Sementara, tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 10 Ogos 2008.

Selamat bertemu nanti!

5 Komen

  1. Ali Bukhari bin Amir
    014-3233287

  2. Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
    012-9344553

  3. Abdul Rahim Hilmi Zakariya

    Abdul Rahim Hilmi Zakariya
    019-9070095

  4. Mohd Rizal B Hamdan
    012-3704563

  5. […] Melayu-IslamSharudin Sharif on Soal Selidik Bengkel Pengislaman Ilmu 2008MOHD RIZAL B HAMDAN on Bengkel Pengislaman Ilmu 2008Abdul Rahim Hilmi Zakariya on Bengkel Pengislaman Ilmu 2008Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal on […]

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *