Kemaskini terbaru: January 16, 2014

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk December 2013

Rekonstruksi Model Situs Kuta Lubok Berdasarkan Data Elektromagnetik ‘Very Low Frequency’ (VLF)

Oleh: Nazli Ismail drk. – Situs benteng Kuta Lubok merupakan salah satu bangunan peninggalan sisa-sisa kejayaan Aceh pada masa silam. Berdasarkan catatan sejarah, Kuta Lubok merupakan bagian dari pusat perdagangan Kerajaan Lamuri abad ke-9, sehingga sering disinggahi oleh berbagai pelayaran internasional. Benteng tersebut juga sempat dikuasai Protugis pada abad ke-16 untuk kepentingan penyerangan wilayah Nusantara. Pada saat ini kawasan yang pernah megah tersebut hanya tersisa puing-puingnya saja. Mengingat pentingnya peran kawasan Kuta Lubok pada masa lampau kami telah melakukan rekonstruksi model benteng berdasarkan variasi resistivitas batuan yang terukur dari peralatan Very Low Frequency (VLF). Kami mengukur komponen medan magnet dan medan listrik sekaligus pada frekuensi 15 – 30 kHz. Untuk mendapatkan visualisasi geometri 3D dengan resolusi terbaik, kami membuat 12 profil sepanjang 60 meter yang memotong areal sisa bangunan dengan jarak antar station 5 meter dan jarak antar lintasan 10 meter. Berdasarkan analisa data tilt magnetik, sisa bangunan benteng yang terkubur ditandai oleh kluster-kluster pola distribusi rapat muatan minimum. Pada data mode resistivity, bangunan benteng ditunjukkan oleh nilai resistivitas yang tinggi. Berdasarkan informasi dari dua metode pengukuran tersebut, geometri benteng Kuta Lubok diduga berbentuk dinding persegi panjang setebal 2 meter yang menutupi areal seluas 30 meter x 90 meter menghadap lautan.

[Baca teks penuh...]

Unsur Matematik dalam Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah mengisahkan cara hidup masyarakat Melayu di sekitar istana pada pemerintahan kesultanan Melaka abad ke-15. Terdapat banyak unsur matematik di dalam hikayat tersebut yang boleh dikelaskan sebagai nombor kardinal (nombor/ bilangan, amaun), nombor ordinal, tempoh/ masa/ waktu, usia, saiz, kedudukan, hubungan, gerakan, sukatan dan unit timbangan. Dalam kertas kerja ini dipaparkan unsur-unsur matematik tersebut.

[Baca teks penuh...]

Strategi Peperangan Malayonesia

Makalah ini dikembangkan daripada makalah asal yang dibentangkan di INSPEM, UPM, suatu masa dahulu, dan di PDP, UM, pada 7/9/2013. Semenjak daripada itu, kami berusaha mendapatkan rujukan-rujukan yang lebih baik bagi menjelaskan butiran-butiran penting yang akan dipersembahkan di bawah. Kami akan membicarakan dua buah teks Jawa yang khusus berbincang tentang strategi peperangan. Namun, kami akan memulai perbincangan dengan menyatakan kedudukan bidang ini di dalam teks terasnya di India yang dikatakan merupakan rujukan paling utama kepada semua pemimpin/ ketua perang di Malayonesia dan Indo-China.

[Baca teks penuh...]

Etnomatematik Malayonesia Kontemporer

Etnomatematik lebih dikenali sejak pengajuannya oleh D’Ambrosio dalam sekitar akhir dasawarsa 1980-an, sebagai matematik sesuatu kumpulan etnik, bangsa atau peradaban dahulu kala. Bagi D’Ambrosio ilmu ini diguna untuk unsur pendidikan bagi mencitrakan matematik kepada pelbagai tamadun, khasnya peradaban sendiri, dan menghilangkan rasa perhambaan Eropah. Takrif etnomatematik sebegini diperluaskan oleh penulis ini sejak awal alaf ini sehingga menjadi etnomatematik, sebagai karya sesuatu etnik atau bangsa sepanjang masa sejak zaman Yunani sehinggalah matematik kontemporer. Bagi mengukuhkan lagi takrif ini, kumpulan penulis ini telah menerbitkan beberapa unsur sains matematik kontemporer yang berupa kritikan matematik kini berasaskan sistem nilai Malayonesia. Contoh unsur matematik itu ialah pengoptimuman yang menjadi sinonim dengan ekonomi dan unsur asas atau dominan dalam pengurusan dan kewangan di samping unsur penting dalam bidang sains dan teknologi. Beberapa unsur sains matematik yang lain turut dipaparkan kelemahannya. Semua ini menerbitkan medan penyelidikan matematik kontemporer yang amat mencabar dan amat luas yang sarat dengan nilai-nilai daripada kebudayaan sendiri.

[Baca teks penuh...]

Epistemologi, Falsafah dan Etnomatematik

Dalam kertas ini, perbincangan etnomatematik dilihat dari sudut falsafah menerusi aspek sejarah dan epistemologi. Dari segi sejarah, matematik telah dibangunkan dari postulat yang menggabungkan kedua-dua komponen aspek kualitatif dan kuantitatif. Walau bagaimanapun, dalam era berikutnya, aspek kualitatif telah dibayangi dan didominasi oleh aspek kuantitatif. Matematik bebas nilai menjadi rujukan para ilmuwan apabila positivisme menjadi paradigma kajian dalam pendidikan Barat. Dalam penulisan ini, kami ingin menjemput para peserta untuk mempertimbangkan etnomatematik sebagai faktor untuk mengintegrasikan kedua-dua aspek ke dalam acuan pendidikan kita sendiri. Sinopsis buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya bertajuk ‘Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu’ diberikan pada penghujung kertas sebagai contoh penyelidikan yang sedang dijalankan di Institut Penyelidikan Matematik atau INSPEM, Universiti Putra Malaysia. Buku yang dimaksudkan bolehlah dianggap sebagai abstrak lanjutan bagi penyelidikan yang dibincangkan dalam kertas ini.

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1