Kemaskini terbaru: June 18, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sains Sosial & Mengkaji Masyarakat Sendiri

Dalam konteks mengurangkan pergantungan masyarakat kita yang kian beratus-ratus tahun menjadi penerima konsep dan pemikiran dari Eropah dan dunia Oksiden, perhubungan dengan beberapa buah masyarakat cendekiawan Asia dan bukan Barat mesti dilhat dari sudut strategik. Cendekiawan, ahli akademik, pendidik dan sarjana Malaysia hendaklah mula berdialog bukan hanya di kalangan kita sendiri dalam mengkritik dan mempersoalkan korpus sains sosial, tetapi juga di antara kita dan negara-negara seperti India, China, Jepun, serta di kalangan masyarakat cendekiawan di Asia Tenggara. Kita perlu berdialog – bukan saja dialog antara agama, tetapi dialog antara ilmu – apa yang dikatakan sebagai satu dialog ilmu atau sains manusia. Ini merangkumi semua bidang ilmu yang merentasi sains sosial dan manusia. Dalam hal ini misalnya, India amat menyerlah dalam melahirkan korpus ilmu yang menjadi alternatif kepada konsep dan teori yang lahir daripada Eropah. India telah melahirkan ramai sarjana, cendekiawan dan ahli falsafah yang telah menerokai ilmu berlandaskan kepada perspektif endogenous dengan mengkaji permasalahan dan pengalaman indigenuous. Dalam perbincangan kita, saya merujuk kepada perkembangan intelektual di India, dan pengukuran dan kesahihan kategori dan konsep yang kita gunakan untuk memahami masyarakat kita sendiri.

Bacaan lanjut di sini: Sains Sosial & Mengkaji Masyarakat Sendiri

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *