Kemaskini terbaru: November 3, 2010

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rumah yang Berkembang: Pengajaran daripada Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu

Keluarga merupakan unit terkecil dari sebuah tamadun yang memegang peranan  penting dalam menentukan corak dan karakter sesebuah peradaban. Sebuah tamadun yang kuat hanya dapat lahir dari institusi-institusi keluarga yang kuat. Oleh kerana itu di dalam usaha memperkuatkan peradaban dan budaya Melayu kita perlu meneguhkan lagi sistem keluarga-keluarga yang ada pada masyarakat Melayu. Permasalahan yang paling serius dapat diperhatikan pada bidang Seni Bina  di dalam usaha memperkuatkan sesebuah keluarga secara fizikal adalah kondisi dan situasi dari perumahan moden kita. Baik dari aspek keselamatan, keselesaan dan kemampuan untuk berkembang, perumahan moden kita memperlihatkan suatu krisis budaya dan identiti yang sangat serius dan memerlukan pemantauan yang prihatin. Salah satu aspek yang cukup cukup serius dan kelihatan kurang mendapat perhatian yang cukup adalah perancangan terhadap kemampuan dari suatu rumah untuk berkembang atau mengecil mengikut keperluan dan keinginan daripada pemiliknya. Perkara ini sangat kontra dengan rumah-rumah melayu tradisional yang begitu mudah  dapat berkembang, mengecil, ditambah atau bahkan dipindahkan mengikut dengan kepentingan dan keperluan dari pemilik dan masyarakat sekitarnya. Kertas kerja ini akan mencungkil dan mengenal-pasti permasalahan dari perumahan moden di Malaysia untuk berkembang dan pada masa yang sama berusaha menggali potensi dan kemampuan berkembang dari rumah tradisional Melayu dan beberapa idea Seni Bina Moden yang berkaitan  dari luar negara.

Baca seterusnya di sini: Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *