Kemaskini terbaru: April 19, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beberapa Aspek Teori Kalam dan Kaitannya dengan Kosmologi Moden

Asas agama Islam ialah tauhid dan pengtauhidan terletak ke atas Dzat, sifat, asma’ (nama) dan af’al (perbuatan) Allah. Dzat Allah tidak diketahui begitu pula “Tangan” dan “Wajah” Nya yang harus diterima seperti yang disebut dalam Al_Quran tanpa ditanyakan bagaimana. Sifat , Nama dan perbuatan Allah terlakar dalam semua ciptaannya samada alam semesta ( alam kabir) mahupun dalam diri manusia ( alam saghir). Penampakan-penampakan sifat, Nama dan perbuatan Allah s.w.t tertuju bukan hanya kepada alam yang fizik tetapi juga alam yang ghaib termasuk tujuh petala langit dan bumi , Loh Mahfuz, Arsy dan Kursy dan lain-lain. Apabila perkara yang ghaib ini cuba dibincangkan secara rasional , ahli kalam yang diwakili oleh AsSyaari , Al Baqillani dan al Maturidi termasuk juga Al-Ghazali telah mempertahankannya akidah Islam dari penodaan fikiran rasional kaum Muktazilah ( diketua al-Jubai ) dan kumpulan ateis (Ibnu Rawandi dll) serta kaum Jabariyah. Maka timbul aliran pertengahan antara Jabariyah dan Qadariyah yang dipanggil sebagai aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Al Ghazali melalui kitabnya yang terkenal , Ihya Ulumiddin terutamanya telah dapat menyintesis pemikiran Ahli Sunnah Wal Jemaah ini dengan tasawuf yang murni dari bid’ah dan meletakkan agama dalam wadah moden yang membenarkan evolusi pemahaman agama dari sudut tajdid dan fatwa. Pada masa kini kajian tentang ilmu Kalam yang telah berjaya menyelamatkan akidah ummah satu masa dulu sudah agak terpinggir dan tidak dipandang relevan sedangkan konsep atomisme dan teori occasionalisme ahli Kalam begitu relevan dengan fizik moden , khasnya yang melibatkan skala dimensi yang lebih kecil dan juga bagi memahami kekalutan “masalah interpretasi” Mekanik Kuantum yang digunakan bagi menjelaskan fenomena alam mikroskopik. Dengan mengembalikan prinsip asas ilmu Kalam , diharapkan penyakit baru dunia moden seperti scientisme ( dengan contoh terkenal seperti Bucaillisme) dan dekonstructionisme dengan mudah dapat ditangani. Pembangunan material yang begitu cepat dikaitkan dengan pembangunan tamadun Barat dengan sistem ekonomi , sosial dan politiknya telah menggabui dunia Islam tentang apa itu sebenarnya kejayaan , kemewahan dan kebahagiaan. Sedangkan tamadun Barat yang sedang berkembang secara “ satu mata” itu (semata-mata atas pembangunan kebendaan) merupakan istidraj dari Allah s.w.t. Oleh itu, dirasakan satu pemerhatian dan penumpuan baru harus dibangunkan oleh pencinta dan penyelidik Sains Islam kearah pembangunan Ilmu Kalam baru (berdasarkan yang lama) bagi meletakkan dasar rasional yang tauhidik untuk meneruskan agenda pengIslaman dalam semua bidang sains khasnya dan ilmu sekular lainnya.

Baca lanjut di: Beberapa Aspek Teori Kalam dan Kaitannya dengan Kosmologi Moden.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *