Kemaskini terbaru: February 9, 2015

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makalah

Artifak Perkapalan Malayonesia Sebelum Abad Ke-19 Berdasarkan Catatan Bertulis dan Sumber Arkeologi

Oleh: Mohd Rohaizat Abdul Wahab – Aktiviti perkapalan orang Melayu dipercayai bermula sejak daripada zaman pra-sejarah lagi iaitu ketika zaman Neolitik akhir di mana masyarakat dahulu telah berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan jalan air. Penempatan manusia zaman proto-sejarah yang kebanyakannya di pesisir pantai dan muara sungai mengilhamkan masyarakatnya menghasilkan kenderaan di air. Penemuan beberapa artifak berkaitan dengan perkapalan Melayu juga menunjukkan masyarakat Melayu dahulu telah menguasai ilmu pembuatan kapal. Pembuatan kapal merupakan satu kerja yang rumit dan kompleks kerana ia melibatkan beberapa teknik harus dikuasai oleh tukang perahu atau kapal. Beberapa teknik telah dicipta dan digunakan oleh tukang Melayu bagi menghasilkan kapal yang kukuh dan teguh. Kerja pembuatan kapal ini juga memerlukan perancangan yang rapi dan berstruktur bagi menjaga kualiti pembuatan dan memberi kepercayaan membeli dan penggunanya. Pembuatan kapal juga memerlukan satu pasukan kerja yang terlatih dan dipimpin oleh seorang tukang timbal yang mahir. Beberapa artifak mengenai perkapalan Melayu telah dijumpai di kawasan Malayonesia dan mempunyai teknik yang hampir sama. Jumpaan beberapa artifak perkapalan ini membuktikan masyarakat Melayu menguasai teknologi dan kemahiran dalam pembuatan kapal. Kertas kerja ini menghimpunkan artifak yang berkaitan dengan perkapalan Malayonesia yang telah dijumpai sebelum ini dan cuba menghurai teknik yang digunakan dalam pembuatan kapal.

[Baca teks penuh...]

Sistem Matawang Pelengkap (Complementary Currency System)

Oleh : Mohd Aiman bin Badrul Khair – Matawang pelengkap ialah apa sahaja yang dipersetujui oleh sesebuah komuniti untuk digunapakai sebagai sistem pertukaran/ pembayaran selain daripada matawang konvensional/ nasional. Ia juga dikenali dengan nama-nama lain seperti matawang komuniti, matawang tempatan, matawang sekunder, dan matawang sosial. Matawang pelengkap secara umumnya bukan dicipta sebagai pengganti atau pesaing kepada matawang konvensional. Seperti namanya, ia berfungsi sebagai pelengkap (complementary) kepada matawang konvensional (Lietaer, Kennedy, Rogers 2012).

[Baca teks penuh...]

Perbandingan Aliran Teori Permintaan Wang oleh Keynes, Friedman dan Hayek

Oleh: Muhammad Harunurashid bin Thelatha – Beberapa aliran pemikiran ekonomi oleh sarjana – sarjana Barat pada dasawarsa ke–20 mempunyai pandangan berbeza tentang teori permintaan wang. Perdebatan masih wujud untuk menentukan aliran apakah yang terbaik. Penulisan ini akan cuba membincangkan aliran pemikiran teori permintaan wang oleh Keynes, Friedman dan Hayek.

[Baca teks penuh...]

Bibliografi Eropah Tentang Serba-Serbinya Tamadun Melayu Sebelum Dari Tahun 1800 Masihi

Oleh Zaharin Affandi Mohd – Pada tahun 2005, satu senarai buku-buku Eropah berkenaan alam Melayu telah diterbitkan dalam Jurnal Kesturi (lihat Alinor: 2005). Senarai tersebut merupakan pungutan daripada beberapa sumber. Senarai tersebut kemudiannya ditambah baik dengan tersenarainya versi-versi bahasa Inggeris untuk sumber selain Inggeris seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol (jika ada), memasukkan pungutan-pungutan baru yang diperolehi dari internet, serta membetulkan pentarikhan berdasarkan bandingan data secara kolektif. Data-data yang ditampilkan ini adalah sebagai rujukan kepada para sarjana yang ingin mendapatkan gambaran masyarakat di alam Melayu pada kurun ke-16 hingga ke-18 baik dari segi ekonominya, sistem perundangannya termasuklah sains dan teknologinya.

[Baca teks penuh...]

Persenjataan Minangkabau

Oleh Mohd Shafiq Mohd Ali – Minangkabau merupakan salah satu etnik Melayu yang tinggal di kawasan Sumatera Barat. Pengalaman etnik ini berperang sesama mereka dalam perang Padri yang disebabkan oleh pergeseran yang terjadi antara pihak Adat dan juga pihak Agama. Selain itu, orang Minang juga mempunyai pengalaman dalam berperang dengan Belanda. Betapa sukarnya Belanda untuk menewaskan orang Minang ini sehinggalah seorang kapten Belanda, Kapten Hendrix menulis sebuah catatan yang kemudian dibukukan untuk menjadi bacaan wajib kepada setiap tentera Belanda yang akan dihantar berperang ke Sumatera.

[Baca teks penuh...]

Teori Pengetahuan, Percakapan dan Kelakuan Sebagai Teras Pendidikan Karakter

Teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan adalah teras kepada pendidikan karakter. Malah, meletakkan teori pengetahuan sebagai sebahagian daripada pendidikan karakter akan memperkukuhkan percakapan dan kelakuan. Hal ini sebenarnya telah disentuh oleh Errington (1984), namun dalam bentuk perbahasan ynag lain, terutamanya pada Bahagian III : Adaik and Epistemology. Sekarang, kami persembahkan apakah yang kami maksudkan sebagai teori pengetahuan Minangkabau.

[Baca teks penuh...]

Rekonstruksi Model Situs Kuta Lubok Berdasarkan Data Elektromagnetik ‘Very Low Frequency’ (VLF)

Oleh: Nazli Ismail drk. – Situs benteng Kuta Lubok merupakan salah satu bangunan peninggalan sisa-sisa kejayaan Aceh pada masa silam. Berdasarkan catatan sejarah, Kuta Lubok merupakan bagian dari pusat perdagangan Kerajaan Lamuri abad ke-9, sehingga sering disinggahi oleh berbagai pelayaran internasional. Benteng tersebut juga sempat dikuasai Protugis pada abad ke-16 untuk kepentingan penyerangan wilayah Nusantara. Pada saat ini kawasan yang pernah megah tersebut hanya tersisa puing-puingnya saja. Mengingat pentingnya peran kawasan Kuta Lubok pada masa lampau kami telah melakukan rekonstruksi model benteng berdasarkan variasi resistivitas batuan yang terukur dari peralatan Very Low Frequency (VLF). Kami mengukur komponen medan magnet dan medan listrik sekaligus pada frekuensi 15 – 30 kHz. Untuk mendapatkan visualisasi geometri 3D dengan resolusi terbaik, kami membuat 12 profil sepanjang 60 meter yang memotong areal sisa bangunan dengan jarak antar station 5 meter dan jarak antar lintasan 10 meter. Berdasarkan analisa data tilt magnetik, sisa bangunan benteng yang terkubur ditandai oleh kluster-kluster pola distribusi rapat muatan minimum. Pada data mode resistivity, bangunan benteng ditunjukkan oleh nilai resistivitas yang tinggi. Berdasarkan informasi dari dua metode pengukuran tersebut, geometri benteng Kuta Lubok diduga berbentuk dinding persegi panjang setebal 2 meter yang menutupi areal seluas 30 meter x 90 meter menghadap lautan.

[Baca teks penuh...]

Unsur Matematik dalam Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah mengisahkan cara hidup masyarakat Melayu di sekitar istana pada pemerintahan kesultanan Melaka abad ke-15. Terdapat banyak unsur matematik di dalam hikayat tersebut yang boleh dikelaskan sebagai nombor kardinal (nombor/ bilangan, amaun), nombor ordinal, tempoh/ masa/ waktu, usia, saiz, kedudukan, hubungan, gerakan, sukatan dan unit timbangan. Dalam kertas kerja ini dipaparkan unsur-unsur matematik tersebut.

[Baca teks penuh...]

Strategi Peperangan Malayonesia

Makalah ini dikembangkan daripada makalah asal yang dibentangkan di INSPEM, UPM, suatu masa dahulu, dan di PDP, UM, pada 7/9/2013. Semenjak daripada itu, kami berusaha mendapatkan rujukan-rujukan yang lebih baik bagi menjelaskan butiran-butiran penting yang akan dipersembahkan di bawah. Kami akan membicarakan dua buah teks Jawa yang khusus berbincang tentang strategi peperangan. Namun, kami akan memulai perbincangan dengan menyatakan kedudukan bidang ini di dalam teks terasnya di India yang dikatakan merupakan rujukan paling utama kepada semua pemimpin/ ketua perang di Malayonesia dan Indo-China.

[Baca teks penuh...]

Etnomatematik Malayonesia Kontemporer

Etnomatematik lebih dikenali sejak pengajuannya oleh D’Ambrosio dalam sekitar akhir dasawarsa 1980-an, sebagai matematik sesuatu kumpulan etnik, bangsa atau peradaban dahulu kala. Bagi D’Ambrosio ilmu ini diguna untuk unsur pendidikan bagi mencitrakan matematik kepada pelbagai tamadun, khasnya peradaban sendiri, dan menghilangkan rasa perhambaan Eropah. Takrif etnomatematik sebegini diperluaskan oleh penulis ini sejak awal alaf ini sehingga menjadi etnomatematik, sebagai karya sesuatu etnik atau bangsa sepanjang masa sejak zaman Yunani sehinggalah matematik kontemporer. Bagi mengukuhkan lagi takrif ini, kumpulan penulis ini telah menerbitkan beberapa unsur sains matematik kontemporer yang berupa kritikan matematik kini berasaskan sistem nilai Malayonesia. Contoh unsur matematik itu ialah pengoptimuman yang menjadi sinonim dengan ekonomi dan unsur asas atau dominan dalam pengurusan dan kewangan di samping unsur penting dalam bidang sains dan teknologi. Beberapa unsur sains matematik yang lain turut dipaparkan kelemahannya. Semua ini menerbitkan medan penyelidikan matematik kontemporer yang amat mencabar dan amat luas yang sarat dengan nilai-nilai daripada kebudayaan sendiri.

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 2 | Selepas »