Kemaskini terbaru: February 5, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Mesej Umdat Al-Muhtajin Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili

Seminar Mesej Umdat Al-Muhtajin Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkil
Tarikh: 12 Februari 2009
Tempat: Sudut Wacana ATMA, UKM
Penyertaan: terbuka dan percuma

Seminar bertemakan Seminar Mesej Umdat Al-Muhtajin Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili pada 12 hb Feb 2009 di Sudut Wacana, ATMA, UKM, merupakan kajian lanjutan dari Doktor Falsafah al-Fakir Mohd Syukri Yeoh Abdullah yang bertajuk Pemikiran Dakwah Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Beliau mengetuai sekumpulan sarjana berusaha untuk mengali kembali jatidiri Melayu yang terdapat dalam khazanah manuskrip Melayu. Antara sarjana yang terlibat dalam kajian UKM- GUP-TKS-08-08-274 ini ialah:

Kertas Kerja 1:

Riwayat Hidup Dan Sumbangan Dakwah Pengarang Teks Umdat Al-Muhtajin
Oleh: Al-Fakir Mohd Syukri Yeoh Abdullah Al-Shattari, S.Ag., Dpl., M.A., Ph.D.

Abstrak
Kertaskerja ini coba menelusuri riwayat hidup pengarang teks manuskrip CUmdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin dan sumbangan dakwahnya dengan menggunakan pendekatan sejarah. Penulisan ini menemukan bahawa pengarang teks ialah Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Beliau lahir di Barus, Singkil, berketurunan batak dengan marga limbong yang hidup di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda(1607-1636 Masihi), Sultan Iskandar Thani (1636-1641Masihi), Sultanah Taj al-Alam Safiatuddin Syah (1641-1675 Masihi) dan dilantik menjadi Qadi al-Malik al-Adil era pemerintahan diikuti oleh era pemerintahan Nur al-Alam Nakiayatuddin Syah (1675-1678 Masihi), Inayat Syah Zakiyatuddin Syah (1678-1688 Masihi) dan Kamalat Syah (1688-1699 Masihi). Beliau melakukan kegiatan dakwahnya di istana dan masyarakat. Antara wasa’il dakwah yang digunakannya ialah penampilan akhlak murni, melalui warisan murid, pemikiran dan penulisan. Jihad dakwahnya dinilai berjaya meneruskan kegemilangan tamadun melalui institusi bersanad, pengajian ilmu bersanad, amalan bersanad dan tarekat bersanad.

Kertas Kerja 2:

Kitab Cumdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin Shaykh Cabd Al-Ra`Uf Singkel: Suatu Pengenalan Intisari
Oleh: Muammar Ghaddafi Hanafiah, B.A.(HONS), M.A. Fal.

Abstrak
Kertaskertas ini cuba menelusuri intisari teks manuskrip CUmdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin (Abd al-Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Manuskrip cUmdat al-muhtājīn ila sulūk maslak al-Mufrdīn (MS1314, C). Perpustakaan Negara Malaysia: Kuala Lumpur.) Shaykh cAbd al-Ra`uf Singkel yang dikategorikan sebagai kitab Tauhid dan Tasawwuf (Mohd Syukri Yeoh Abdullah 2008:274). Penulisan ini menemukan bahawa karya CUmdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin mengandungi tujuh bab berserta wasiat dan shajarah sanad. Ini menjadikannya sebuah warisan yang amat bernilai bagi pendukung tarekat al-Shattariyyah khasnya dan bagi peminat bidang ketarekatan Islam secara umumnya. Meskipun demikian ia belum menemui nafas baru di zaman percetakan moden apabila tiada sebarang cetakan dibuat sehingga kini. Tulisan ringkas ini hanya akan mempersembahkan isi kandungan kitab ini dengan menyeluruh tetapi masih secara umum dan akan membincangkan secara ringkas beberapa persoalan penting darinya sebagai suatu usaha bagi memperkenalkan kitab warisan Melayu Islam dari zaman silam mereka yang gemilang.

Kertas Kerja 3:

Analisis Komponen Tekstual Dalam Teks Umdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin
Oleh
: Al-Fakir Mohammad Fadzeli Jaafar, B.A.(HONS), M.A., Ph.D.

Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis komponen tekstual yang dipersembahkan dalam teks Umdat Al-muhtajin ila suluk maslak al-mufridin, karya Abdul Rauf Singkil. Teks Umdat yang dikaji merupakan versi asal dalam bahasa Malaysia yang telah ditransliterasi daripada tulisan Jawi kepada tulisan rumi. Analisis tertumpu pada komponen struktural dan komponen pautan. Komponen struktural tertumpu pada struktur tematik (tema dan rema atau judul – cerita) dan struktur maklumat (latar-baru). Komponen pautan pula tertumpu pada kehadiran kata penghubung (misalnya dan) dan kata wacana (discourse markers) yang tertentu (misalnya maka, bahawa, bermula) dan fungsinya dalam teks Umdat. Memandangkan karya ini berbentuk tasawuf dan dihasilkan pada abad ke-17, maka kajian tentang komponen tekstual akan dapat menonjolkan pola susunan maklumat teks klasik dengan pengaruh tatabahasa Arab. Signifikannya kajian ini dapat memperlihatkan perbezaan gaya penyampaian teks klasik pada abad ke-17 berbanding dengan gaya bahasa teks modern pada abad ke-21; dan yang lebih penting lagi dapat mempersembahkan gaya pemikiran yang cuba disampaikan oleh Abdul Rauf Singkil berdasarkan struktur/pola ayat yang dipilih. Implikasi kajian ini bakal menemukan keistimewaan teks Umdat dari segi pengaruh karya ini dalam masyarakat Islam di Kepulauan Melayu khususnya.

Kertas Kerja 4:

Membina Jatidiri Pendakwah Dari Perspektif Umdat Al-Muhtajin
Oleh: Prof Madya Syamsul Bahri Andi Galigo, B.A.(HONS), M.A., Ph.D.

Abstrak
Penulisan ini menelusuri bagaimana membina jatidiri pendakwah dari perseptif Umdat al-Muhtajin Ila Suluk Maslak al-Mufridin. Dasar pembinaan jatidiri sebagai seorang pendakwah teks Umdat Muhtajin ialah pengukuhan akidah, akhlak, peningkatan nilai-nilai iman dan taqwa adalah melalui pendekatan pemahaman akidah dan amalan.

Kertas Kerja 5:

Nilai-Nilai Hadith Dalam Umdat Al-Muhtajin
Oleh: Dr Wan Nasyrudin Bin Wan Abdullah, B.A.(HONS), M.A., Ph.D. dan Muammar Ghaddafi Hanafiah, B.A.(HONS), M.A. Fal.

Abstrak
Kertas kerja ini cuba menelusuri aspek yang melibatkan hadith dalam teks Umdat al-Muhtajin Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Perbincangan ini menemukan Shaykh Abdul Rauf menggunakan pelbagai kualiti jenis hadis seperti sahih, hasan daaif, mawdu’ dan merujuk kepada ramai ulama hadis yang muktabar. Ini memperlihatkan bahawa Shaykh Abdul Rauf seorang ulama yang alim dalam bidang.

Kertas Kerja 6:

Ciri-Ciri Linguistik Dalam Manuskrip Cumdat Al-Mutajīn Ila Sulūk Maslak Al-Mufridīn
Oleh: Prof Madya Salmah Ahmad, B.A.(HONS), Dpl. M.A., Ph.D.

Abstrak
Pembahasan di sini tertumpu kepada kajian bahasa yang terdapat dalam lima naskhah manuskrip cUmdat al-Muhtajin Ila Suluk Maslak al-Mufridin.yang diberi nama naskhah A,B,C, D dan naskhah E . Naskhah manuskrip ini adalah hasil karya Shaykh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkili pada abad ke 17 Masihi. Kajian ini membincangkan cirri-ciri linguistik dari sudut perbendaharaan kata dan tatabahasa. Objektif kajian ini adalah untuk membuktikan kemampuan seorang ulama mencernakan pemikirannya dalam pelbagai bentuk gaya bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sedikit perbezaan antara kelima-lima naskhah tersebut dari sudut ejaan. Selain itu, manuskrip ini banyak meminjam kata-kata daripada bahasa Arab yang sudah sebati dengan pengguna bahasa Melayu dan kata-kata yang boleh dianggap sebagai istilah yang perlu penjelAsan yang luas. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini menerima pelbagai kata asing dan memasukkannya ke bahasa Melayu untuk keperluan perkembangan tamadun Melayu sendiri. Mereka mengkaji teks Umdat al-Muhtajin dengan pelbagai sudut mengikut pendekatan disiplin-ilmu masing-masing bagi mencungkil mesej yang disampaikan kepada umat Melayu Islam oleh Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili, Qadi al-Malik Malik al-Adil (mufti) abad ke 17 Masihi.

Shaykh Abdul Rauf yang lahir di Barus, Singkil, berketurunan batak dengan marga limbong yang hidup beberapa era zaman pemerintahan Aceh, antaranya Sultan Iskandar Muda(1607-1636 Masihi), Sultan Iskandar Thani. Sultan Iskandar Thani (1636-1641Masihi), dilantik menjadi Qadi al-Malik al-Adil pada era pemerintahan Sultanah Taj al-Alam Safiatuddin Syah (1641-1675 Masihi), Nur al-Alam Nakiayatuddin Syah (1675-1678 Masihi), Inayat Syah Zakiyatuddin Syah (1678-1688 Masihi) dan Kamalat Syah (1688-1699 Masihi).

Shaykh Abdul Rauf berkesempatan mengikuti dan terlibat dalam pergolakan yang berlaku pada setiap pemerintahan kesultanan Aceh. Malah beliau diberi amanah untuk memeganag jawatan Qadi al-Malik al-Adil pada era pemerintahan Sultanah Taj al-Alam Safiatuddin Syah (1641-1675 Masihi) sehingga Sultanah Kamalat Syah (1688-1699 Masihi) selama 34 tahun. Selama Shaykh Abdul Rauf berkhidmat sebagai Qadi al-Malik al-Adil (mufti) Aceh, beliau berjaya menghasilkan 56 naskhah karya pelbagai disiplin-ilmu agama.

Salah satu karya, Shaykh Abdul Rauf ialah cUmdat al-muÊtājīn ilā sulūk maslak al-mufradīn (عمدة المحتاجين إلى سلوك مسلك المفردين) pegangan golongan yang ingin menjalani perjalanan orang yang mengkhususkan diri kepada Tuhan.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *