Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar ASASI + Pusat Dialog Peradaban

Setelah berjaya mengadakan Bengkel ASASI (I) di ATMA, UKM, dan Bengkel ASASI (II) di INSPEM, UPM, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) meneruskan lagi aktivitinya pula di Universiti Malaya (UM). Kali ini membawa tema berbeza, “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Intelektual Dalam Konteks Tamadun Alaf Baru.”

Setelah dua tema sebelumnya memberi tumpuan terhadap gagasan Sains Islam, kini tema tentang Bahasa Melayu ini turut diangkat ASASI. Langkah mengadakan seminar dengan kerjasama Pusat Dialog Peradaban, UM ini dilihat perlu memandangkan pendokumentasian Bahasa Melayu dalam mengungkapkan pelbagai bidang di Malaysia maseh memerlukan usaha yang lebih berkesan lagi.

Sewaktu Seminar ASASI + Pusat Dialog Peradaban ini, sekurang-kurangnya terdapat dua makalah yang bakal dibentangkan, iaitu menerusi Prof. Dr. Osman Bakar dan Dr. Shaharir Mohamad Zain (Mantan Presiden ASASI). Butiran seminar adalah seperti berikut:

Seminar ASASI + Pusat Dialog Peradaban
Tema: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Intelektual Dalam Konteks Tamadun Alaf Baru
Tarikh: 19 Disember 2008.
Tempat: Bilek Wawasan, Rumah Tetamu, Universiti Malaya
Penyertaan: Hanya 35 hadhirin, MASUK PERCUMA

Di samping itu, seminar ini juga akan diselitkan dengan acara pelancaran Jurnal Peradaban Melayu di bawah Pusat Dialog Peradaban, UM. Manakala, aturcara seminar dimuatkan di bawah. Kepada para mahasiswa, tutor, pensyarah, dan mereka yang berminat, maka pihak ASASI mengalu-alukan kehadhiran anda. Borang penyertaan boleh diisi di bawah.

Seminar ASASI + Pusat Dialog Peradaban
19 Disember 2008 (Jumaat)

9:00 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh Prof Dr. Azizan Baharuddin (Pengarah Pusat Dialog Peradaban, UM)

9:15 pagi : Ucapan oleh Prof Ir Dr Hj Wan Ramli Wan Daud (Presiden ASASI)

9:30 pagi : Ucapan perasmian dan pelancaran Jurnal Peradaban oleh Prof Dato’ Dr. Mohd Amin Jalalauddin, TNC, UM.

10:15 pagi : Jamuan Ringan

10:30 pagi : Pembentangan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
Ilmu Falsafah dan Ilmu Keagamaan Sebagai Pemangkin Kemajuan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmiah

11:30 pagi : Pembentangan oleh Dr. Shaharir Mohamad Zain
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Telah, Lani dan Kelak

12:30 tengahari : Makan Tengahari dan Solat Jumaat

3:00 petang : Forum
Ke Arah Memantapkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Ahli Panel: Dato’ Dr. Hasan Ahmad, Prof. Madya Dato’ Zainal Abidin Borhan, Encik Kamarul Zaman Shaharudin (Pemangku Ketua Pengarah DBP)

4:30 petang : Penutup

4:45 petang : Jamuan dan Bersurai

BORANG PENDAFTARAN BENGKEL ASASI (III)

1 Komen

  1. […] Ilmu Masa: 8:00pg – 5:00ptg Tarikh: 19 Disember 2008 Tempat: Pusat Dialog Peradaban, UM Anjuran: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) + Pusat Dialog […]

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *