Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Pemikiran Fizik Semasa

Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, permainan falsafah sains.

Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden, yang mana merangkumi fizik kenisbian dan fizik kuantum. Kedua-dua displin ini ternyata memang sarat falsafahnya.

Sehubungan dengan itu, ASASI kali berikutnya membawakan Seminar Pemikiran Fizik Semasa bagi mengupas persoalan-persoalan mutakhir ini. Menerusi latar pembentang serta tema yang dikemukakan, seminar seumpama ini barangkali adalah yang pertama di Malaysia. Butiran seminar menarik ini adalah seperti berikut:

Seminar Pemikiran Fizik Semasa
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Tempat: Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Pembentang:

Prof. Dr. Hishamuddin Zainuddin (UPM)
Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian

Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (UM)
Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi – Sains Seperti Yang Kita Difahamkan

Prof. Dr. Shahidan Radiman (UKM)
Hubungan Antara Kosmologi Moden dengan Teori Nombor

Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)
Fizik dan Topos

Prof. Madya Dr. Zainal Abdul Aziz (UTM)
Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru Matematik Fizik

Untuk mendaftar, sila isi borang penyertaan di bawah:

3 Komen

  1. […] ini mungkin tak lerai di sini. Nanti, ASASI, atau Akademi Sains Islam Malaysia akan menganjurkan Seminar Pemikiran Fizik Semasa. Menarik jika dapat hadhir. Di sana terdapat ramai ahli fizik teori yang berhimpun. Maka, sudah […]

  2. astronomer

    Alhamdulillah, di atas usaha membicarakan hubungkait fizik dan falsafah yang ibarat lagu dan irama itu. Terasa rugi tidak dapat menghadiri kerana mencari ilmu di luar negara ketika itu. Mudah-mudahan diberi rangsangan oleh Allah untuk terus menerokai rahsia-rahsia alam ciptaan Yang Maha Esa.

  3. […] Untuk mendaftar, sila ke sini: http://www.asasi.my/archives/742 […]

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *