Kemaskini terbaru: November 8, 2010

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib oleh Baharrudin Zainal

Grafisejarah Falak Rumpun Melayu Melalui Kajian Teks Utama

Selepas kedatangan bangsa Eropah ke Alam Melayu, proses pendidikan di negeri Alam Melayu telah didominasi oleh sains Eropah. Proses ini telah memencilkan sama sekali etnosains dan sains yang bersumberkan Tamadun Islam yang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu. Salah satu aspek sains ini ialah ilmu falak sebagai cabang matematik.

[Baca teks penuh...]

Konsep Alam Geopusatan Dalam Naskhah Bustan al-Salatin

Naskhah Bustan al-Salatin merupakan karya Syeikh Nuruddin al-Raniri pada kurun ke 17 M. Walaupun karya ini diklasifikasikan sebagai naskhah kesusasteraan tradisional Melayu, namun terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mengandungi unsur-unsur saintifik. Dalam edaran naskhah Bustan al-Salatin, bab pertama disalin semula sebagaimana manuskrip MS 781. Kajian teks terhadap manuskrip ini menunjukkan kandungannya berkaitan kejadian dan struktur alam semesta. Dengan menjelmakan ayat-ayat deskriptif dalam manuskrip berkenaan, beberapa maklumat saintifik berkaitan konsep kosmologi dan ilmu falak diperolehi. Unsur-unsur kosmologi dan ilmu falak secara kuantitatif yang dapat digarap dalam naskhah ini, termasuklah aspek takwim yang berasaskan buruj dan Matahari, astrometri serta fenomena planet-planet.

[Baca teks penuh...]

Prinsip-Prinsip Astronomi Dalam Tamadun Islam dan Melayu

Secara umum, astronomi membawa maksud yang sama dengan ilmu falak. Dalam al-Quran, perkataan ‘falak’ digunakan sebanyak dua kali, iaitu dalam surah Yaasin ayat 40 dan surah al-Anbiyaa ayat 33. Menurut tafsir Baidawi, ayat ‘kullum fi falaki yasbahun’ yang terdapat dalam kedua-dua surah di atas, ditafsirkan sebagai; “… berjalan dengan sukar seperti orang yang berenang dalam air ….”

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1