Kemaskini terbaru: March 20, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peranan Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Kemajuan Sains Kini

Imam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al Tusi al-Ghazali dilahirkan di Tus , berhampiran dengan Mashhad, Iran. Kegigihan beliau dalam mencari ilmu membawanya ke Nishabur untuk belajar di bawah Imam al-Haramain al-Juwayni seorang ulama mazhab Shafie dan teologi Asyaari. Beliau pernah dilantik ke jawatan rektor dan professor di Madrasah Nizamiyah di Baghdad selama 4 tahun sebelum beliau tiba-tiba berhenti untuk berkelana dan memperbaiki dirinya dengan kaedah Sufi yang dihuraikannya sebagai autobiografi dalam kitab Al Munqidh min al-Dhalal. Setelah berkelana selama 10 tahun di Damsyik , Mekah dan Madina , beliau pulang ke Nisabur sebelum meninggal di Tus pada tahun 1111 M. Imam Ghazali dipercayai telah menulis sebanyak 400 buah kitab , namun hanya 70 sahaja yang masih ada sampai masa ini. Salah satu karyanya yang hilang itu ialah sebuah tafsir al-Quran 40 jilid dan hanya kitab Jawahir al-Quran yang sampai kepada kita hari ini. Aynqudah al-Hamadani seorang ahli Sufi terkenal dan penulis kitab Zubdat al-Haqaiq menulis bahawa “ Tidak ada yang telah menyelamatkan melainkan rahmat Allah s.w.t melalui kajian saya terhadap tulisan-tulisan Abu Hamid al-Ghazali selama empat tahun , di mana dalam masa itu saya terselamat dari kezindikan , penyelewengan dan kebingungan.” Begitu pula dengan Abu Madyan Syuaib al-Ansari , seorang Sufi dan waliyullah terkenal dari Moroko , mula belajar dengan gurunya Abul Hasan Ali Ibn Hirzihim dengan menghafal kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali sehingga beliau mendapat banyak keberkatan dari usahanya itu. Secara keseluruhan dapat dikatakan bahawa Kitab Ihya’ Ulumuddin itu adalah berdasarkan kitab Qut al-Qulub karangan Abu Talib Makki , tetapi diperdalami dan dihuraikan dengan lebih panjang lebar. Beliau memperkenalkan kaedah darb al-mithal dalam pentafsiran al-Quran ( dalam Kitabnya Mishkat al-anwar) dan memberikan bandingannya dengan ilmu tadbir mimpi . Beliau juga membenarkan kaedah ta’wil aqli yang tidak dipersetujui oleh Ibn Arabi yang mencadangkan pula tariq al-ishara . Ta’wil aqli ini bersesuaian dengan penggunaan kata aqal dalam al-Quran yang menekankan ta’aqul, tafaqquh dan tadabbur. Dalam Ihya Ulumiddin juga beliau sangat menyarankan tafsir bil ra’y dan menerima usaha yang gigih ( al ijtihad al-sahih) dan menolak kaedah yang mengikuti hawa nafsu (hawa). Dalam menyarankan ta’wil terhadap al-Quran beliau mencadangkan diwujudkan sistem bagi menilai penafsiran al-Quran iaitu yang 1 berdasarkan kepada konsep kewujudan kepada 5 tahap ; pertama bersifat Dzati atau al wujud mutlaq , kedua wujud hissi (yang boleh dicerap dengan pancaindera) , yang ketiga wujud khayali , keempat wujud aqli dan kelima wujud shabahi ( analogi, perbandingan). Huraian al-Ghazali tentang tafsir sangat jelas dan meyakinkan sehinggakan Al-Simnani telah mengambil sebahagian dari kaedah al-Ghazali dan huraiannya dalam pengenalan kepada kitab tafsirnya . Antara kejayaan al-Ghazali dalam penulisannya khasnya melalui Ihya’ Ulumiddin ialah huraian tentang ilmu ladunni yang boleh dicapai oleh manusia biasa yang bukan Nabi ( perkara sama disokong oleh Imam Fakhruddin al-Razi) . Malah , Imam al-Qurtubi agak ragu bahawa manusia biasa boleh mendapat ilmu ladunni , walaupun beliau tidak meragui bahawa awliya’ boleh diberikan karomah.

Baca lebih lanjut di: Peranan Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Kemajuan Sains Kini.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *