Kemas kini terbaru: June 18, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perjalanan Sufi

Latarbelakang

Seorang Sufi biasanya dia tidak mengaku dirinya Sufi. Yang pasti , seseorang yang tidak dibimbing oleh seorang atau lebih Nabi a.s tidak selayaknya menganggap dirinya Sufi. Terkadang , mereka yang sampai ke maqam yang tiada maqam pun hanya mengaku dirinya salik (pemula jalan kesufian). Mereka yang dibimbing sampai ke maqam yang tiada maqam tentunya diajari oleh Allah s.w.t sendiri.

Perjalanan Hidup Ahli Sufi

Selalunya mereka akan melalui inisiasi (initiation) contohnya pada awal perjalanan mereka akan bermimpi musyafahah ( bersalam) dengan ummahatul mukminin Saidatina Aisyah ( dalam kes Sh. Abdul Qadir Jilani rah. beliau bermimpi menyusu ( sebagai seorang bayi) dengan Saidatina Aishah r.anha) . Dalam perjalanan peningkatan maqam , mereka akan dihadiahkan khirqah atau jubah oleh guru mursyid mereka – dalam kes Sh. Al-Busiri ( pengarang Selawat Burdah) beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w langsung diberi hadiah sehelai burdah kepadanya. Mereka diajari oleh Allah s.w.t untuk mengamalkan zikir dan wirid berdasarkan pemerhatian (pembukaan) yang telah ditunjuki oleh Allah s.w.t , contohnya mereka akan melihat jasad mereka yang sedang sakaratul maut memberi salam “ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilayaumilkiyamah” ( kaki kanan beri salam kepada kaki kiri , tangan kanan memberi salam kepada tangan kiri dan seterusnya) – maka , mereka pun menggunakan salam ini kepada orang-orang yang dikasihi mereka.

Allah s.w.t akan memberi nama rahsia kepada mereka sebab nama yang diberikan oleh ibubapa mereka tidak menepati kehendak Allah s.w.t atau mungkin Allah sengaja ingin merahsiakan nama mereka dikalangan manusia sendiri. Ini dibuktikan dengan pelbagai riwayat dimana nama para anbiya’ termasuk nama Rasulullah s.a.w sendiri diberi oleh Allah s.w.t melalui mimpi . Dikalangan sahabat nama Saidina Ali kar. juga diberi oleh Allah s.w.t kepada ibunya melalui mimpi. Dalam perjalanan hidupnya mereka akan mengalami mikraj – seperti Nabi s.a.w sebab perkara ini adalah sunnah . Ada beberapa mod mikraj : satu mikraj dalam mimpi , satu lagi ketika melaksanakan solat (selalunya akan berada di Sidratul Muntaha ) dan satu lagi ketika melakukan zikir atau dalam keadaan pengsan sebab rindu-dendam kepada Allah s.w.t ( selalunya ke bawah Arsy ). Isra’ pula selalunya dilaksanakan ketika solat juga iaitu menghantar roh memasuki Kaabah .

Seseorang ahli Sufi itu akan mencapai haqqul yakin sebab Allah s.w.t memberi peluang untuk dia melihat surga, neraka , Sidratul Muntaha ( dan melihat penempatannya di situ) titian syirat dan lain-lain. Sebahagian besar menyingkapan ini berlaku ketika ahli Sufi ini melakukan zikir atau puji-pujian kepada Allah atau ketika membaca Selawat , samada diiringi oleh para malaikat , dibawa oleh Nabi s.a.w atau para sahabat baginda dan para wali qutub. Dia akan dibimbing oleh gurunya untuk melaksanakan solat daim ( sentiasa membawa zikir ) dan duduk dalam keadaan sentiasa fana’ atau lebih tinggi lagi fana’ baqa’ billah. Dia tahu kedudukan menginati Allah s.w.t diwaktu pagi dan diwaktu petang sebab dia dapat meletakkan kepentingan itu untuk melihat wajah Allah (masimum dua kali dalam sehari ) disruga nanti. Dia dapat menyelami keadaan mengapa jika kita buat satu bulatan ( contohnya ketika bertahlil atau membaca Yasin) tidak dibenarkan seseorang duduk di dalam bulatan itu- apa yang ada di tengah bulatan itu dapat dilihatnya.

Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi

Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab? Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah , kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) . Antara hal-hal yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut (makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikam untuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).

Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal (keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya ialah mengalami dan menyelami zaman perjanjian dengan Rabb iaitu zaman roh melakukan perjanjian dengan Allah s.w.t iaitu era “ alastu birobbikum , qolu bala syahidna” – almasyadu tauhidi .

Jika dia berbuat kesalahan , gurunya akan memerintahkannya melaksanakan solat taubat yang perlbagai : antaranya solat taubat anggota luar ( tangan , kaki, hidung , mulut , mata dan telinga) dan juga solat taubat anggota dalaman dan juga 7 lathaif. Allah s.w.t akan membuka sebahagian rahsia roh – selain daripada melihat rohani seseorang dalam pelbagai wajah dia juga akan dapat melihat roh pelbagai objek contohnya roh Kaabah dan roh Hajar Aswad. Oleh itu dia tidak hairan mendengar cerita bagaimana para waliyullah zaman dahulu (contohnya Sh. Ahmad Yasawi rah.) dapat menghadirkan Kaabah dan Hajar Aswad dihadapan anak muridnya. Kerana memahami dan mengenal roh Hajar Aswad misalnya , bukan saja dia akan kucup tetapi dia juga akan memeluk Hajar Aswad itu sebab roh Hajar Aswad itu “adalah Dia dan bukan Dia” sekaligus – itu sebabnya hadith menyebutkan bahawa mereka yang mencium Hajar Aswad sebenarnya bersalaman dengan Tangan Allah s.w.t.

Mereka akan melihat banyak pembuktian hadith dalam perjalanan hidup mereka , antaranya melihat malaikat mengajar mereka yang belum khatam al-Quran sewaktu hidupnya , dengan al-Quran di dalam kubur (alam barzakh). Ini selalunya berlaku kepada mereka yang menyesal dan kemudian bersungguh-sungguh untuk menperdalami al-Quran diwaktu tua. Oleh itu , penampakan ini sebenarnya adalah maksud “ Carilah (pelajarilah) ilmu hingga ke liang lahad”. Dia akan selalu terkenang kata-kata azimat gurunya “ orang yang bodoh masuk neraka, orang yang pandai masuk surga” – sebab orang yang bodoh itu malas mencari ilmu sedang orang yang pandai itu rajin dan berusaha bersungguh sungguh mencari ilmu.

Dalam banyak keadaan Nabi-nabi yang datang mengajarinya adalah dari kalangan ulul azmi – mereka jugalah yang menjaga Lathaif-lathaif dalam diri kita. Kadang- kadang tersingkap (ini selalunya berlaku atas keperluan atau permintaan dari seseorang) penampakan samada seseorang itu bercakap bohong atau benar atau dapat melihat penceramah agama yang bercakap dalam TV keadaan sebenar orang itu – sebab cahaya atau zulumat yang keluar dari mulutnya dapat dilihat. Mereka juga memahami bahawa makhluk-makhluk bathil juga adalah ciptaan Allah s.w.t dan selalau meletakkan perlindungan dalam doa “ Aku berlindung dariMu dengan Mu”. Dalam banyak keadaan manusia biasa akan selalu memandang serong terhadap banyak perbuatannya – tapi dia tidak memperdulikan pandangan manusia sebaliknya dia taat terus kepada perintah Tuhannya , sebab dia melihat “kebatinan” sesuatu perbuatan dan tidak menumpukan kepada zahirnya perbuatan itu. Mereka juga akan mengalami mikraj (sebagaimana yang dihurai oleh Imam Qusyairi bahawa Rasulullah s.a.w mengalami mikraj secara ruh 33 kali sebelum mikraj dengan jasad dan ruh) secara ruh selain daripada mikraj ketika solat ( ke Sidratul Muntaha atau bawah Arsy).Dia akan diajari oleh gurunya banyak ilmu yang tidak tertulis dalam kitab atau buku yang merupakan sebahagian daripada ilmu asrar (rahsia) yang hanya boleh diajar kepada orang yang layak – dalam kes ini seseorang sufi itu diberi penempatan khawas oleh gurunya untuk seterusnya mencapai maqam khawasul khawass. Keadaannya adalah seperti yang disebut dalam al-Quran “ Masing-masing kelompok tempat minumnya sendiri “ (Al Baqarah 2 ayat 260) , sedang gurunya seperti Rasulullah s.a.w akan mengatakan “ Aku hanya seorang manusia biasa seperti kamu” ( Al Kahfi 18 ayat 110). Kekusyukan dalam setiap ibadatnya (khasnya solat dan zikir) sangat penting baginya agar dia tidak melanggar perintah Allah agar tidak mengingat (menempatkan) yang lain seperti yang difirmankan dalam surah Al jinn 72 ayat 18. Dia selalu mengingati pesan Allah sw.t bahawa syaitan adalah musuhnya – dan syaitan itu diperanginya dengan bersungguh-sungguh (dengan jihad) . Pada musuh dari kalangan manusia dia akan berdoa “ Wahai Allah , banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya” sebab pasti dengan dua ujian ini musuhnya akan binasa.

Zikirnya ahli Sufi sangat berbeza dengan zikir orang awam. “ Dan ingatlah Tuhanmu di saat kamu lupa” ( Al Kahfi 18 :24) – iaitu dia berzikir dengan memfana’kan diri (lupa diri) iaitu balik kepada kejadian awal diri manusia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t “ Bukankah telah datang kepada manusia waktu dari kehidupannya , ketika ia bahkan belum boleh disebut” ( Surah 76 ayat 1). Banyak juga hikmah yang dia dapatkan dan salurkan kepada orang ramai (khasnya rakan-rakan dan orang yang berdekatan dengannya ) contohnya , dia anjurkan :

  1. Guna surah-surah pendek (Juz Amma) dalam al Quran sebagai mas kahwin walaupun sudah ada wang dan hadiah disertakan dalam sesuatu pernikahan.
  2. Menasihati orang lain untuk bersabar dan bersyukur – dia memahami hakikat ketunggalan (sebatang karanya ) manusia- sebenarnya kekasih Adam a.s adalah Allah s.w.t bukan Hawa a.s , sebab Hawa itu datang dari dirinya Adam (tulang rusuknya). Begitu juga , seseorang suami atau isteri berfikir isteri atau suaminya itu kekasihnya , tetapi cuba renungkan – ibubapa mertua juga adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu dari satu segi isteri atau suami kita itu “adik beradik” kita – jadi , kesimpulannya Allah s.w.t jualah Kekasih kita sebab suami atau isteri hanya “adik beradik”.
  3. Pada pandangan mereka manusia semua sama (baik Islam atau kafir) dan tidak membeza-bezakan mereka ( sebab yang Islam hari ini mungkin murtad esok atau yang kafir hari ini mungkin jadi islam esok). Binatang-binatang seperti kucing , burung dan lain-lain suka mengusapkan badan kepada ahli Sufi untuk mengambil cahaya dan keberkatannya.

Tanda-tanda wilayah

Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah s.w.t mempunyai tanda dan dalilnya. Ini kerana setiap perbuatan Allah s.w.t ada hikmahnya – Cuma tidak semua manusia dapat mencapainya. Ini kerana isti’dad (kesediaan) untuk menerima ilmu dan tajalli ini adalah menurut usaha masing-masing. Di sini diperturunkan beberapa tanda kewalian ( tahap terakhir jalan Sufi iaitu menjadi Kekasih Allah s.w.t). Antaranya:

  1. Mempunyai lebih dari satu nama rahsia
  2. Disahkan sebagai “gembala “ Allah s.w.t (tanda awal) – sebabnya , selepas ini mereka perlu mengembala manusia.
  3. Terbuka langit ketika ditalqinkan (tanda awal)
  4. Banyak kali berjumpa dengan Nabi Khidr a.s (selalunya dalam keadaan jaga) – riwayat tentang Nabi Khidr a.s sudah wafat ini tidak benar sebab mereka mengira Nabi Khidr a.s hidup di alam bumi ini sedang tempat hakikinya di tempat lain. Yang pasti mereka yang berkata demikian (walaupun bertaraf Imam )i.e berijtihad demikian kerana mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Khidr a.s apalagi belajar dengannya.
  5. Sudah berjumpa dengan semua 25 nabi a.s termasuk 313 nabi , ahli Badar dan ahli Uhud. Kadang-kadang khususan dengan 14 syahid Badar.
  6. Dianugerahi oleh Allah s.w.t Selawat dan Istigfar sendiri
  7. Dibimbing secara ladunni oleh Nabi tertentu juga para malaikat yang 4 ( Jibrail, Mikhail, Isrofil, Izroil (a.s) dan seorang sahabat yang 4 ( Saidina Abu Bakar, Umar , Utsman dan Ali r.anhum)
  8. Kedudukan tertentu sebagai ahli Baits ( ini seperti sabda Rasulullah s.a.w terhadap Salman r.a ) – samada disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri atau Saidatina Fatimah r.a .
  9. Pengesahan wilayah oleh gurunya dengan dihadiri para maliakat , wali qutb dan Rasulullah s.a.w sendiri beserta beberapa Nabi a.s lain (khasnya yang pernah mengajarnya secara ladunni).
  10. Menyintai orang Arab – ini kerana seorang Sufi ini bila berjumpa para Nabi a.s dan para malaikat a.s semua mereka berjubah dan beserban –iaitu berpakaian seperti seorang Arab. Itu sebabnya, salah satu panggilan Nabi s.a.w ialah “ Ya Arabiyyun”.
  11. Selalu duduk dalam sabar dan syukur ( tanda awal) . Contohnya tuduhan dan fitnah banyak berlaku . Nabi s.a.w sendiri dituduh orang gila. Nabi Sulaiman a.s dituduh seorang pengamal sihir. Oleh itu , dia yang duduk dalam sabar dan syukur ini tahu bagaimana dan untuk apa ayat “ Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillah ArRahman ArRahim” digunakan.

Kesimpulannya

Sebarang tulisan dan huraian tentang Sufi dan amalan Sufi mestilah dilakukan oleh orang yang sudah mengalaminya. Menjadi satu kesalahan jika orang yang tidak bertarekat dan menjalani perjalanan Sufi menulis tentangnya sebab selok belok dan liku –liku perjalanannya agak rumit dan memerlukan banyak mujahadah serta tunjuk ajar daripada guru yang mursyid.

Seperti yang dihurai oleh seorang ahli Sufi mazhab Shafie , Ala adDawlah as Simnani ((1261-1336) dalam kitabnya Syaqaiq al Hada’iq) , jalan Sufi diumpamakan sebagai sebuah pohon :

Dosa dan taubat adalah akarnya, pembebasan diri ( dari kepentingan duniawi) dan pengasingan diri adalah kulitnya , pengakuan akan keEsaan Allah adalah buahnya , kesabaran , kesucian, ketelusan dan kesalihan adalah daunnya; doa (wirid) , malu, kasih saying dan kesetiaan adalah bunganya ; kemiskinan , peleburan diri (fana’) , keberhasilan dan keselamatan adalah ranting- rantingnya.

Sekian, huraian ringkas saya tentang perjalanan seorang Sufi , semoga memberi manafaat. Wallahu a’lam bissawab.Sila lihat satu contoh sajak –sajak Sufi “RadenMkamil” dalam www.melayu.com.

17 Komen

  1. amir jo

    dari mana boleh mendalami ilmu ini lagi???

  2. AZIZI ADRIS

    amat rumit bila difikirkan.orang awam tidak mampu menjalani kehidupan seorang wali.bagai cukuplah hanya mengingati siapa Pencipta kita.tidak mudah dan bagaikan hanya “insan terpilih”sahaja yang mampu menjadi wali. amat menakutkan bila terbaca;Pada pandangan mereka manusia semua sama (baik Islam atau kafir) dan tidak membeza-bezakan mereka ( sebab yang Islam hari ini mungkin murtad esok atau yang kafir hari ini mungkin jadi islam esok.

  3. Rahman

    lalu seperti manakah solat daim itu. adakah ianya khusus utk para pilihan saja atau…..haknya sama rata disisi pemelihara kita.tolong huraikan sedikit-sedikit.

  4. Rahman

    slmt ptg, ya setelah saya embaca al quran memang ada ayat yang menyatakan solatun daimun tetapi saya tidak dapat memahaminya.

  5. bila membicarakan hal sufi ni tak dapat lari drp.masalah hati.kita akan seronok bila mendengar kisah para aulia/nabi2
    atau pun insan terpilih.tapi kalau hati sentiasa memikirkan untung dan rugi rasanya makam sufi masih jauh.rasanya redha
    dan sukur itu tinngi makamnya.

  6. WakKito

    …..PERJALANAN KESUFIAN & TAREQAT…..

    Salam…,
    Maap pak numpang lalu….

    Perjalanan Kesufian dahulu-kala nggak sama dgn jalan Kesufian jaman sekarang, karna pancaroba dan dugaan hidupnya nggak sama. Apabila dikatakan jalan Kesufian ianya berkaitan dgn kesucian. Nggak akan ada itu Kesucian lahir dan batin kalo nggak dimulakan dari dalam. Ada pon makna sufi itu dasarnya ertinya kesucian, sebagaimana erti Islam itu Selamat, maka nggak akan ada itu keselamatan kalo nggak ada itu Kesucian, karna Kesucian itu bermulanya ia dari Fitrah Yg Suci. . Maka jalan2 sufi/suci itu ada banyak caranya dan jalannya. Maka salah satu jalannya itu apa yg dinamakan Tareqat. Karna makna Tareqat itu dasarnya adalah Jalan, yakni jalan2 orang yg berjalan. Berjalan bermulanya dari kegelapan kepalsuan menuju jalan2nya cahaya jalan penunjuk kebenaran menuju Al-Haqq.

    Apabila dinamakan perjalanan Kesufian, maka lazimnya ianya dikaitkan dgn perjalanan Tareqat.
    Maka apabila dinamakan perjalanan Tareqat ianya bisa dibangsakan kepada 2 Aliran :

    (1) TAREQAT TIDAK BERNAMA – Yaitu perjalanannya Rasulullah SAW itu sendiri. Bermulanya jalan kesufian Nabi SAW itu adalah tatakala baginda bertapa diGua Hiraq selama 44 hari. Maka dari Wahyu Pertama : “Ikraq Bismirabb….” itu, maka dari situlah permulaannya “Master Codes” Tareqat perjalanan Nabi SAW. Sebab dinamakan Tareqat Tidak Bernama, karna nggak tahu mahu dikasi nama apaan jalan Nabi SAW ketika itu. Kalo mahu diberikan juga namanya, koq bisa dinamakan TAREQAT AHLUL BAIT. Sebab ilmu Tareqat Rasulullah SAW itu pertama2 kalinya dibaiah dan diajarkan kepada Ummi Siti Khodijah, disosoli pula dgn Sayyidina Ali, didahului dari kalangan nasabnya yg dinamakan Ahlul Bait.

    (2) TAREQAT YANG BERNAMA – Yaitu bermulanya diajarkan ilmu Ketuhanan/Keruhanian dari Nabi SAW itu diajarkan kepada Para Sahabat Yg 3. Dari Para Sahabat Yg 3 itu, lalu diajarkan dan dikembangkan pula kepada para sahabat dan rakyat jelata yg laen. Karna jalan2nya Tareqat itu udah berkembang, utk memudahkan fahamnya, lalu diberikan nama2nya berdasarkan nama2 pengasasnya. Dari dari situ terbitnya berbagai2 nama Tareqat yg telah berkembang banyaknya dan luasnya diserata pelusuk dunia. Walo pun ianya telah menjadi banyak tetapi dasarnya maseh dari ajaran Nabi SAW itu jua. Yakni bermulanya dari ajaran “Syariat Muhammad” menuju ke “Hakeqat Muhammad” SAW itu. Fahamnya dari Payung Nan Satu itu ianya bermula, akhir kepada dibawah Payung Nan Satu itulah juga ianya berteduh…..

    KEWALIAN KENABIAN VS KEWALIAN KESUFIAN – Kalo nggak silap kami ada terbaca satu blog, yg merendahkan jalan Kewalian Kesufian itu. Maka adalah koq kekeliruan faham ato tersalah anggap, kalo ada pihak yg mendakwa bahawa Jalan Kewalian Kenabian itu berlaenan dari Jalan Kewalian Kesufian. Kalo direnongkan dasar jalannya sama, koq yg membedakan keadaan jaman dan cabaran suasana diketika itu. Jaman Nabi SAW itu jaman Islam baru mula berputik, makanya corak dakwah dan cara ajarannya koq berlaenan. Jaman itu dimana bagaikan wajib diberikan tumpuan kepada kebajikan pembangunan Ummah dan sebagainya. Perbedaan koq hanya dari kaedah dan ranting2nya jua. Makanya Kewalian Kesufian jaman sekarang, koq udah ada masa mengasingkan diri secara bersuluk dan sebagainya. Namun adalah sangat digalakkan kepada mereka para sufi jaman sekarang menuruti jalan2 Kewalian Kenabian (Yg Sejatinya) itu, karana dunia sekarang sedang diambang Akhir Jaman, dimana Islam dan Ummah telah banyak difitnahkan dlm Fitnah Akhir Jaman.

    Namun jalan2 Kewalian Kenabian itu juga nggak bisa lari dari diselewengkan dan kepalsuan, serta nggak bisa terhindar dari Fitnah2 Sang Dajjal Al-Masikh. Bermula ianya dari Fitnah Awal Jaman, menuju Fitnah Pertengahan Jaman, berhimpon ianya dlm Fitnah Akhir Jaman itu. Kepalsuan itu hanya bisa dikesan dan diketahui oleh “SANG PENERAJU ALAM” yg akan dibangkitkan itu nanti, karna beliau itu sentiasa dibimbing, maka ilmunya nggak bisa ada lagi keraguan, bagi mereka yg beriman. Oleh karna dia bukan Nabi, sebab jawatan Kenabian udah berakhir. Namun jawatan Kewalian berterusan berpanjangan hingga keAkhir Jaman. Maka pantasnya beliau dinamakan “SANG MAHARAJA WALI”, karna Wali2 yg laen itu tunduk dibawah panji2 kebesarannya. Maka biarkan dijelaskan olehnya nanti. Apakah bentuk kepalsuannya itu dan siapakah orang yg menjadi dalangnya itu…??? Siapakah sebenarnya dia yg dinamakan “SANG MAHARAJA WALI” itu? Dia dighaibkan dlm Misteri nya Alam, maka kita menantikan perkhabaran dari Alam menyatakan keberadaannya dan kemunculannya….

    Wallahu’alam…

    Sekian, Wassalam…

    ……….Ngacir

  7. Anonymous

    siapa pun blh bgelar wali.wali itu kerna ilmunya.kenal ia akan dirinya jg kenal ia akan tuhannya.ilmu itu harus dpraktikkan dan akhirnya mdapat bukti.stiap amalan itu mesti ada bukti benarnya.tiada guna amalan byk kalau tak sampai dan tiada bukti.harus dipelajari dgn sungguh2 dan dpraktikkn sepenuh hati.bermula dgn istinjak.suci lagi menyucikan.bagaimana caranya?

  8. semua ilmu milik tuhan.kt harus berusaha mpelajarinya dr guru yq mursyid.yq tlh tbukti kbenarannya.skiranya gr itu sdiri x sampai mcmana kt nak bguru dqnnya.ilmu mgenal thn mudah dcari tp sukar tuk diamalkan.bguru jg hrs btemu mata bukan dgn cara bgini.sukar nak mdalami ilmu ktuhanan dgn cara begini.seorang guru yahu takat mana kmampuan anak didiknya.gr hanya mnunjuk jalan n murid sdiri yg mlaksanakannya.gr akan mmantau kemajuan simurid.carilah sbelum tlambat.janganlah nanti hidup mcm islam tp mati mcm kafir.

  9. masih indah disisi manusia barangkali kufur disisi tuhan

    masih ‘takuk’ pada baharu tetapi bengkok pada takluk

    mana mungkin takluk yng dihayati tajali pada duniawi???perasaan bukan duniawi…biase la…lalai pada haram baginya dunia dan akhirat…tetapi masih pendam jauh dilubuk yang TRKAMBUS inginkan manis syurga…

    ikhlas bagaimana jika sudah tertulis/kadim??????sedangkan semut yng berjalan dalam kepekatan malam atas batu hitam yang pekat..ini pula bagai ‘telur di hujung tanduk’…

    mursyid pertanyaan jadi BERBILANG2…sedangkan iaNYA tidak BERBILANG…beserta bukan BERSEKUTU atau BERSATU…
    SYIRIK BUKAN SEKADAR PENULISAN..bagaimana boleh seperti mengGAMBARKAN PERASAAN???mana ada gambaran

    mmg kita lalai namun masih mahu ngaku ahliNYA…jahil namun SOMBONG…mana mungkin SOMBONG dapat HIDAYAHNYA??..

    jgn lupa ingatan ‘hanya sehelai tercarik yng putih pada bulu hitam sa ekor kerbau’

  10. Carilah aku dalam aku , aku sembunyi ditempat terang……..sekedar mencelah.

  11. ibrahindin

    kelip-kelip kusangka api,kalau api mana dapurnya?kelip-kelip kusangka mati,kalau mati mana kuburnya?

  12. isnin ar rashid

    as salam ,benda perihal tarikatuillallah ni susah nak dpt satu noktah keputusan bersama kalau dok bicara di sini bahkan ada yg boleh sesat kepeningan ,apa kata elok kita buat gathering perjumpaan dan buat ke ahlian dan lihat kalau yg ada guru boleh membimbing dan membawa ke jalan yg btol(guru yg mursyid,yg boleh menyudahkan jalan yg 4 dan akhirnyer) boleh di angkat sebagai rujukan ,maka dgn itu mana yg tersimpul boleh terurai.sekian pendapat dari aku.salam.0193181670

  13. terimakasih atas pengetahuannya , ya tuhan kami ,kami berlindung kepadamu atas niat perkataan dan perbuatan kami tunjukilah, pimpinlah,dukunglah tolonglah kami dalam kebimbangan ini ,perjalanan tampa guru begitu meragukan,wahai saudaraku andai kata ada yang mengetahui perjalanan keyaknan ini tolong lah beri saya seberkas cahaya :dari hanmba kampungspirit.com

  14. iasnobody

    Mungkin petikan artikel di bawah boleh memberi sedikit pencerahan.Petikan dari sebuah blog:

    MARTABAT NAFSU

    Bila bercakap tentang nafsu, ramai di antara kita mengatakan atau menganggap ia sebagai suatu kelakuan jahat yang terbit dari perlakuan seseorang. Ada sesetengah orang berkata “jangan mengikut nafsu, nanti menjadi lesu” hidup ini jangan sekali-kali mengikut nafsu kerana ia adalah pekerjaan syaitan.

    Pendek kata ramai diantara kita belum lagi mengetahui takrif nafsu dan juga martabat nafsu. Adapun takrif nafsu boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :

    Nafsu adalah satu perlakuan naluri manusia yang mendorongkan perlakuan yang dikuasai oleh iblis laknatullah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syari’at dan hakikat Allah swt. Ianya terbit daripada kekotoran hati manusia dengan Allah swt.

    Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan kalbun manusia di dalam arah tuju ke martabat kesucian seseorang itu pada hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal ia akan Tuhannya.

    Adapun nafsu itu letaknya di cabang hati manusia. Ianya bertindak sebagai dinding (hijab) perhubungan diantara diri rahsia manusia dengan tuan empunya diri (Tuhannya).

    Oleh itu tugas manusia yang hendak menuju kepada makrifat hendaklah pula memecahkan ruyung-ruyung hijab ini sehingga ianya sampai ke martabat yang paling tinggi kemuliaannya di sisi Alah swt. dan bebaslah diri batin manusia itu untuk bertemu dengan diri empunya Diri pada setiap saat dan ketika. Tanpa memecahkan ruyug-ruyung nafsu tadi, manusia tidak mungkin dapat kembali kepada Tuhannya semasa hidup (masih bernafas) atau mematikan dirinya sebelum mati.

    Disamping itu manusia yang hendak menuju ke jalan makrifat Tuhannya haruslah pula berusaha supaya sampai ke martabat mematikan diri sebelum mati.

    Adapun Martabat Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :

    Nafsu AMARAH
    Nafsu LAWAMAH
    Nafsu MULHAIMAH
    Nafsu MUTHMAINAH
    Nafsu RADIAH
    Nafsu MARDIAH
    Nafsu KAMALIAH

    “Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
    ( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )

    1. NAFSU AMARAH – Pembersihan dengan zikir Laillahaillah sebanyak mungkin.

    Nafsu Amarah itu adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terampau banyak.

    Manusia-manusia yang memiliki nafsu Amarah biasanya memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu sifat yang dikeji oleh Allah swt. Iaitu sifat-sifat seperti dengki, khianat, iri hati, pemarah, berang, emotional mengikut hati dan lain-lain lagi. Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Amarah bertindak mengikut fikiran tanpa menggunakan akal. Kadang kadang mereka merasa diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Mereka boleh bersultan di mata dan beraja di hati. Seperti Firman Allah :

    “Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”
    (Surah Yusof – ayat 53)

    dan FirmanNya lagi :

    “Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”
    (Surah Al-Jaashiah – ayat 23)

    Dan sesungguhnya orang-orang yang dikongkongi oleh nafsu Amarah biasanya tak tahan di uji dan jika di uji dengan satu-satu bentuk ujian atau satu cabaran dan dugaan mereka terus melenting bertindak mengikut fikiran dibawah hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya.
    Pada peringkat nafsu ini, manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka sentiasa tegang, fikiran sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang sekali mengingati Allah SWT.

    Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupaiNya ketika senang seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

    “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”
    (Surah Fusilat – ayat 51)

    Mereka juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada syariat Allah swt. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran, angan-angan dan tidak pula pernah terbit pada hati mereka satu perasaan salah terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.

    Sesungguhnya nafsu Amarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina daripada binatang bagi mereka yang menguasai nafsu Amarah.
    Mereka mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak melihat, mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh disifatkan mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.

    Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

    “Akan di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk daripada orang-orang yang lalai”
    (Surah Al-A’araf – ayat 179)

    Perlu juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah biasanya suka bersifat bermuka-muka dengan sesuatu yang diperolehinya dan suka memperbodohkan kelemahan orang lain walaupun rakan karibnya sendiri. Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang paling baik dan sempurna. Mereka bertindak menjaja keburukkan orang kepada orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi keuntungan kepada diri mereka.
    Mereka ini tidak ubah seperti ayam balor yang mempunyai bulu yang elok tetapi tahi melekat di badannya.

    Justeru daripada itu, adalah menjadi kewajipan diri manusia tersebut haruslah menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya sifat-sifat murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia itu seperti firman Allah :-

    “Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”
    (Surah Asy Syam – ayat 7-10)

    Oleh yang demikian maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir menyucikan diri nya mengikut petua-petua yang diberi oleh guru mereka di dalam usahanya membersihkan dirinya dengan Allah swt.
    Maka beramal lah mereka dengan petua-petua yang diberi oleh gurunya sehinggalah terbitnya peningkatan ke satu martabat nafsu yang seterusnya yang bernama nafsu Lawamah.

    Zikir orang-orang Amarah biasanya di lidah tanpa menyerap di dalam hatinya. Zikir nya kosong tidak bertenaga dan bermaya dan sesungguhnya zikir adalah merupakan klorox bagi menyucikan kekotoran hati yang tidak boleh dicucikan oleh jenis-jenis sabun.

    Jiwa mereka pada masa ini kosong hubungan dirinya dengan Empunya Diri adalah terputus langsung. Malahan diri rahsianya dihijab tebal daripada Allah swt. Diri batinnya kurus melidi, sakit tersiksa sedangkan badan zahirnya gemuk dan sihatnya seperti ubi kayu di tanah bukit, sedang tubuh batinnya di anai-anaikan oleh nafsu Amarah.

    Penyakit Nafsu Amarah ini jika dibiarkan menular pada jiwa manusia ianya menyebabkan bertimbunnya pada hakikat selaput-selaput tebal, gelap dan kemas untuk mengingati Tuhannya. Dan hidupnya terus hanyut tidak berpedoman sebagai kabus di waktu pagi ataupun bagai awan di langit. Sesungguhnya bagi mereka yan dikuasai nafsu Amarah merekalah termasuk di dalam golongan manusia yang rugi di sisi Allah SWT.

    2. NAFSU LAWAMAH

    Pada peringkat nafsu Lawamah manusia telahpun dapat menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang ditegah oleh syariat.
    Perasaan ini timbul pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamaan Lawamah.

    Sesungguhnya Lawamah ini bolehlah diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya mengisi minyak baru sebelum bahaya merempuh datang dari hadapan. Bagi mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan) dan mereka pula mematuhinya dengan penuh rasa tanggungjawab, maka mereka akan terselamat dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Amarah yang masih berdaki laput di dalam jiwanya.
    Sebaliknya jika seseorang itu yang telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah tetapi tidak mematuhi isyarat larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan padam dan akan kembali lah mereka kepada nafsu Amarahnya.

    Zikir mereka pada martabat nafsu Lawamah biasanya masih melekat di bibir tetapi kadang-kadang mulai telah menyerap masuk ke dalam hatinya dan keadaan tersebut tidak tetap. Maka haruslah seseorang itu meneruskan zkirnya sebagaimana yang dipetuakan oleh gurunya dengan tabah.
    Mereka pada martabat ini masih lagi bergelumang dengan daki sifat-sifat Mazmumah tetapi ianya mulai menurun ke satu tahap minima. Sifat-sifat seperti gelojoh, marah, lekas melenting, hasad dengki dan lain-lain sifat terkeji mulai mengurang hasil kepatuhannya terhadap isyarat Lawamah yang terbit dari sudut hatinya. Kekusutan fikirannya telah pun menurun dan mereka mulai merasa segan untuk melakukan sesuatu dari sifat Mazmumah malahan mereka sering menyesali di atas sikap-sikap zalim yang pernah dilakukan oleh mereka dahulu.
    Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

    “Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri”
    (Surah Al-Qiyaamah – Ayat 2)

    Maka dengan ketekunan mematuhi isyarat serta kuat pula berzikir maka tingkatan nafsu mereka akan meningkat ke martabat nafsu ketiga yang dinamakan Nafsu Mulhamah.
    Pada peringkat nafsu Lawamah seseorang itu telahpun dapat menerima ilmu Ghaib melalui Laduni pada peringkat NUR atau mimpi di dalam tidurnya dan kadang-kadang pula dapat menerima ilmu Laduni di peringkat tajalli. Oleh yang demikian maka seseorang itu haruslah pula berusaha dengan tekun dan sabar mengikuti petua-petua gurunya dan jangan sekali leka, semoga peningkatan martabat nafsunya akan tecapai.

    3. NAFSU MULHAMAH.

    Setelah seseorang itu berjaya mengikuti petua-petua daripada gurunya dan menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia martabatnya daripada nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.

    Adapun yang dimaksudkan dengan nafsu tersebut adalah nafsu Mulhmah. Pada peringkat nafsu ini seseorang itu telahpun dapat menyingkir sebahagian besar daripada sifat-sifat yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka pada masa ini telah pun mulai berkembang sifat-sifat tenang, lapang dadanya dan mereka telah pun dapat pengajaran ilmu ghaib melalui jalan Laduni, diperingkat Nur dan Tajalli daripada Tuhannya. Tetapi manusia diperingkat ini masih wujud lagi terkadang-kadang siat-sifat Mazmumah yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka kadang-kadang tenang dan ada masanya fikirannya gelabah, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.

    Zikir mereka di peringkat ini telah pun mulai melekat di hati dan bukan lagi melewa-lewa di lidah sahaja. Walaubagaimanapun tidak lah bermakna yang zikirnya di peringkat ini 100% telah tetap di hati mereka. Di samping itu pada tahap Mulhamah ini, isyarat larangan Lawamah tetap berkembang malah lebih membesar dan sesungguhnya pada peringkat zuk ini mereka telapun dapat menerima perasan zuk (mulhamah) dengan zikirnya dan dapat lah sedikit sebanyak menerima nikmat zikir yang diamalkan. Sesungguhnya tugas tersebut haruslah dilakukan bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras untuk meningkat martabat nafsu Mutmainah yang diakui syurga oleh Allah Taala.

    Di dalam masa mereka menerima zuk di dalam zikirnya serta dapat pula mereka merasai nikmat zikirnya, maka seseorang itu diperingkat Mulhamah pula akan menerima satu lagi penyampaian ilmu ghaib melalui Laduni di peringkat Sir iaitu di mana seseorang itu akan dapat mendengar satu suara ghaib yang mengajar dirinya tentang ilmu ghaib melalui telinga batin.
    Biasanya suara Ghaib itu adalah suara guru ghaib yang terdiri daripada wali-wali Allah yang Agong yang mengajar seseorang itu dengan terang dan jelas.

    4. NAFSU MUTMAINAH

    Setelah mencapai suatu martabat Mulhamah dan berjaya pula mengikut petua-petua gurunya serta dapat pula menerima zuk dan sir di samping hilang pula segala sifat mazmumah pada dirinya. Maka seseorang itu akan mendapat ketenangan, kelapangan jiwanya, hilang sifat-sifat resah gelisah hatinya.

    Hatinya ketika itu mulai melekat rasa lamunan asih terhadap Allah swt dan mereka ini adalah dijamin 100% oleh Allah syurga, maka itu lah mereka yang telah berjaya mencapai ke martabat nafsu Mutmainah.

    Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :-

    “Ingatlah sesungguhnya wali-wali Alah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.”
    (Surah Yunus – ayat 62 – 64)

    Dan firman Allah Taala lagi :-

    “Wahai orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan perasaan lapang dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu di dalam syurga.”
    (Surah Al-Fajr – ayat 27-30)

    Zikir mereka pada martabat ini telahpun melekat dihati dan terus bersama ingatan dengan Allah Taala pada setiap masa dan ketika. Dan pada peringkat ini mereka telahpun mendapat kalbun iaitu satu cahaya yang bergerak diantara atas dan bawah pada bahagian jantung yang bertindak sebagai dynamo untuk mengalirkan current ingatan kasih mesra, cinta rasa dengan Allah swt.

    Pada peringkat martabat ini seseorang manusia itu bolehlah disifatkan telah mencapai martabat wali iaitu dinamakan oleh para ahli Tasauf sebagai Wali Kecil. Disamping telahpun mulai menerima Ilmu Ghaib (Laduni) melalui cara sirusir dan telahpun berjaya mendapat mata basir.

    Pada peringkat nafsu Mutmainah ini juga, mereka telah pun dapat menerokai dengan pendengaran dan penglihatan mereka melalui telnga batin dan mata basir mereka ke alam barzah (alam kubur). Mereka telahpun boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri, bagaimana nasib suka duka seseorang itu yang telah meninggal dunia dan berada di alam barzah serta diberi peluang juga melawat ke alam lain (alam ghaib).

    Pada peringkat ini, timbul lah sifat-sifat super yang tidak boleh dimiliki oleh orang-orang awam seperti keramat, mulut masin, berkat dan sebagainya. Bagi mereka diperingkat ini sering dilamun perasaan fana’ akibat kuatnya gelora lamunan cinta terhadap Allah swt.

    5. NAFSU RADIAH

    Setelah mencapai martabat nafsu Mutmainah dan gigihnya pula melatih dirinya untuk makrifat dengan Allah swt., maka seseorang itu akan ditingkatkan lagi iaitu martabat nafsu Radiah.

    Zikir mereka pada martabat ini tetap berada dihatinya dan ucapan zikirnya pula dihatinya semata-mata. Mereka tidak pernah leka, lalai dari ingatannya dengan Allah swt.
    Mereka sering mengalami fana’ akibat kuatnya gelora lamunan cinta dirinya dengan Allah swt. Mulut mereka sering terlatah tentang sesuatu yang bertentangan pada pandangan zahir syariat, hidupnya terus terampungan bersama Allah swt.

    Pada martabat ini jiwa mereka telahpun suci, hatinya bersih hening dan setiap apa yang dilakukan olehnya samaada dengan mulut, tingkah laku, semuanya mulai mendapat keredaan Allah swt. Adapun fana’ mereka diperingkat nafsu Radiah ini adalah dinamakan fana’ kalbi iaitu hatinya, nuraninya terus dilambung perasaan cinta terhadap Allah swt pada setiap saat di dalam masa hayatnya.

    Mereka diperingkat ini sering di jemput oleh para Wali-Wali Allah yang agong untuk menjelajahi ke alam-alam ghaib yang lebih jauh keluar daripada pemikiran manusia di samping mereka terus di ajar tentang ilmu ghaib yang lebih tinggi dan teknologi ilmu Allah yang tinggi yang sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh teknologi manusia.
    Disamping itu mereka boleh membuat perhubungan terus dengan para rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Alah yang agong dan mereka dapat berbincang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ghaib dan tentang petua-petua makrifat dengan Allah swt.
    Perhubungan mereka dibuat melalui Nur, Sir dan Sirusir di dalam masa mereka membuat sesuatu perhubungan dengan para rasul-rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Allah ini mereka akan dapat menikmati satu kelazatan yang payah sekali untuk diterangkan disini dan ianya hanya boleh dirasai sendiri oleh mereka yang telah sampai ke martabatnya.

    6. NAFSU MARDIAH.

    Bagi mereka yang mencapai martabat nafsu Mardiah, jiwa mereka bakabillah iaitu hatinya, kalbunya dan jasadnya sekali mempunyai perasaan cinta yang amat sangat terhadap Allah swt. Jiwanya tenang, lapang tidak gelisah malahan seluruh jiwa raganya tertumpu kepada Allah semata-mata. Zikir mereka diperingkat ini tetap bersemadi di dalam kalbun dan tidak pernah pun lalai dan lupa kepada Allah, walaupun sesaat di dalam hidupnya.

    Pada peringkat ini mereka telah pun dapat menerima tetamu-tetamu agong yang terdiri daripada rasul, nabi-nabi, para ariffinbillah, para sidiqqin dan para wali-wali Allah di samping mereka juga dapat menerima ilmu ghaib dan teknologi Allah melalui Laduni di peringkat TAWASSUL.
    Disamping itu mereka juga telahpun berpeluang menjelajahi seluruh alam maya dan alam ghaib yang lain termasuk syurga, neraka, Arasy dan Kursi Allah swt. Sebagaimana jaminan Allah di dalam firmannya di dalam Al-Quran :-

    “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar (ke alam lain)”
    (Surah Al-Talak – ayat 2)

    Di dalam hal pemecahan wajah dirinya, sesorang diperingkat ini telah mendapat wajah di antara 7 wajah ke 8 wajah bergantung kepada badan masing-masing.

    7. NAFSU KAMALIAH.

    Adapun yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah berkamil atau bersebati kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.

    Pada martabat ini, apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan yang dilahirkan oleh mereka di martabat ini direstui dan diredhai oleh Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini nak dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak boleh sekali diterokai oleh manusia awam.

    Sesiapa saja yang tercapainya ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui guru yang dinamakan guru batin.

    Bagi mereka yang telah mencapai martabat nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga, berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap bersama Allah buat selama-lamanya sehingga darjat dirinya payah ditelah oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagai orang alim tidak alim, orang jahil tidak jahil. Pendek kata sifat manusia yang sempurna dan sederhana dimiliki oleh mereka di martabat ini dan mereka mulia di dunia dan akhirat.

    Oleh itu wahai teman-teman dan anak-anak, tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang bapak coretkan ini, semoga kita bersama selamat di dunia dan akhirat.

    “Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”

    Wassallam.

  15. ni . hakikat insan. Haji Ahmad Laksamana. buku terbaru tak de ke?

  16. Anonymous

    kepada
    Yth
    bu dian di tempat
    kiranya dirimu ga inget lagi sama aku dengan membaca kalimat ini kami akan menellaah hakikat yang sdh diterjemaah akan semoga mendapat sapaatnya amiin

  17. Maulana syeh woloyoď

    Salam. Sebenarnya keilmusn ini tidsk suksr ssms sekali.janji kita ini tidak memikirkan habuan dunia yang hebat seperti sakti sakti dan mendapat hadiahh wang berjuta kerana itikad dan riadsh kita.kebanyakan inilah yang mereka cari tuhan.Mereka kunjungi guru untuk lihst kekramatan dulu.Srbab wali Allah utu bsnysķ keramahnya. Selain itu mrreka mahu lihst oengtshuannya tentang istilah dsn trori teiri marufat seperti yang trrcatst dslam buku buku dan kitab. Ketugs mereks ingin lihst kehidupsn dsn ibsdst harisn guru.krmufisn ingin luhst murud murid guru ysng hsdir. Saya ingin jelaskan bahawa semua yang ditulis dalam kitsb dan buku itu bensr
    Ia oengantar jslan hakkikat.marifat.sufi dan wali.serta sirah kebanyakan tokoh tokoh hebat terdahulu..ini semua senerio luar.penjelasan trntang jeadaan mereka dsn pelajaran mereka.semua teiri danistilah saja. Ia bukan ajaran berselibud tang rapi. Tidak ada apa pun yang membantu kita maju sampai melalui oeriod fanabillah denganbselamat.tidsk sda oun guru tsrekat ysng bantu kuts trrbuks hijsb dan cspsi dsrjst kassf serta memshsmi kusut itu melalui pengalaman nmistik.banyak faham saja lalu mengaku duri telah marifat berdasarkan kefahaman teori dan slogan sufi.ini tidak mendatangkan apa apa. Jiks kits menuntut ilmu bstun lsin.kits sudsh boleh jsdi lendekar dsn bomoh dslam masa tersebut.ia tudsk sia sia. Ilmu jetuhsnan gted tinggi ads padsvtrlspak tangan guru dsn penglihatan guru dan kulit guru.dia mengajarksn tanpa dilibus dan akan perkatakan brberapa perkara asas yang tersembunyi.seispa ysng bacs banysk buku boleh faham
    Ia rengkasan dari teori mrnuju amalan praktikal. Restu guru ada di jarinya. Sehingga murud merasai sendiri ladzat ubadst dan manus serta asyik ibadat. Sebrlum rasa ysng lain
    Lain dan fanabillah. Tanpa fanabillah itu jarang mutud berjaya jadi mursyid atau wali
    Sebab kasaf utu oentung. Pemgslsmsn mistik itu oenting. Tsk ada buku dan guru boleh menyslurkan sedikit rssa pengalan mistik itu. Jangan mscsm dsbus di aceh .sampai terhinjut hinjut dsn joget.ini astu tarekat jugs tapi tak perly begitu..ketersngsn dari nik perlu di rujuk untuk teori.is telah ksrang keterangsn seperti sebuah buku untuk anda. Janganlah bertanya hal seperyi kebanyskan buku bentangkan.bahkan kitab hikam pun belum.bentangkan ilmu pai marifat yang membawa berbuka hijab. Jari guru musyid jsuh lebih penting dari buku al hikam dan buku marifat tok kenali.itu semua buku tanpa kuasa mistik. Al junaudi berjata.berbahaya mengajarkan oengslaman mistij keoada orang awam
    .mistik itu oentungbtspi perlu dushae oada orang buksn awam.

 

----

Nota: Pengunjung yang ingin beri komen dimohon gunakan ejaan yang betul supaya tak mengelirukan pembaca. Untuk makluman, komen yang mengelirukan, tak jelas tujuan dan maklumatnya, atau ‘spam’, tidak akan disiarkan atau akan dipadam. Harap maklum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *