Kemaskini terbaru: June 12, 2021

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk April 2019

Rekayasa Teknologi Pembuatan Perahu di Alam Melayu.

Abstrak- Kajian mengenai perahu di alam Melayu menjadi perhatian ramai penyelidik dari dalam dan luar negara. Namun kajian mengenai teknologi pembuatan masih lagi kurang dan sedikit. Kertas kerja ini cuba untuk menerangkan teknik pembuatan perahu tradisional yang telah lama dikuasai oleh tukang perahu Melayu. Dalam tinjauan di tapak pembinaan perahu, didapati teknik pembuatan ini masih lagi digunakan dalam kalangan tukang perahu Melayu pada masa kini. Teknik ini juga mengalami evolusi dalam pembuatannya selaras dengan perubahan zaman dan perkembangan dalam teknologi pertukangan kayu. Kertas kerja ini diharap dapat memberi sedikit gambaran tentang evolusi perkembangan teknologi pembuatan perahu tradisional di Alam Melayu dan sedikit sebanyak menambah korpus ilmu etnosains di Alam Melayu

[Baca teks penuh...]

Memo ASASI kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan PPSMI dan DLP

Akademi Sains Islam Malaysia dengan tegas menolak sama sekali tuntutan melaksanakan PPSMI/DLP/sekolah aliran Inggeris dalam apa bentuk sekali pun termasuk memberi pilihan kepada ibubapa atau sekolah melaksanakan PPSMI dalam program DLP atau menubuhkan sekolah aliran Inggeris.

[Baca teks penuh...]

Memo ASASI kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Sijil UEC

Akademi Sains Islam Malaysia dengan tegas menolak sama sekali cadangan kerajaan untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) menengah tinggi sebagai sijil yang setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk kelayakan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam dan memohon pekerjaan di jabatan dan agensi kerajaan.

[Baca teks penuh...]

Manuskrip Perubatan Melayu: Perbandingan Ringkas Dengan Sains Kini

(Slaid pembentangan)
• rekod bertulis tentang jenis penyakit, formulasi ubatan, perawatan, kesan sampingan, kaedah alternatif, dan lain-lain
• terhasil daripada keperluan dan keinginan untuk menyelesaikan masalah, menghasilkan ramuan yang lebih baik, mendapatkan kesan terapeutik yang lebih baik dengan kesan sampingan yang paling kurang, sama seperti perubatan moden
• Penekanan terhadap bahan-bahan segar yang dituai dengan mengambil kira keadaan dan perubahan persekitaran

[Baca teks penuh...]

Isu-Isu Perdebatan Sāmkhya-Hindu dan Yogācāra-Buddha Pada Zaman Pra-Islam Melayu

Abstrak
Makalah ini merupakan pensejarahan keilmuan pra-Islam Melayu sekitar kurun 7 -15 bahkan melewati perawalan kurun ke 17. Keberadaan karya-karya pra-Islam Melayu yang tersimpan dalam atau luar negeri hari ini menyakinkan kita bahawa kala tersebut didominasi aliran Sāmkhya-Hindu di samping mendapat tantangan daripada Yogācāra-Buddha. Perdebatan antara Sāmkhya-Hindu dengan Yogācāra-Buddha adalah berkisar pada isu-isu metafizik dan epistemologi di mana corak serta bentuk perdebatan telah dibentangkan makalah ini untuk pengikutan dan penghayatan.

[Baca teks penuh...]

Kincir Air Melayu: Satu Kajian Awal

Sawah padi yang menghasilkan padi, sumber makanan ruji di alam Melayu, memerlukan air yang banyak terutama pada waktu menanam semaian padi. Walaupun hujan turun sepanjang tahun dan cukup untuk menanam padi di alam Melayu, sawah padi yang jauh dari sungai atau yang dekat dengan sungai tetapi luas, masih memerlukan penyaloran air yang banyak dari sungai (Wan Ramli Wan Daud 1993). Petani Melayu menyelesaikan masalah pengairan ini dengan membina empangan dalam sungai daripada balak, kayu dan batu hingga setinggi 5 m untuk menakung air dan membina terusan dan pembuluh air untuk mengalirkan air sungai dari empangan ke sawah (Wan Ramli Wan Daud 1993). Jika empangan tidak cukup tinggi untuk menghantar air ke sawah yang jauh atau luas, atau aras air sungai terlalu rendah untuk empangan, petani Melayu juga membina kincir air untuk mengangkat air dari sungai ke aras tinggi yang membolehkan air disalorkan ke sawah yang jauh (Wan Ramli Wan Daud 1993).

[Baca teks penuh...]

Atur Cara Penyelidikan Tujuh Bidang Etnosains Besar Malayonesia

Abstrak
Etnosains Malayonesia ditakrifkan sebagai sains dan matematik yang lahir dalam bahasa Melayu (karya asli atau terjemahan) sejak dahulu kala hingga sekarang. Ini berbeza denan takrif etnosains Barat yang khas merujuk kepada karya sains bangsa-bangsa yang dianggap primitif atau yang tamadunnya sudah pupus atau diatasi oleh tamadun Barat terutamanya Eropah. Atur cara penyelidikan di sini membawa perisa konsep tatakaedah atur cara penyelidikan Lakatos (1970). Atur cara penyelidikan Lakatos ada penyembulan nilai baharu dalam penyelidikan yang dicirikan sebagai pembinaan teras liat penyelidikan yang dibaluti dan dipertahankan oleh pending/jalur pelindung yang dibina untuk berperanan sebagai benteng teras liat itu yang diistilahkannya sebagai heuristik negatif dan heuristik positif. Dalam penyelidikan etnosains Malayonesia dalam tujuh bidang besar yang diperkatakan di sini, teras liatnya ialah kebesarannya pada zamannya, kekuatan potensi menginikannya, persuaan nilai ilmu berkenaan dengan yang kini yang mungkin menghasilkan teori baharu. Tujuh bidang besar itu ialah mempertahankan beberapa teras liat atur cara penyelidikan dalam 1) girlon/hanro’ng/bilangan (nombor/nomor) dan dang/samkhya/angka, 2) kahria/kira-kira/hisab banah/bhaga (aritmetik pecahan), 3) hetu/nyaya/mantik (lojik/logik), 4) saktihora/ilmu nujum (astrologi), horasastera/ilmu falak/hay’ah (astronomi) dan lokawidya (kosmologi/kosmogeni), 5) sikitawidya/tdib/mujarobat (perubatan), 6) vantin/batin/ dharmasastera (kepemimpinan dan kepengurusan), dan 7) arthasastera/subhagia/iqtishad (ekonomi, perniagaan dan perdagangan). Setiap satu diperihalkan kejayaan penyelidikannya sehingga kini dan ditonjolkan juga perkara-perkara yang perlu diekskavasi lagi dan dikaitkan dengan ilmu sekininya.

[Baca teks penuh...]

Pembangunan Logik di India dan Keberadaannya di Alam Melayu

Abstrak
Kini, selepas lebih daripada 2000 tahun Logik Hindu-Buddha diasaskan di Tanah India, dan menyebar keseluruh dunia, seperti yang dapat boleh dikesan perbahasannya di Tanah Inggeris, Tanah Itali, Tanah Perancis-Belgium, Tanah Jerman, Tanah Sweden, Tanah Belanda, Tanah Austria, Tanah Rusia, Tanah China dan Tanah Jepun, kami berhasrat membincangkan penyebaran awalnya ke Tanah Melayu (Tanah Melayu yang membawa maksud tanah-tanah yang diduduki awalnya oleh Rumpun Bangsa Melayu-Polinesia/Austronesia). Kami akan berusaha menunjukkan bahawa penyebarannya ini meninggalkan kesan sekurang-kurangnya kepada istilah-istilah Nyaya/Logik yang tinggal dalam Bahasa Melayu.

[Baca teks penuh...]

Seminar Etnosains Melayu dan Mesy. Agung ASASI – 6 April 2019

Pembentang-pembentang:

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1