Kemas kini terbaru: January 29, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ASASI Membantah PPSMI

Memoradum Akademi Sains Islam Malaysia kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2002

PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS

Kami para profesor dalam bidangn yang berasaskan sains, kejuruteraan dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan terhadap dasar baru kerajaan untuk mengInggeriskan kembali pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah (aliran sains sekolah) mulai tahun 2003 ini.

Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan,” dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman dan di negara-negara maju.

Oleh sebab kami juga terlibat secara langsung dengan pembangunan SAKTI negara ini yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu membangun, menyibar dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini.

Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan Kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di mana peringkat jua pun tetapi kami amat tidak bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu, kita melakukannya menerusi pengajaran atau pendidikan Sains dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris.

Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:

1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!) bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa Melayu (bahasa keempat terbesar di dunia) dalam SAKTI, sedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati di dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat ijazah kedua (Sarjana) dan ketiga (Doktor Falsafah). Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan! Langkah pengInggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan malah mengkhianati dan bahkan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sekurang-kurangnya sejak tertubuhnya UKM 1970 dahulu. Sekaligus langkah ini meremeh, mensia-sia dan menyiksa batin ratusan bahkan ribuan para sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangun bahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di dunia (seperti yang diramal oleh ahli-ahli bahasa dunia) walaupun dengan mengInggeriskan pendidikan sains dan matematik di Malaysia. Tetapi amatlah jelas langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.

2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan pembangunan SAKTI: Secara empirikalnya, sejak zaman berzaman tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa nasional masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya. Dengan inilah kemudiannya kita dapat memudahkan pengembangan dan pembangunannya sehingga di negara-negara itu menjadi ramai yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasa nasional kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirikal ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf anatarbangsa menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.

3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI: Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahkan mereka memperoleh ilmu daripada luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim terhadap Ayat al-Quran, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak daripada kalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaum tersebut memperoleh ilmu dan hikmah. Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian yang lakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan daya pengaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahana pengkaryaan atau penciptaan. Malah de Bono menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasa nasionalnya. Setiap bahasa sebenarnya ada kebitaraan atau keunikan tersendiri dalam berperanan daya pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun). Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukanlah datangnya daripada negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!

4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit di negara maju dan di bebrapa buah negara jiran kita) patut dipersalahkan juga.

5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa (Inggeris). PengInggerisan dua mata pelajaran ini hanya menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat.” Yang pasti adalah kelemahan pelajar dalam dua mata pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan kerenah baru lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik memang banyak dan semuanya menunjukkan pembelajaran dalam bahasa sendiri ada advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat memperbaiki pencapaian sains dan matematik.

6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak memundurkan atau merugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikan dalam bahasa nasional Malaysia adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbangan ratus ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)

Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangakan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik Sekolah seperti yang telah diputuskan itu. Sebaliknya kami menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi dengan berganda-gandanya usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga mencapai tahap maksimumnya, tetapi menerusi pendidikan matapelajaran ahasa Inggeris itu sendiri.

Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

Prof. Shaharir Mohamad Zain
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

September 2002 (Jamadilakhir 1423)

5 Komen

  1. awangku

    Kerajaan boleh teruskan PPSMI, tetapi harus diingat pilihan raya nanti tahulah padahnya. Inilah keikhlasan perjuangan kita kepada bahasa Melayu. Soal menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain merupakan perkara mudah. Kerana kita sebagai rakyat boleh menguasai semua bahasa jika diberi peluang dan ruang yang mencukupi. Soal menguasa bahasa bukan perkara sukar, tetapi soal memartabatkan bahasa bangsa negara adalah soal keutamaan yang tidak bolek sesekali dikompromikan. Jelas.

  2. Assalamualaikum…kami orang biasa secara logiknya, lagi la perlu sokong…

  3. […] Senarai ini disalin dari blog Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zain. […]

  4. Pada pendapat saya yang pernah melalui proses pembelajaran (dan masih juga melaluinya) di peringkat universiti dan pengalaman kerja yang sedikit di syarikat yang pelbagai (dari bumiputera hingga ke antarabangsa dan MNC dan agensi kerajaan), saya tidak melihat artikel yang ditulis oleh pensyarah dari UiTM didalam akhbar The Star sebagai salah keseluruhannya.
    Saya pernah alami (masih alami) serta pernah lihat betapa sukarnya pelajar-pelajar yang tiada penguasaan bahasa inggeris belajar dan memahirkan diri di universiti dimana kebanyakkan rujukan adalah dalam bahasa inggeris. Ini tidak termasuk yang keluar dan memasuki alam pekerjaaan. Berapa ramai CEO yang hanya bercakap bahasa melayu berjaya? Tiada. Bahasa Inggeris perlu dikuasaai untuk membolehkan kita kehadapan. Seperti mana bangsa eropah dan yahudi yang mempelajari bahasa arab untuk maju kehadapan ketika zaman mereka didalam kegelapan. Begitulah juga kita.
    Kita marahkan perkara ini tetapi dalam masa yang sama, pensyarah kita bercakap bahasa rojak. Kita marahkan perkara ini, tetapi ketika TV3 membaca berita dalam bahasa baku suatu ketika dahulu kita ketawa. Kita marahkan perkara ini tetapi kita sendiri sukar menuturkan bahasa melayu sepenuhnya. Kita marahkan perkara ini, tetapi kita lebih banyak menonton cerita luar negara. Kita marahkan perkara ini, tetapi teknologi yang digunakan seperti laman ini masih ada penggunaan bahasa inggeris (lihat dibawah sekali… ada perkataan Entries dan Comments. Perkataan Search di atas.. dan banyak lagi perkataan inggeris diguna-pakai). Oleh itu, kita sendiri kena memperbaiki diri kita sebelum kita menyuruh orang lain.
    Namun begitu, saya juga tidak ingin menyebelahi barisan penulis yang menyokong PSSMI tersebut. Bagi saya, benar juga apa yang dikatakan oleh SAKTI. Perbaiki dulu mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa inggeris. Tambahkan kredit masa dan juga naikkan garis lulus untuk memastikan kelulusan bahasa inggeris adalah di tahap optimum. Pastikan guru yang mengajar bahasa inggeris itu benar-benar handal (kalau boleh yang sememangnya menggunakan bahasa inggeris sebagai pengantar utama) dan tidak selang-seli dengan bahasa lain selain bahasa inggeris ketika masa pelajaran tersebut (pernah lihat guru mengajar bahasa inggeris tapi memberi penerangan dalam bahasa melayu).
    Oleh itu, kajian secara lebih mendalam perlu dilaksanakan dan juga penilaian perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan PPSMI itu. Penilaian bukan pada jumlah pelajar yang lulus atau gagal, tetapi pada sejauh mana pengetahuan itu membantu pelajar pada masa hadapan.

  5. saila..

    Perjuangan bahasa Melayu perlu diteruskan agar bahasa tersebut tidak hilang di dunia..pengukuhan bahasa inggeris juga harus dilakukan agar seiring dengan bahasa Melayu…

 

----

Nota: Pengunjung yang ingin beri komen dimohon gunakan ejaan yang betul supaya tak mengelirukan pembaca. Untuk makluman, komen yang mengelirukan, tak jelas tujuan dan maklumatnya, atau ‘spam’, tidak akan disiarkan atau akan dipadam. Harap maklum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *