Kemaskini terbaru: November 3, 2010

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk October 2010

Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu dan Lawatan Ilmiah

Matlamat besar mengadakan seminar ini adalah untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan penyelidik etnomatematik di setiap kawasan kependudukan Rumpun Melayu di Asia Tenggara terutamanya. Ini bermaksud, sedapatnya kumpulan-kumpulan penyelidik etnomatematik akan diusahakan untuk ditubuhkan di Patani, Campa (Vietnam), Kemboja, Jawa, Sulawesi, Mindanao, Taiwan, Madagaskar, Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan sebagainya. Tujuan pertamanya adalah untuk mendokumentasikan pencapaian Rumpun Melayu dalam bidang Sains Matematik khususnya, dan secara umumnya dalam bidang Sains dan Teknologi.

[Baca teks penuh...]

MENEROKAI ETNOMATEMATIK MELAYU-ISLAM: Teori Kombinatorik al-Khatib dalam `Alam al-Hussab dan Raudah al-Hussab

Kertas ini membincangkan tentang teori kombinatorik menurut al-Khatib menerusi tulisannya `Alam al-Hussab dan Raudat al-Hussab. Perbincangan ini bertujuan untuk memerihalkan model perbincangan matematik tempatan di bawah pengaruh Islam. Kedua-dua karya tersebut ditulis pada akhir kurun ke-19 dalam dua versi Arab dan Melayu. Kombinatorik dibincangkan di bawah tajuk aljabar yang disebut sebagai ilmu bertemper dalam tulisan tersebut

[Baca teks penuh...]

Ulasan Buku James T. Collins, Bahasa Sanskerta dan Bahasa Melayu, 2009

Ulasan Buku James T. Collins, Bahasa Sanskerta dan Bahasa Melayu, 2009 Oleh : Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir 1. Pengenalan Tatkala saya dihubungi oleh Sdra Mohammad Ali dari APM, UM, pada lebih kurang jam 11pagi, 19/1/2010, saya sebenarnya sedang memantau kuliah STPD2023 : Etika dalam Kegiatan Sains dan Teknologi yang diberikan oleh Prof. Khalijah …

[Baca teks penuh...]

Hubungan Intelektual Terawal Dunia Melayu-Cina

Hubungan Intelektual Terawal Dunia Melayu-Cina Oleh Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir Penyelidik Bersekutu, Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, D.E. Abstrak Walaupun hubungan dunia Melayu-Cina sebenarnya telah menjangkau hampir 2000 tahun, kalau berdasarkan rekod-rekod bertulis kurun ke-2M di Cina tentang Funan dan Campa, namun kajian bagi merungkai maksud sebenar hubungan ini …

[Baca teks penuh...]

Bukti-Bukti Masuknya Islam ke Campa

Bukti-Bukti Masuknya Islam ke Campa Oleh : Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir ASASI 1. Pendahaluan Saya terpanggil untuk memberikan perbahasan dalam bidang ini berkeranakan persoalan yang saya tanyakan kepada Prof. Dr. Ludvik Kalus, Professor Sejarah Islam di University of Paris-Sorbonne dan Pengarah Pengajian Duit Syiling dan Batu Bersurat Islam di Ecole Practique des Hautes …

[Baca teks penuh...]

Jurnal Kesturi

Dapatkan Jurnal Kesturi keluaran Januari-Disember 2009. Jilid 19 (Bil. 1 & 2) yang baru sahaja diterbitkan.

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1