Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Perubahan Iklim

Perubahan bukannya tindakan sedetik. Lalu, hilang. Perubahan juga bukannya kempen sebentar. Kemudian, sunyi. Perubahan sebenarnya menuntut kepada sebuah kesedaran abadi.

Akhirnya, kesedaran seperti ini hanya termazmur dari kefahaman, penghayatan, dan keinsafan. Antara kaedah untuk menanam semua ini adalah menerusi penerokaan ilmu tentang peri pentingnya perubahan. Ilmu seharusnya melahirkan tindakan abadi. Dalam soal perubahan iklim—yang menjadi inspirasi aksi ¨Earth Hour¨—proses penanaman kesedaran ilmu ini amatlah mendesak.

Justeru, ASASI dengan kerjasama IKD dan KAS, telah mengaturkan satu seminar atas tujuan ini. Harapannya, agar seminar ini dapat mencungkil punca dan penyelesaian, serta membangkitkan rasa kebimbangan sejagat ini dalam bentuk yang lebih mapan. Butiran seminar adalah seperti berikut:

Seminar Perubahan Iklim
16 Mei 2009 (Sabtu)
Bangi Equatorial Hotel
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Untuk 35 penyertaan terawal sahaja

Manakala pembentang seminar ¨Perubahan Iklim¨ adalah seperti berikut:

Professor Dr. Fredolin Tangang
Fakulti Sains & Teknologi UKM
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
Tajuk: Perubahan Iklim Dunia: Kefahaman Saintifik dan Isu-isu berkaitan

Dr. Liew Juneng
Pensyarah/Penyelidik
Fakulti Sains & Teknologi UKM
Tajuk: Konsep Pengunjuran Iklim Melalui Permodelan Matematik

Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh
Jabatan Geografi
Universiti Malaya
Tajuk: Keterancaman dan Vulnerabiliti Malaysia Terhadap Perubahan Iklim

En. Ling Leong Kwok
Pengarah Seksyen Pembangunan Ramalan Cuaca Numerikal
Jabatan Meteorologi Malaysia
Tajuk: “Climate Change Scenarios of Malaysia

Ir.Hj Ahmad Jamaluddin b. Shaaban
Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Anjuran: ASASI + IKD + KAS
Penyertaan terbuka. Percuma. Semua dijemput hadhir.

Sila daftar penyertaan anda di sini:

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *