Kemaskini terbaru: October 21, 2008

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kosmologi Sufi: Ilmu Yang Tertinggi dalam Pandangan Sains Islam

Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu para anbiya’ Allah dan kekasih Allah (waliyullah) merupakan ilmu yang tertinggi, sebahagiannya yang dapat dicerap secara zahir berupa mukjizat dan keramat namun bahagian yang batin atau asrar hanya dapat dicerap oleh para ahli makrifat (ahli Sufi muhaqqiqin). Dalam banyak kajian perbandingan yang dilakukan oleh para sarjana Muslim dan sarjana Barat, seolah-olah terdapat percanggahan di antara Islam yang diamalkan oleh majoriti Muslim dengan ahli Sufi (kebanyakannya kumpulan Tarekat) dan juga percanggahan di antara pelaksanaan syariat dan muamalat yang diamalkan oleh kebanyakan orang islam berbanding orang Sufi. Ada dua sebab mengapa perbezaan itu seolah-olah wujud, pertama kerana para pengkaji kurang memahami amalan (zahir dan batin) orang Sufi dan kedua, atas sebab tujuan tertentu (politik, munafik, sabotaj dan lain-lain) untuk memburukan dan mempertelagahkan pelbagai golongan dalam Islam, sedangkan jelas terdapat tiga golongan dari segi pengamalan Islam iaitu awam, khawass dana khawasul khawass. Kertas ini cuba menghuraikan beberapa aspek kosmologi Sufi dengan tujuan agar sebahagian daripada ilmu dan amalan mereka dapat difahami, sebahagian besar daripadanya merupakan amalan batin Rasulullah s.a.w dan mengaitkan aspek Kosmologi Alam Semesta (alam kabir) dengan Kosmologi Insan (alam saghir). Dengan cara ini maka jelaslah hubungan harmoni di antara manusia dan alam semesta, yang kedua-duanya merupakan makhluk yang semestinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Maha Penciptanya.

Makalah boleh dibaca seterusnya di sini: Kosmologi Sufi: Ilmu Yang Tertinggi dalam Pandangan Sains Islam.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *