Kemaskini terbaru: August 4, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu

Pengenalan

Etnomatematik yang sebelum ini merupakan suatu kaedah dalam pendidikan Matematik, dan masih lagi seperti demikian di mana-mana kawasan dunia, kini di Malaysia dijadikan sebagai kaedah penyelidikan untuk merungkai pencapaian Bangsa Melayu semenjak awal dalam bidang Matematik dan bidang-bidang berkaitan dengannya. Perubahan paradigma ini diusulkan oleh Dr. Shaharir bin Mohd Zain, penyelidik Bersekutu INSPEM. Walaupun setakat ini Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Rumpun Melayu di INSPEM telah berjaya melaksanakan dua seminar peringkat antarabangsa (2007) dan serantau (2008), namun usaha-usaha yang lebih drastik diperlukan untuk mengembangkan bidang ini pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Oleh yang demikian, kami mengambil langkah untuk mengadakan seminar bulanan ini. Seminar bulanan ini diusulkan semata-mata untuk mempercepatkan proses pendokumentasian sumber-sumber penyelidikan etnomatematik Rumpun Melayu. Juga untuk membentangkan pelbagai keputusan yang jauh lebih maju daripada sekadar pendokumentasian sahaja. Secara umumnya, langkah-langkah sama yang akan dilaksanakan dalam seminar ini adalah seperti berikut :

Mengumpul sumber-sumber bertulis (batu bersurat/prasasti dan manuskrip), lisan dan teknologi.

Mengenal masukan-masukan berkaitan sains tabii dan teknologi daripada sumber-sumber berkenaan. Menyusunnya dalam bentuk yang rasional.

Memahami kemajuan terkini sains tabii dan teknologi (kebanyakannya daripada Barat).
Membandingkan masukan-masukan sains tabii dan teknologi tempatan dengan kemajuan sains tabii dan teknologi semasa. Ini untuk mengenalpasti beberapa konsep sains tabii dan teknologi tempatan yang dirasakan berpotensi dan tiada dalam perkembangan semasa.

Membangunkan konsep-konsep “baru” (walaupun sebenarnya sudah lama wujud dalam bentuk primitif) tersebut berdasarkan rujukan terhadap kaitannya dengan konsep-konsep yang sedia ada dalam perkembangan sains tabii dan teknologi semasa.

Setakat ini beberapa halatuju penyelidikan telah dikenalpasti untuk dimajukan, termasuklah mantik, teori penciptaan, astronomi, angka dan pengistilahan sains. Dua buku dokumentasi juga sedang dirancang, iaitu Prasasti Rumpun Melayu dan Manuskrip Sains dan Teknologi Melayu.

Penyertaan Seminar

Kami bercadang untuk mengadakan seminar bulanan ini mulai Julai 2009. Ini disusuli secara bulanan pada Ogos, September dan seterusnya. Disamping pakar-pakar etnomatematik yang bernaung di bawah kumpulan ini, pakar-pakar luar juga akan dipelawa untuk membentangkan makalah penyelidikan mereka. Kami menjangkakan sekitar lima makalah boleh dibentangkan pada setiap seminar bulanan yang berlangsung selama sehari. Makalah-makalah ini akan disunting untuk diterbitkan sebagai jurnal/buku. Hasil-hasil penulisan ini bolehlah diedarkan kesemua jabatan yang bersangkutan dengan penyelidikan ini.

Tarikh: 21 Julai 2009
Masa:  8:30 pagi – 5:00 petang

Tempat : Bilik Seminar al-Khawarizmi, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM

Pembentang :

1. Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, INSPEM UPM – Ilmu Hikmah dalam Etnomatematik Melayu

2. Prof. Madya Dr. Tahir Ahmad, Institut Ibnu Sina, UTM – Matematik Kabur dalam Budaya Melayu

3. En. Baharrudin Zainal, Unit Falak, UDM – Konsep Alam Geopusatan dalam Naskhah Bustan al-Salatin

4. Dr. Ir. Nangkula Utaberta, UKM – Rumah yang Berkembang:Pengajaran daripada Keanjalan Matematik pada   Rumah Tradisional Melayu

5. En. Mohd. Yunus Sharum, FSKTM UPM – Masalah dan Cabaran Terhadap Perkamusan Istilah dalam Bidang Teknologi Maklumat

6. Mohd Nasir Mohd Tap, Kolej Darul Hikmah – Epistemologi  & Mantik al-Sirhindi

7. Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, UKM

1 Komen

  1. […] 21 Julai 2009, INSPEM dengan kerjasama ASASI telah menganjurkan Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu. Memandangkan kepada sambutan yang agak baik terhadap penganjuran seminar tersebut, pihak INSPEM […]

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *