Kemas kini terbaru: March 8, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Pengguna wordpress

  • Hebahkan

  • Ulasan Terkini

  • Langgan senarai kiriman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sangkalan Terhadap PAGE

Berikut ialah sangkalan Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP) terhadap pandangan PAGE yang disiarkan di Berita Minggu 1 Mac 2009 ms 36-37.

Aspirasi dan Sokongan PAGE

Pertamanya PAGE ingin menunjukkan kekuatannya dengan mengatakan selepas Persidangan Meja Bulat Ogos 2008, pihak PAGE berusaha mendapat “mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Kelang”, dan “dalam masa sebulan dapat 2,000 individu dan 240 buah sekolah yang meminta PPSMI dikekalkan.”

Beliau tidak pula mendedahkan hasil Persidangan Meja Bulat itu (ada ahli GMP yang berjaya menyelinap masuk secara sah) penyokong PPSMI, termasuk ketua besar PAGE yang dibenarkan berucap itu, hanya sekitar 30% sahaja!

Agaknya PAGE kecewa dengan persidangan itulah yang sebenarnya menyebabkan PAGE berusaha selama dua bulan itu. PAGE harus insaf juga bilangan dua ribu dan 240 buah sekolah di Lembah Kelang yang diperolehnya itu langsung tidak boleh mewakili puluhan ribu sekolah seluruh Malaysia.

Bahkan tidak boleh mewakili Lembah Kelang pun. Kalau kita andaikan hasil tinjauan TV7 selama setengah jam selang berita jam lapan malam suatu masa dahulu (sekitar beberapa bulan sebelum Meja Bulat itu, kalau tak salah) ternyata sekitar 70% penonton TV7 pada masa itu tidak menyokong PPSMI.

Bercakap tentang PIBG—kerana PAGE tak puas hati dengan pendirian wakil Presiden PIBG Malaysia di persidangan Meja Bulat itu—beberapa hari yang lepas sahaja Presiden PIBG Malaysia menyatakan (menerusi akhbar Malaysia kini; akhbar perdana memang tidak menyiarkannya, yang tentunya menggembirakan PAGE!) bahawa 8 ribu PIBG seluruh Malaysia menentang PPSMI.

Pembaca juga tidak tahu profil penyokong PAGE (yang seramai 2 ribu individu di Lembah Kelang itu, orang-orang besar PAGE dan jurucakap 240 buah sekolah itu).

Adakah mereka ini guru-guru pakar sains dan matematik dan sebagainya? Adakah mereka ini kebanyakannya memang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya?

Cuba bandingkan profil 68 orang Profesor bidang “sains dan matematik” yang menyatakan secara bertulis (atas sebuah memorandum) yang menentang dasar PPSMI sejak awal pengenalan dasar ini; dan Badan Bukan Kerajan (BBK) yang menyatakan sokongan kepada GMP kini mencecah ratusan yang antaranya termasuklah beberapa buah persatuan yang khusus untuk ahli sains dan matematik, dan sebuah Majlis Profesor yang terdiri daripada semua profesor bidang “sains dan matematik” UKM.

Tidak menjejaskan martabat bahasa Melayu

PAGE membuat aritmetik yang tidak tepat tentang peratusan masa pendedahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di sekolah kerana pihak GMP juga membuat aritmetik sejak sejak mula dasar PPSMI ini dipaksakan dahulu dan diulang-ulang beberapa kali oleh pelbagai pihak (walaupun tidak pernah disiarkan dalam akhbar perdana).

Pengkaji kami itu ialah oleh Kamal Shukri (masih bekerja dengan kementerian Pelajaran dan juga sejak beberapa tahun ini memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia) yang dapat ditelaah dalam buku suntingan Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan, “Suara Pejuang Bahasa” terbitan Persatuan Linguistik Malaysia 2005.

Peratusan dedahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dipaparkan oleh PAGE itu bolehlah diterima sama dengan kajian Kamal Shukri (dengan memaafkan kesalahan PAGE dalam aritmetiknya di akhbar itu kerana jumlahnya tidak berjumlah 100%; mungkin kerana sebok dengan perjuangan bahasa Inggerisnya!) tetapi itu semua untuk di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah (Tingkat 1-3) sahaja.

PAGE sengaja menyorok fakta di Sekolah Menengah Atas, Sekolah Matrikulasi dan universiti, yang peratusan dedahan bahasa Melayu menjadi sengkek atau melukut di tepi gantang sahaja.

Umpamanya di Tingkatan 6 Sains dan Matrikulsi dedahan bahasa Melayu hanya 20% sahaja dan di universiti sudah jadi bukan universiti di Malaysia lagi kerana segi subjek sahaja pun hanya sekitar 10% subjek tidak layak dikelaskan sebagai “sains dan matematik”!

Bagaimana lagi PAGE mahu menegakkan benang basahnya dengan mengatakan PPSMI tetap mempertahankan martabat bahasa Melayu!? Maasya Allah!

Bahasa Inggeris boleh!

PAGE masih berangan-angan dan memakai emosinya sahaja apabila menolak pandangan umum sekarang (bukan GMP sahaja) bahawa bahasa Inggeris (di mana pun) tidak boleh dan tidak sesuai dipelajari menerusi subjek sains dan matematik kerana PAGE tidak memaparkan apa-apa hasil kajian di dalam dan luar negara.

Sedangkan kajian di dalam negara kini pun sudah ada dan dahulunya sebelum PPSMI lagi kajian tidak berjayanya pelajar berbahasa ibunda A meningkatkan kepandaiannya dalam bahasa B menerusi PPSMB itu sudah pun ada.

Kajian gagalnya PPSMB dalam pencapaian sains dan matematik pelajar berbahasa ibunda A lagi banyak dan lebih ketara lagi! Kenapa tetap keras pedal!

Tak cukup istilah

PAGE hanya meracau tentang kononnya tidak cukupnya istilah sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

Berilah satu istilah sains atau matematik yang tidak ada dalam bahasa Melayu sekarang!

Lagi pun berapa banyaklah istilah sains dan matematik dalam bahsa Inggeris itu yang bukan terjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain?

Bilangan one sampai ten semuanya daripada bahasa lain sedangkan istilah “satu” sampai “sepuluh” semua asli Melayu keuali mungkin “satu” dan “dua” sahaja.

Sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini sudah berkurun-kurun (sejak abad ke-5M lagi, iaitu zaman kerajaan Melayu Funan dan Campa!); dan kalau nak dikira selepas merdeka ini pun (anggap kita mengalami amnesia) sudah berumur setengah abad.

Tidakkah PAGE tahu tesis bidang sains dan matematik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah berjumlah ribuan sehingga sudah ada istilah perkara dalam sains dan matematik yang asli dalam bahasa Melayu pun!

Tidak hairanlah, istilah ilmu ini dalam bahasa Inggeris juga sentiasa diterjemah daripada bahasa-bahasa lain sejak dahulu, kini dan selamanya kerana yang berkarya bukan dari kalangan orang Anglo-Saxon atau orang seperti ahli PAGE sahaja.

Universiti dan sarjana berbahasa Inggeris sahaja yang hebat

PAGE juga MERACUNI pembaca dengan menegaskan kononnya universiti dalam bahasa Inggeris sahajalah yang hebat-hebat di dunia ini. Di mana letaknya universiti di Perancis, Jerman dan Rusia (kalau pandang rendah pada Jepun dan Korea?).

Adakah semua negara di dunia sekarang mahu mematikan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa bukan Inggeris seperti yang dilakukan oleh dasar PPSMI?

Adakah selama kita belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini, pelajar kita tidak dapat belajar di universiti-universti yang hebat itu semata-mata kerana rendah mutunya dan tak tahu Inggeris?

PAGE ini sungguh bebal dan menghina bukan sahaja bahasanya sendiri tetapi seluruh bahasa-bahasa bukan Inggeris di dunia ini.

Bukankah setiap tahun (sebelum kita gawat) kita menghantarkan (dan tidak kurang ramainya pergi sendiri sahaja) beribu-ribu pelajar kita (yang belajar dalam bahasa Melayu) ke seberang laut di negara pelbagai dengan jayanya?

Tahukah dan insafkah PAGE terhadap profil pemenang Hadiah Nobel setiap tahun dan Pingat Field setiap 4 tahun itu, dan pemenang dalam pertandingan Olimpiad Antarabangsa bidang sains dan matematik setiap tahun?

Mereka kebanyakannya bukan Anglo-Saxon pun (bangsa yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris), atau bukan bangsa dari negara yang ada dasar seperti PPSMI!

Baru tahun 2008 pemenang Hadiah Nobel Fizik digondoli oleh 3 orang ahli fizik berbangsa Jepun dan dua daripadanya mengajar fizik dalam bahasa Jepun (seorang lagi dalam bahasa Inggeris agaknya kerana menetap di AS).

Tak ada buku

PAGE juga masih mendendangkan lagu tahun 1960-an (masa mula-mula bahasa Melayu mahu diangkat menjadi bahasa ilmu sekolah dan universiti) iaitu “lagu tak cukup buku”.

Berkenaan buku ini ada sekurang-kurangnya tiga tahap: buku tahap sekolah, tahap pelajar universiti dan tahap penyelidikan (di universiti dsbnya).

Buku sains dan matematik di peringkat sekolah sudah menjadi satu industri yang besar yang ramai guru terlibat dengannya dan sudah dianggap mencapai tahap yang sama dengan bahasa-bahasa maju di dunia, dalam erti kata kita sendiri sudah boleh berkarya sendiri dengan aslinya.

Malah ada pihak yang boleh dipercayai menyebut bahawa buku-buku sains dan matematik sekolah sekarang ini adalah terjemahan buku-buku Melayu!

Buku teks di peringkat universiti, kedudukan kita tidaklah buruk sangat berbanding dengan buku-buku teks peringkat universiti di negara-negara maju di Eropah sekali pun kerana sarjana kita sudah melakukan terjemahan atau berkarya asli sepanjang masa tetapi tidak banyak yang dapat diterbitkan (dicetak) kerana dasar penerbitan buku pengajian tinggi kita tidak pernah diambil pusing oleh kerajaan sehingga tidak pernah menjadikannya satu daripada komponen “pembangunan negara” yang penting dengan peruntukan berjuta-juta (apatah lagi ratusan juta) ringgit setahun maka perkembangannya tidak sesihat di negara-negara maju itu.

Dengan teknologi maklumat sekarang terjemahan atau karya asli ini disiarkan oleh hamper setiap pensyarah menerusi lamannya masing-masing sehingga penerbitan buku secara tradisi itu pun sudah tidak begitu relevan.

Dalam keadaan sedemikianlah, maka sebelum berlakunya bahang dasar paksaan PPSMI 2003 di universiti, kewujudan buku-buku teks berbahasa Melayu di dalam kursus-kursus sains dan matematik adalah hanya sekitar 16% (bidang sains fizis dan sains matematik 30% tetapi bidang perubatan hanya 6%).

Selebihnya pelajar kita memang menggunakan “buku-buku” dari laman pensyarah (yang sebelum 2003 hampir semuanya dalam bahasa Melayu) dan buku dalam bahasa Inggeris sebagai rujukan tambahannya.

Pengetahuan bahasa Inggeris pelajar universiti kita yang selama ini diajar untuk tujuan ini tidaklah menimbulkan masalah yang besar, walaupun keperluan peningkatannya tetap diakui dan oleh itu usaha penatarannya terus menerus dilakukan menerusi pendidikan subjek bahasa Inggeris di sepanjang pengajian di universiti.

Keadaan ini serupa dengan yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di Eropah, iaitu pelajar berbincang ilmu dalam bahasa sendiri tetapi buku teks di hadapannya dalam bahasa keduanya.

Ini terbukti tiada masalahnya walaupun pencapaian ilmu di kalangan pelajar kita memang berbeza dengan pelajar di Eropah kerana masalah budaya ilmu yang tidak mungkin diselesaikan menerusi PPSMI.

Ini tidak sepatutnya menjadi sebab kita lari daripada tugas memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa kita sendiri sebagaimana tidak berlakunyajuga di Eropah. Kita harus belajar lagi dengan lebih bersungguh-sungguh akan cara-cara negara di Eropah melakukannya.

Dalam pada itu sarjana kita sudah mampu berkarya sendiri sehingga mampu melahirkan buku-buku teks yang setanding dengan buku-buku teks dalam bahasa Inggeris atau bahasa Negara Maju yang lain, malah sesengahnya ada yang dipakai (buku dalam bahasa Melayu itu, atau diterjemah dahulu) di Eropah.

Di peringkat penyelidikan, masalah bahasa (Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang relevan) di kalangan penyelidik dan sarjana kita–walaupun dahulunya (kira-kira 50% sarjana itu) belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu sehingga ijazah pertamanya–adalah kerana mereka tidak mungkin menjadi sarjana tanpa pengetahuan yang cukup mendalam sekurang-kurangnya satu bahasa yang lain yang relevan dengan bidang ilmunya. Malahan, sarjana Eropah biasanya tahu tiga bahasa: bahasanya sendiri, dan dua lagi bahasa ilmu yang lain seperti Inggeris, Jerman, Perancis, Rusia dll.

Malah sarjana kita yang berlatar belakang pengalaman berilmu menerusi bahasa sendiri itu (belajar dan mengajar), sudah ada menunjukkan tanda-tanda menjadi lebih kreatif atau menuju ke sekreatif sarjana-sarjana luar negara yang berlatar belakang bahasa ibunda masing-masing itu.

Ini sudah menjadi satu teori daya penciptaan yang tidak sesuai diperpanjang-panjangkan di sini, tetapi PAGE patut menyedari akan teori daya penciptaan ini.

Bukankah zalimnya jika budaya ini ingin dihapuskan?

Perkara terakhir tentang kononnya bahasa Melayu ini masih tidak layak menjadi bahasa sains dan matematik ialah betapa PAGE sepatutnya bertindak seperti orang-orang Inggeris dan orang-orang di Negara Maju itu, iaitu berjuang meningkatkan kelayakan bahasanya sendiri ini.

Bukankah begitu yang dilakukan oleh orang Inggeris dalam abad ke-19M dahulu kerana sebelum itu bahasa Inggeris masih belum dijadikan bahasa perantaraan pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan sains dan matematik.

(Inggeris bangsa terakhir di Eropah menggunakan bahasa sendiri dalam sains dan matematik kerana taasubnya kepada bahasa Latin).

Kita perlu terus membina bahasa kita (bersama rumpun kita, Indonesia) dengan tekad yang sama seperti bangsa-bangsa di Eropah itu dan mengisi bahasa kita itu dengan “sains dan matematik”.

Apa pun kekurangan yang masih ada pada bahasa kita, seperti yang dibangkitkan oleh PAGE tentang kurangnya ilmu dalam google berbahasa Melayu itu, dan lain-lain lagi itu, sepatutnyalah menjadi tanggunjawab kita bersama memperbaikinya, bukannya mengenyahkan bahasa kita sendiri.

Semua ini pastinya tercapai dengan memeriahkan lagi bilangan bangsa kita menguasai sains dan matematik dalam bahasa kita sendiri sambil menguasai bahasa ilmu semasa (Inggeris dan sebagainya) menerusi pelajaran bahasa-bahasa berkenaan itu.

Inilah caranya yang sudah terbukti Berjaya seluruh dunia!

Pelajar luar Bandar tak ada masalah?

PAGE juga tidak ikhlas apabila menjawab soalan bagaimana nasib pelajar luar bandar, atau sebenar pelajar dalam bandar juga, iaitu pelajar yang ibu-bapanya tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya (bahasa Inggeri bukan bahasa ibundanya).

Beliau hanya memaparkan teori pembelajaran bahasa dengan menyebut teori itu dan teori ini dan professor bahasa itu dan profesor ini.

Itu mungkin betul untuk belajar bahasa! Walaupun ada teori yang betentanga dengan ini, itu tak dipolemikkan di sini.

Yang menjadi isunya, “Bahasa apa yang terbaik untuk pelajar belajar sains dan matematik?”. Profesor sains atau matematik pendidikan mana yang berteori pelajar berbahass ibunda A lebih baik belajar sains dan matematik dalam bahasa B?

PAGE membicarakan rancangan kerajaan dalam peningkatan kefasihan guru sains dan matematik dengan pelbagai strategi yang sedang kerajaan ambil dengan belanja/peruntukan RM5.2 bilion dan kononnya kejayan progam di Negeri Sembilan dengan penuh kesombongan bunyinya.

Bagi mereka yang waras dan mengambil iktibar daripada Negara-Negara Maju dan perakuan PBB, bukannya mereka yang tidak terpasung jiwanya lalu tidak percaya hanya kebudayaan Inggeris sahaja yang layak memajukan sesuatu bangsa, tentunya akan mengiling-ngiling kepalanya dan cukup jengkel rasanya dengan peruntukan itu kerana peruntukan semega itu jika digunakan untuk peningkatan kemahiran guru sains dan matematik mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda dan peningkatan kemahiran guru subjek bahasa Inggeris, pastinya negara mendapat lonjakan baru dalam kemajuan sains matematik anak bangsanya.

Peruntukan untuk menjayakan PPSMI adalah peruntukan untuk bergaya sahaja! PAGE juga nampaknya “mengugut” supaya dasar PPSMI tidak dihapuskan semata-mata kerana sudah dibelanjakan sebanayak bilion-bilion RM itu.

Mereka yang dihantar ke seberang laut atau yang dilatih di dalam negara dalam bahasa Inggeris itu, masih boleh dipakai, dengan hanya sedikit orientasi ke arah bahasanya sendiri, tanpa belanja yang mega-mega lagi, apabila dasar PPSMI ini dimansuhkan.

Yang penting ikutlah pepatah Melayu, “Sesat di jalan, balik ke pangkal jalan”, janganlah bertindak “malu alah” yang nampak sedang condong kea rah itu sekarang.

Merosotnya keputusan peperiksaan di bawah PPSMI

PAGE nampaknya mengaku kemerosotan prestasi PPSMI tetapi kumpulan citawan kebudayaan Inggeris ini menegaskan masa 6 tahun tidak mencukupi untuk menilainya.

Sebenarnya, jika kajian-kajian di seberang laut dari univerisiti berbahasa Inggeris sekali pun (kerana itu sepatutnya lebih meyakinkan PAGE agaknya) dan setelah kita sendiri membuktikankany buat selama 6 tahun ini, maka keinsafanlah yang sepatutnya berlaku.

Bukannya mahu mencuba 8 tahun lagi, kerana katanya sampai 2016 baru boleh tahu siapa bijak?! Apa kaedah kajian sebegini?

Tak mahu mencontohi Jepun dan Korea

Hujah PAGE tentang sebab kita tidak mahu mencontohi Jepun dan Korea aneh, cukup haru-biru dan tidak rasional. Katanya kerana kita ketinggalan 40 tahun segi “revolusi industri” berbanding dengan Jepun dan Korea dan oleh itu kita ketinggalan selama itulah segi bahasa. Kemudian diberinya contoh tiadanya penggunaan bahasa Melayu di Proton sebagai bukti bahasa Melayu bukan bahasa industri.

Seterusnya PAGE berhujah, Jepun menggunakan bahasanya kerana dia bangsa pembuat atau “negara pembuat” dan kita tak terdaya kerana kita “negara pengguna”.

Ada makna apakah bercakap begini? Apa rasionalnya hujah bercelaru dan songsang begini?

Bukankah bahasa Melayu tak dipakai di Proton (dan banyak lagi di swasta kita) sebab pegawai-pegawai besar di Proton (atau di swasta itu) sengaja tak mahu pakai bahasa Melayu?

Banyak “negara pengguna” di dunia ini yang tidak menginjak bahasanya seperti bangsa kita! Yang sepatutnya, sejarah Jepun dan Korea itu yang perlu dipelajari bagaimana dia boleh jadi sekarang!

Dasar pendidikan sains dan matematik bagaimana yang mereka buat ? Bagaimana dia layan bahasa dia sendiri sebelum dia maju dahulu lagi?

Bukannya berhujah terbalik kuang, “Dia maju sebab itu dia boleh guna bahasa sendiri”, “kita mundur, jadi kita tak guna bahasa sendiri”. Siapalah yang tidak merasa amat jengkel dengan hujah dangkal dan pelek PAGE ini.

Kemudian PAGE cuba mengada-adakan sebab Dong Jiao Zong menentang PPSMI kerana kononnya persatuan itu mahu menompang dan mempertahan bahasa Mandarin yang telah maju, atau lebih maju daripada bahasa Melayu.

Pemimpin Dong Jiao Zhong tidak pernah berhujah begitu. Pemimpin Cina di Malaysia (apatah lagi di Tiongkok) jauh lebih waras daripada pemimpin Melayu kerana mereka mahu anak-anaknya lebih celik kebudayaannya sehingga pada satu tahap yang dikira cukup sebelum menguasai ilmu dalam bahasa-bahasa lain.

PAGE perlu sedar juga bahasa Mandarin pun masih belum mencapai bahasa sains dan matematik sekuat bahasa Inggeris tetapi Cina di Malaysia, apatah lagi di negara Tiongkok itu, tidak akan meninggalkan bahasanya mengikut tingkah PAGE itu.

Tiongkok akan terus membangunkan bahasanya, bahasa Mandarin, sehingga benar-benar dapat bersaing dengan bahasa-bahasa sains dan matematik lain itu. PAGE juga perlu sedar bahawa bahasa Melayu dalam abad ke-5M hingga ke-12M sudah menjadi bahasa ilmu antarabangsa (ketika Eropah agak Gelap) kerana ribuan buku dalam bahasa Melayu di bawa ke negeri Tiongkok (contohnya, bacalah kesah I-Ching pada Zaman Kerajaan Sriwijaya abad ke-7M) dan sebahagiannya diterjemah kpd bahasa Tionghua, sebahagiannya oleh sarjana Melayu sendiri yang diundang oleh raja-raja Tiongkok itu!

Bahasa Melayu pada zaman Islamnya (abad ke-13 hinga abad ke-19) iaitu sebelum penjajah menjadi sebahagian daripada tuan kita hingga sekarang, pun amat antarabangsa sifatnya sehingga dikagumi oleh para sarjana di Eropah zaman itu.

Bahasa dan bangsa Melayu ini menjadi hamba sejak abad ke-19M ini sahaja, bersekali dengan kejatuhan Tamadun Islam di Eropah, Tamadun Empayar ‘Uthmaniyaht itu. Kita hanya ingin membangun semula tamadun bangsa yang besar ini.

Jadi hanya kejahilan PAGE terhadap sejarah kebudayaannya sendiri sahaja yang menyebabkan sanggup mereka seolah-olah mengatakan “bahasa Melayu ini bahasa bangsat” sahaja dan oleh itu tak payahlah digunakan untuk belajar apa-apa ilmu dengannya.

Imbauan GMP

Kita telah bercambah, tumbuh merata dan bercabang selama 30 tahun ini, dan menunggu gemburan dan baja buat beberapa ketika sahaja lagi untuk berbuah.

Jurnal sains dan matematik dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) telah pun diiktiraf di dunia sama seperti jurnal dari beberapa buah Negara Membangun seperti Rusia, Tiongkok dan Ceska.

Malang sekali jika kita terus membiarkan diri kita berpemimpinkan orang yang tidak tahu kedudukan bangsanya sendiri dan malah terus menebas, dan menebang pokok yang sedang subur bercabang.

Kalau tidak dipupuk, dijirus dan digembur semula mulai sekarang maka pastinya pokok itu akan mati segera.

26 Komen

  1. ya Allah syukur terima kasih atas maklumat hebat yg sahabat kongsi ini. amat mendalam penuh bermakna terima kasih dan saya doakan sepenuh hati seluruh jiwa raga mudahan Allah memberi rahmat yg tidak terhingga kepada sahabatku ini ya Allah

  2. awangku

    Tentunya PAGE ini terdiri daripada puak-puak yang memuja bahasa Inggeris secara salah. Hanya melihat kehebatan bahasa Inggeris dan tidak nampak kehebatan bahasa-bahasa dunia lain dek tertutupnya hati dan makrifatnya. Harap PAGE dididik untuk berpandangan jauh dalam aspek bahasa.

  3. Elsyet

    Aku belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu. Berjaya juga sebab aku faham sains dan matematik tu. Aku juga belajar Bahasa Inggeris dan boleh bertutur dan menulis dengan baik. Rakan-rakan sekolah aku juga ramai yang berjaya. Puluhan menjadi jurutera, doktor, pensyarah, peguam, pegawai kerajaan. So whats wrong with Bahasa Melayu? Aku rasa lebih baik saja ajar bahasa cina dan tamil. Kayakan penguasaan bahasa pelajar-pelajar kita.

  4. Salam ASASI,

    Hujah-hujah menyangkal PAGE, nampak meyakinkan hanya untuk menyokong cadangan memansuhkan PPSMI. Cuba fikirkan kembali, kalau kita patah balik mengajar dalam bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik, dan kita lahirkan ramai golongan profesional 10-20 tahun akan datang. Adakah kejayaan melahirkan ramai golongan cerdikiawan ini akan menjamin mereka untuk dapat bersaing untuk mendapat pekerjaan?.. persoalan sekarang kenapa ramai majikan-majikan memilih untuk mengambil pekerja dari kalangan bukan bangsa Melayu dan memilih pelajar daripada lulusan Universiti Swasta?…. alasan utama adalah kerana penguasaan Bahasa Inggeris.

    Malaysia sahaja telah dibanjiri dengan pelbagai bangsa antarabangsa yang pelbagai yang juga bersaing untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Bolehkah kita juga meyakinkan atau kalau boleh memaksa majikan-majikan diluar sana untuk mengambil lulusan-lulusan Universiti yang hebat penguasaannya dalam bahasa Melayu untuk diambil bekerja?… Berapa banyak peluang pekerjaan yang boleh kerajaan wujudkan untuk memberi pekerjaan kepada lulusan Universiti Awam?…..

    akan datang golongan yang berada tidak menghantar anak-anak mereka ke Sekolah dan Universiti Awam yang mengajar dalam Bahasa Melayu kerana sekarang terdapat banyak sekolah-sekolah swasta dan Universiti Swasta menawarkan pengajaran dalam bahasa Inggeris bukan hanya kepada pelajaran Matematik dan Sains, malahan kepada semua matapelajaran. Ini tidak termasuk banyaknya sekolah-sekolah antarabangsa yang tumbuh macam cendawan selepas hujan di sekitar lembah kelang sahaja. Dan saya jamin untuk menghantar ke sekolah2 itu adalah golongan berada dan sudah pasti kebanyakannya bukan bangsa Melayu.

    Bayangkan, bila lepasan2 pelajar swasta ini bersaing untuk mendapatkan pekerjaan, sudah pasti anak-anak golongan yang berada dan dari bangsa2 lain yang akan mendapat tempat. Sekali lagi bangsa kita kalah di Bumi sendiri….kalau 10-20 tahun akan datang ramai anak bangsa kita tidak dapat bersaing hanya kerana faktor-faktor sekecil ini… siapa yang bertanggungjawab untuk membela mereka?….. sudah tentu… akan ada lagi mana-mana pihak akan membangkang dasar kerajaan yang menurut kata pihak pembangkang hari ini….Wallahualam….

  5. infiti

    kepada ummulzurqanais,
    Jika cendekiawan sains melayu itu memilih untuk membuka syarikat bina dan jual kapal angkasa sendiri dan menyebabkan mereka menjadi orang pertama menakluk planet Marikh sebelum bangsa2 lain,apa pula reaksi anda?Jangan pandang rendah pola pemikiran golongan bijak sains walaupun BI mereka mungkin tidak seberapa berbanding golongan PPSMI yang hebat BInya tetapi lemah sains dan matematik!Golongan IQ tinggi ni lebih suka menggugat produk sains dari negara lain berbanding golongan kerja “makan gaji”.Saya melihat 100% dari pelajar PPSMI lebih berfikir untuk makan gaji dari cuba untuk mencipta hasil tamadun sendiri…dan lambat laun berlakulah seperti di India dan Filipina..nasib penduduknya ditentukan sama ada syarikat luar nak bertapak atau tidak di negara itu…nak buat produk sendiri,asas matematik dan sains pun tahap longkang…adakah ini golongan masa depan yg anda mahu?

  6. Salam infiniti…

    Hebat!!… itu yang saya akan katakan… kalau ada cendikiawan sains melayu yang memilih untuk membuka syarikat bina dan jual kapal angkasa dan seumpama dengannya (seperti yang anda maksudkan)…. teruskan usaha, saya hanya boleh beri sokongan dari kejauhan, tiada masalah langsung…untuk mempunyai cita-cita seperti itu… nasihat saya teruskan berusaha dan buktikan kepada kita semua, saya boleh tumpang berbangga je la….. tumpang gembira sebagai orang melayu dan Islam…

    Saya tidak pernah pandang rendah pola pemikiran golongan bijak sains, tak kiralah dengan atau tanpa penguasaan BI… bukan golongan bijak sains sahaja, malahan golongan bijak dibidang lain juga seperti, golongan bijak agama, ekonomi, geografi, sejarah, sastera dan lain-lain. siapa saya untuk memandang rendah golongan bijak pandai… malahan golongan yang tidak bijakpun saya tidak pernah pandang rendah… dan menjadi amalan saya, sekurang-kurangnya memberi salam dan doa kepada para tukang pembersih bangunan, tukang kebun, pembantu klinik, pemungut sampah, pekerja kantin dan lain-lain lagi.. setiap pagi dan setiap hari… kerana tanpa mereka, saya tidak mampu melaksanakan kesemua kerja tersebut untuk belajar atau bekerja dengan selesa…

    Saya bukan lahir dari golongan yang belajar dalam era PPSMI… tapi andaian saudara/saudari mengatakan… “Saya melihat 100% dari pelajar PPSMI lebih berfikir untuk makan gaji dari cuba untuk mencipta hasil tamadun sendiri”… 100% saya tidak setuju…itu cuma andaian saudara tiada kajian yang kukuh kan?…

    Tidak semua orang mampu untuk tidak makan gaji…. saya umpamanya, saya tahu saya tidak bagus dalam strategi, pengurusan perniagaan, pemasaran dan lain-lain kerana, saya tidak banyak didedahkan dengan perkara-perkara tersebut menyebabkan saya tidak berani untuk bekerja sendiri atau berniaga… jadiknya saya memilih untuk makan gaji, walaupun saya bukan dalam era pembelajaran PPSMI…bangsa Jepun juga terkenal dengan pekerja yang hebat dan setia… boleh juga membina tamadun sendiri….

    Saya mungkin tidak berapa tahu pasal negara India dan Filipina, tetapi… sepanjang pemerhatian saya yang dhaif ini,ekonomi India dijangkakan akan menaik berbanding negara-negara barat yang lain…. sayapun tak tahu atas faktor apa… hem, saya sedang meneliti dan mengkaji jugak ni… hemmm mungkin kita kena sama-sama lagi banyak membaca kut…..Wallahualam…

  7. Puan Ummuzulqarnains,

    Saya kebetulan pernah ke India dan Filipina. Mereka adalah masyarakat pengguna bukannya pencipta. Rata-rata kononnya bijak-pandai mereka kerja makan gaji sebab itu tidak ada satu pun produk berjenama terkenal dari negara tersebut. Pemikiran mereka terkongkong dengan fantasi BI akan memajukan mereka sedangkan jurang ilmu antara yang berada dan miskin amat luas. Kaya semakin kaya, yang miskin terus papa kedana.

    Jika hujah penyokong PPSMI benar, negara inilah yang sepatutnya menerajui teknologi, sains dan semua aspek ketamadunan setaraf dengan penutur BI di Amerika, UK dan Australia

    Cuba puan perhatikan, pikirkan. Apa produk utama dari negara-negara ini?? BURUH MURAH. Buruh murah fasih BI yang mudah disuruh, dikulikan. Kenapa mereka menjadi “bodoh” walaupun mempunyai akses ilmu dalam BI?

    Baca ini

    http://in.rediff.com/money/2004/mar/03guest1.htm

    Jepun sebagai contoh, kenapa mereka berbudaya kerja kuat, setia, boleh membina tamadun sendiri? Jawapannya, RAMAI ORANG TERPELAJAR. Terpelajar mereka akan membawa budaya dan ciri-ciri orang terpelajar seperti menepati masa, amanah, kerja kuat, tekun ini semua adalah ciri-ciri orang terpelajar. Ironinya ciri-ciri ini amat kurang di negara mundur, dunia ketiga kerana kurangnya ORANG TERPELAJAR jadi ciri-ciri mulia tadi tidak menjadi BUDAYA masyarakat tersebut.

    PERSOALANNYA? Adakah PPSMI akan melahirkan MAJORITI masyarakat terpelajar seperti JEPUN/Scandinavia atau akan melahirkan MINORITI golongan terpelajar seperti India dan Filipina?

    http://www.nationmaster.com/graph/eco_pov_sha_of_all_poo_peo-poverty-share-all-poor-people

    http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow/243108.cms

  8. Salam Tuan Tokey dan Infiti,

    haha… saya dah agak dah respon ini. Terima kasih tuan Tokey atas informasi tersebut.

    Infiti,

    Cuba tenguk siapa yang memandang rendah kepada siapa?…..

    Tokey, ada beberapa perkara yang saya setuju dengan senario dan fenomena negara India seperti yang anda maksudkan. Betul, pendapatan perkapita India memang lebih rendah dari Malaysia etc… Walaubagaimanapun jangan memandang rendah kepada negara India… beberapa hari yang lalu saya terbaca satu majalah Newsweek (hehe mungkin bukan majalah akademik atau autoriti la… tapi saya suka baca jugak untuk bertukar-tukar pandangan dan idea)… dalam majalah ini mengatakan dijangkakan ekonomi India dan China akan menaik berbanding dengan negara-negara barat yang akan terus menurun akibat masalah ekonomi sekarang ini… saya pun tertanya2.. dan cuba mencari fakta.. dan akhirnya.. cuba tenguk… laman web ini..

    http://www.theodora.com/wfbcurrent/india/india_economy.html

    GDP India adalah sebanyak $2.965 trillion (2007 est.).. Waw!! banyak tu.. dah hampir menjangkau GDP Jepun tu….fakta2 lain termasuk lah jurang kemiskinan, garis kemiskinan, pendapatan perkapita… memang masih menjadi isu dan cabaran kepada negara India…. itu maksud saya jangan pandang rendah kepada negara India ini.. cuba tenguk GDP negara kita Malaysia?… berapa agak2..

    Dalam menghadapi kemelut krisis ekonomi global ini juga, dikatakan India sangat boleh bertahan berbanding dengan negara-negara maju yang lain…..

    Dan jangan juga terlalu memandang tinggi kepada negara Jepun, kerana negara Jepun adalah negara yang sangat terjejas sekarang akibat krisis ekonomi kerana negara tersebut sangat bergantung kepada perdagangan dan industri (hasil inovasi mereka juga) dan sangat terkesan dengan krisis ekonomi sekarang. Cuba tenguk laman web ini…

    http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20090408/tts-finance-economy-japan-7d7070a.html

    Cuba teliti kenyataan ini;

    There were also fresh signs of pain in the corporate sector. Japanese bankruptcies rose 14.1 percent in March to a six-year high, a survey showed.More than 1,500 companies collapsed with debts of 10 million yen or more each, Tokyo Shoko Research said.

    Kesimpulannya, kita memang tidak berhak memandang rendah mana-mana bangsa, agama, negara atau mana-mana budaya…

    Kita negara Malaysia, yang belum maju dan minta jauh-jauh sekali daripada mundur.. harus mengambil iktibar dari kedua-dua negara ini… sebab itu ingin sekali lagi saya tekankan…. ambil sejarah jadi iktibar… dan kita sama-sama cipta sejarah baru…. baru lah hebat namanya…

    Yang perlu kita buat adalah, apakah usaha kita dalam menaikan martabat bangsa, budaya dan negara. Saya tidak menolak terus penggunaan Bahasa Melayu dalam PPSMI, kalau tidak masakan saya beri beberapa cadangan saya untuk membantu perjuangan golongan yang penyokong PPSMI.

    Yang penting dalam pembelajaran Matematik dan Sains (pada anggapan saya), adalah bagaimana pengajaran itu disampaikan, kaedah penulisan, buku rujukan, isi kandungan samada menarik minat pelajar atau tidak dan banyak faktor lagi.. bahasa bukan isu yang besar… kalaulah Sains dan Matemetik itu disampaikan dalam bahasa Melayu itu lagi terbelit, berpusing-pusing (tak tahu apa objektif yang nak disampaikan), penghuraian yang tidak jelas dan lain-lain lagi… baik tak payah guna bahasa Melayu… guna sahajalah bahasa Inggeris kan lagi mudah… itu maksud saya… Wallahualam..

  9. Puan Ummuzulqarnains,

    Kita bercakap mengenai PPSMI dan kesannnya terhadap masa depan anak-anak kita supaya kita tidak mewarisi kebodohan yang dibuat oleh negara-negara mundur yang juga membuat PPSMI, BUKANNYA masalah ekonomi dunia masa kini.

    Membandingkan India dari segi GDP tidak membawa maksud mereka berjaya membangunkan negara mereka. Ibarat membandingkan jiran sebelah rumah yang mempunyai keluarga 10 orang bekerja dan sebuah keluarga lagi mempunyai 2 ahli keluarga yang bekerja tentu pendapatan kasar isi rumah 10 orang bekerja lebih besar.

    Sila lihat pautan ini

    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)

    Adakah Swistzerland, Norway, Sweden termasuk negara miskin kerana GDP nya rendah dari India??

    Sekali lagi anda membuat perbandingan yang salah. Membandingkan kerugian berbillion USD syarikat Jepun samalah seperti membandingkan kerugian seorang pegawai yang bermain saham dengan jutawan yang bermain saham. Memanglah besar jumlah kerugian Jepun yang memiliki beribu syarikat MNC dengan negara yang mempunya tidak mempunyai syarikat besar. Jika itu logik anda, Zimbabwe lebih baik pengurusan ekonominya kerana tiada kerugian dicatatkan berbanding Jepun.

    Perbandingan negara India, Filipina dan negara mundur yang membuat PPSMI bukannya dengan niat untuk menghina. Cumanya menjadi peringatan supaya tidak melakukan KESALAHAN dalam membangunkan negara kita. Mereka bereksperimen beratus dan puluhan tahun dengan BI tapi masih berstatus negara PARIAH. Jadi tiada isu menghina bangsa, agama, negara atau mana-mana budaya.

    Bercakap tentang sejarah, cuba fikir sejenak. Bangsa apa yang maju dengan bahasa asing? Bawa contoh untuk sama-sama kita lihat pencapaian mereka.

    Saya amat TIDAK bersetuju kenyataan ini

    ” kalaulah Sains dan Matemetik itu disampaikan dalam bahasa Melayu itu lagi terbelit, berpusing-pusing (tak tahu apa objektif yang nak disampaikan), penghuraian yang tidak jelas dan lain-lain lagi… baik tak payah guna bahasa Melayu… guna sahajalah bahasa Inggeris kan lagi mudah… itu maksud saya”

    Kajian mana yang mengatakan jika Sains dan Matemetik itu disampaikan dalam bahasa Melayu itu lagi terbelit, berpusing-pusing?? Ini adalah kenyataan peribadi tanpa sebarang rasa tanggungjawab.

    Logiknya samalah seperti mengajar hukum tajwid dalam bahasa Melayu kepada anak-anak seawal 7 tahun lagi terbelit, berpusing-pusing (tak tahu apa objektif yang nak disampaikan), penghuraian yang tidak jelas dan lain-lain lagi… baik tak payah guna bahasa Melayu… guna sahajalah bahasa Arab kan lagi mudah…

    Sama saja Pn. Ummuzulqarnains, kerja sia-sia, buang masa dan jahil namanya.

  10. Salam Tuan Tokey,

    Hem, betul, saya setuju dengan pendapat anda yang mengatakan saya tidak membawa perbandingan yang setara dalam membincangkan isu PPSMI. Saya cuma mahu membuka mata saudara/saudari Infiti… untuk melihat sejauhmana andaian beliau terhadap saya dalam merendahkan golongan bijak pandai sains tanpa penguasaan BI. Juga saya ingin meredakan kutukan saudara dalam menggunakan bahasa2 yang (pada pandangan saya tidak seharusnya dikeluarkan oleh anda (saya kira saudara/saudari tokey dari golongan bijak pandai juga)…perkataan ‘dikulikan’ ‘BURUH MURAH’dan ‘bodoh’ tidak saya senangi.. kerana kita tidak berada di negara mereka, saya kira mereka juga tiada pilihan selain diperlakukan (kalau itu yang saudara maksudkan)….

    Maksud saya, kita harus menimbangkan yang mana prioriti dan yang mana bukan keutamaan dll…

    Sekali lagi saya ingin anjakkan pandangan yang saya utarakan….. (iaitu bahagian yang saudara tinggalkan).. iaitu…

    “Yang penting dalam pembelajaran Matematik dan Sains (pada anggapan saya), adalah bagaimana pengajaran itu disampaikan, kaedah penulisan, buku rujukan, isi kandungan samada menarik minat pelajar atau tidak dan banyak faktor lagi.. bahasa bukan isu yang besar… kalaulah Sains dan Matemetik itu disampaikan dalam bahasa Melayu itu lagi terbelit, berpusing-pusing (tak tahu apa objektif yang nak disampaikan), penghuraian yang tidak jelas dan lain-lain lagi… baik tak payah guna bahasa Melayu… guna sahajalah bahasa Inggeris kan lagi mudah… itu maksud saya…”

    Saya melihat, kaedah pengajaran matematik dan sains sekarang ini sangat menarik….malahan dengan B.Inggeris, guru menekankan istilah yang sering kita abaikan semasa kita belajar dulu… contoh yang paling mudah, anak saya belajar matematik tahun 3… penekananan one, ten, hundred dan thousand… anak saya ditekankan dengan konsep nilai ini…cara pengiraan juga mengambil kira kedudukan nilai… kefahaman ini membuatkan anak saya belajar matematik dengan minat… masa zaman kita belajar ada juga didedahkan dengan sa, puluh, ratus dan ribu… tapi sebab diajar dalam bahasa Melayu… penekanan nilai ini tidak ditekankan… malahan terus kepada kaedah ‘drilling’ .. malah masa saya belajar dulu, ada guru yang masuk kelas terus suruh salin soalan suruh pelajar terus jawab dan pastikan kelas berada dalam keadaan senyap dll….hem… tak pe saya tak salahkan guru saya yang lalu… kalau tidak, mungkin ianya tidak menuntut saya untuk merujuk pada rakan saya yang lebih bijak dari saya untuk membantu memahamkan saya bagaimana nak menyelesaikan masalah kiraan matematik tersebut….(al-maklum saya memang kurang bijak dalam matematik… itu saya akui)…

    cuba rujuk buku teks dan buku latihan yang ada disekolah sekarang, sangat menarik dan strategi pengajarannya juga lebih sistematik…. jadi, cadangan saya kalau kita nak kembali kepada pengajaran dalam B. Melayu, buku teks dan buku latihan perlu juga dibuat dalam bentuk yang baru dengan pendekatan terkini untuk lebih menarik minat pelajar (dan yang paling penting, pengarang buku dalam B.M itu perlu tahu kelemahan buku yang sedia ada dan kelemahan itu perlu diatasi segera) (maksud saya bukan masalah bahasa)…… saya tidak mahu kalau PPSMI dimansuhkan… kerajaan atau yang berwajib.. hanya menterjemahkan buku yang sedia ada kepada BM… kerana kalau itu berlaku… proses penterjemahan mungkin ambil masa 1-2 tahun ini… akan mengabaikan kesinambungan proses penilaian keberkesanan kaedah P&P, isi kandungan buku, alat bantu mengajar sedia ada dll… kerana.. kalau kita asyik memikirkan hanya menukarkan atau terjemahan buku dari BI ke BM… itu bukan suatu usaha yang menambah nilai, tetapi membantutkan usaha menaik taraf… kerana dunia berjalan begitu pantas, kita tidak dapat menyekat proses modenisasi… dan saya juga tidak mahu kita sering tukar sana tukar sini, seperi yang sering berlaku dalam bidang pendidikan… yang jadi mangsa adalah pelajar dan ibubapa juga turut pening dengan pertukaran yang tak henti-henti ini….

    Hem… agak2 tak boleh sangat ajar dalam BI… ajar sahajalah dalam B.M (buku, ABM dll masih dikekalkan dan disokong lagi dengan latihan2 dari kaedah dan buku rujukan terkini. dalam internet juga ada banyak contoh aktiviti dan latihan terkini)… tak salah kan?…

    hukum tajwid, memang diajar dalam bahasa Melayu, tapi buku / pengajian utamanya adalah bacaan al-Quran kan?… bahasa al-Quran tetap dalam bahasa Arab.. malahan tidak boleh ditukarkan bahasapun.. kan?

    Jadik, tergantung.. buku rujukan utama sains dan matematik ini yang utama dalam bahasa apa?… kalau kebanyakan buku sains dan matematik dengan kaedah yang lebih sistematik, berkesan dan menarik ini kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris, tak salah kan kalau kita terus ajar dalam B.I, tak begitu?…perlu diingat.. mengajar murid zaman sekarang tidak semudah mengajar murid zaman dulu… dulu silibus tidak sebanyak ini… kita masih boleh bertahan dan ‘survive’ dengan kaedah ‘drilling’ dll… sekarang silibus sekarang semakin tinggi, pelajar perlu menguasai banyak konsep asas dan pendedahan perlu lebih realistik… para pelajar dari golongan mampu, dan berada didedahkan dengan pelbagai teknik, kaedah yang senang diperolehi dari internet, astro, discovery chanel, encyclopedia, malahan ibu bapa mereka mampu membawa melawat tempat2 menarik dan ini membantu simulasi pemikiran anak-anak mereka dengan lebih baik, lebih ke hadapan, lebih bijak dan lebih ‘open minded’… pelajar yang kurang mampu, kurang didedahkan dengan perkara2 diatas, kurang dicabar mindanya, dan pelbagai kekurangan lagi… termasuk dibuai mimpi enak dlll……..

    Nak kata belajar B. Melayu lebih senang pun saya tak boleh jamin lagi… kerana kalau ikut pengalaman saya belajar mata pelajaran bahasa Melayu lah yang paling susah berbanding belajar bahasa Arab dan subjek2 lain… dah la kaedah tatabahasanya asyik bertukar… nak menyusun kata juga amat payah… sehinggakan untuk skor subjek B.M (melalui pengalaman sayalah… yang tak berapa pandai ini)… saya terpaksa menghafal beberapa karangan dan lain2 lagi … sebab saya asyik dapat markah rendah sahaja untuk subjek BM masa sekolah dulu.. (hem… cabaran sungguh belajar BM masa dulu)….

    itu pendapat saya saja lah.. saya pasti Tuan Tokey… dan lain-lain tidak setuju dengan pendapat saya… tapi saya mohon selepas ini..tak perlu lah tujukan respon anda atas nama saya.. sebab saya dah tak larat nak respon balik… kerana saya juga ada keutamaan yang patut saya dahulukan selain membalas respon dalam blog Kesturi ini…saya kena balik kepada kerja utama saya… hehehehee kena siapkan thesis saya… kalau tidak, susah saya nak ‘grade on time’… Wallahualam…

  11. Ups sorry…. tersilap…. “graduate on time”…

  12. Wacana

    Salam,

    membetulkan pandangan/pendapat ummuzulqarnains,

    secara realiti bahasa pasaran kerja sekarang telah diungguli oleh bahasa Cina. kedua kepada bahasa inggeris dan ketiga baru bahasa Malaysia. Tak perlu buat statistik atau aritmetik canggih untuk hal ini, cuba buka surat khabar inggeris dan lihat bagian iklan pekerjaan.

    Belajar sains dan matematik dalam bahasa cina ok tak?

  13. Ummuzulqarnains,

    Dalam belajar Sains/Maths bukan setakat menghafal istillah. Di sebalik istillah ada KONSEP yang perlu DIFAHAMI .Belajar Sains ialah belajar fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum yang memerlukan penguasaan bahasa.

    FOTOSINTESIS sebagai contoh, bagaimana guru ingin menerangkan KONSEP tersebut pada anak-anak dalam BI pada anak-anak orang Melayu daif di Baling, Kedah??? Yang pentingnya anak-anak kita FAHAM KONSEP itu. Bila faham, ada asas pergi Jepun,Korea, perancis tak ada masalah. Istillah perkara kecil. JIka setakat hafal kosa kata, bagi buku glossary (daftar kata) suruh jadi burung kakak tua hafal istillah sampai berbuih mulut pun tak tentu boleh selesaikan masalah Sains/Maths.

    PPSMI adalah tentang penggunaan bahasa BUKANNYA mengenai cara penyampaian menarik atau pun tidak. Jika menarik sekali cara penyampaian TETAPI dalam bahasa yang tidak dihahami apa faedahnya? Majoriti yang tidak mendapat faedahnya adalah anak Melayu luar bandar.

    Samalah seperti kita tengok cerita cereka dari Perancis tanpa sarikata, apa faedahnya walaupun lakonannya hebat tapi kita sebagai penonton tidak memahami sepatah pun perkataan Perancis. Letak kedudukan anda pada anak-anak luar bandar yang mempelajari KONSEP FOTOSINTESIS dalam BI. Apa mereka FAHAM? Itu persoalannya.

    Tentang silibus Sains/Maths semakin tinggi , itu hanya pendapat peribadi anda. Apa yang anak-anak kita belajar konsep Sains/Maths dari sekolah rendah hingga menengah adalah ASAS semata-mata. KONSEP one, ten, hundred dan thousand telah ujud beratus tahun dan kekal sehingga sekarang.

    Konsep Fizik, Kimia, Maths, Biologi yang dipelajari pada peringkat ini telah kekal tidak berubah. Tiada ada apa-apa pembaharuan lagi. INI ADALAH ASAS. Perlunya sekarang pelajar ini dikuatkan asas ilmu ini, bukannya menambah beban untuk memahami dengan BI. Bila asas mereka kuat mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah walaupun istillah Sains/Maths dalam bahasa German, Perancis, Korea kerana asas itu telah ada.

    Kita bercakap berkenaan kewajaran Bahasa Melayu perlu digunakan anda bercakap berkenaan persembahan buku, pengalaman anak, pengalaman peribadi belajar BM. Saya tak faham logik anda, buku Maths/Sains BM kurang menarik , buku BI lebih menarik? Jika persembahan buku yang digusarkan, ubah saja persembahan buku itu bukannya dengan membuat PPSMI. Analogi cerita Perancis tadi, persembahan hebat tapi sepatah pun tak tahu. Kerja sia-sia dan buang masa.

    Anak-anak seawal 7 tahun tak baca buku rujukan utama sains dan matematik. 32 tahun BM digunakan ada masalah nak memahami ASAS SAINS/MATHS sa, puluh, ratus dan ribu, mamalia, ikan, burung hingga perlu buat rujukan? Rujukan itu dibuat apabila mereka memjejak kaki ke UNI. Maksudnya paling kurang mereka berusia 18 tahun, sudah ada asas ilmu, asas BI jadi tidak ada masalah untuk membuat rujukan.

    Hukum tajwid, memang diajar dalam bahasa Melayu kerana yang datang belajar itu orang Melayu, maka lebih mudah diajar, diterangkan dan dijelaskan dalam bahasa Melayu. Jika diajar, diterangkan dan dijelaskan dalam bahasa Arab akan tinggal Tuan Ustaz dan tiang masjid saja kerana jemaah semua cabut lari kerana tidak FAHAM.

    PPSMI pun 2×5 dengan hukum tajwid diajar dalam Bahasa Arab. Untungnya hanya golongan minioriti, ruginya golongan majoriti sebab kekangan bahasa. Wajarkah Sains/Maths dalam BI seawal 7 tahun persekolahan?

    Cerita sedikit kaedah tatabahasa BM yang asyik bertukar? Saya nak tahu juga. Saya dari sekolah asrama penuh, BM wajib dapat 1 pada zaman saya 🙂

  14. Hem… boleh diterima kerasionalan nyer….

    Kita berdua, walaupun mempunyai pandangan berbeza, namun apa yang saya dapat simpulkan..matlamatnya sama untuk memberi kebaikan kepada semua…

    Saya rasa ada titik persamaan yang boleh dimanfaatkan antara perbezaan pendapat antara kita berdua…. sayang nya kita bukan pembuat dasar kan?… so pendapat memang tinggal pendapat sahaja lah….

    Anda pertikaikan hujah saya menggunakan pengalaman saya dll?…. itu yang saya harungi dan apa yang saya dapat dalam mengharungi kehidupan didunia (yang sungguh tidak adil ini, kalau saya boleh simpulkan)… saya tidak pandai mewakili mana-mana pihak kerana pengalaman mungkin berbeza….saya juga tidak tahu pengalaman orang kampung di Baling Kedah… so, itu juga pengalaman saudara kan?… sebab itu saudara berhujah dan membicarakan bagi pihak mereka kan?…

    Anda sebenarnya bertuah kerana selain mendapat pengalaman belajar dari sekolah asrama penuh, anda juga ternyata bijak kerana dapat skor BM dapat 1… saya berbeza, saya mendapat pengalaman belajar di pendalaman Sabah (bukan setakat kampung tau… tapi pendalaman lagi… kalau nak dibayangkan macam long pasia la jugak)…. yang serba serbi kekurangan…. tapi kami bersyukur kerana dapat guru-guru yang hebat… walau dalam kekurangan guru-guru kami tetap memberi semangat dam motivasi yang tinggi.. masa saya kecil dulu… impian saya adalah untuk bersekolah di bandar, dan Alhamdulillah dengan skor yang baik juga dalam bidang agama saya dapat sekolah di bandar… dulu zaman saya pengajian Agama itu cukup asing, dan tak ramai yang menceburinya, dan kalau di Sabah, pengajian Agama juga banyak membuka minda kami untuk pergi keluar ke bandar… dll…pelajar lain ada yang memilih bidang sains juga (tapi macam tak ramai masa zaman saya dulu)…

    Namun, sekolah agama / Arab di bandar di tengah kota Kinabalu (kurang fasiliti dan makmal sains pula)… so saya tingkatan 1 dan 2, tidak pernah masuk makmal… semuanya dilakukan dengan imaginasi (bagus jugak kut sebab tu imaginasi saya tinggi jugak)… kami juga guna banyak buku rujukan…. (sebab tu saya tak faham bila Tokey kata belajar sains dan matematik tak perlu buku rujukan)…tapi kelebihan saya masa itu.. sekolah saya walaupun mengajar beberapa matapelajaran dalam bahasa Arab, tapi kami berkomunikasi dengan Bahasa Arab sesama pelajar dan guru dengan baik (masa itu kami tak fikir Bahasa Arab akan jadi popular macam sekarang, malah B.Arab tidak sangat popular masa dulu… mengimbas pengalaman itu… ianya menginagatkan kedudukan B.Inggeris zaman sekarang…. mungkin akan lebih penting dan popular di zaman akan datang)….

    Bila saya bertukar ke sekolah di Semenanjung….. saya dapat pengalaman berbeza…. nampaknya saya sedikit dipandang rendah hanya kerana saya orang Sabah, malah mereka memanggil Sabah itu sebagai Borneo, dan Semenanjung sebagai Malaysia…. (dalam kes ini saya bersyukur walaupun saya belajar tanpa makmal sains, tapi minda saya tidak lah ‘tertutup’ macam orang di semenanjung, dan sekarang baru saya dapat rasakan bahawa guru-guru saya berjuang dengan hebat sekali untuk membuka minda kami para pelajar dari Sabah)….

    Bercakap balik pada PPSMI, mungkin saudara rasa para pelajar kecil hanya perlu belajar asas dan tak perlu buku rujukan yang menarik dll…. tahukah saudara bahawa kanak-kanak sekarang terdedah dengan pelbagai maklumat yang dapat diperolehi dengan mudah dan pelbagai?.. memang mereka perlu menguasai konsep, namun kita juga perlu menyokong semua konsep itu dengan rujukan yang pelbagai untuk membuka minda mereka, jadiknya tidak lah mereka belajar dalam suasana yang terlalu jumud, bosan dll…..itu tidak termasuk keghairahan para ibubapa untuk tekankan supaya dapat A dalam semua matapelajaran kepada anak-anak… (kesian mereka, belajar itu suatu penyeksaan bukan keseronokan)…. sebab itu saya ingin tekankan kalau boleh kita tingkatkan dan menambah nilai pengajaran dan persembahan matapelajaran sains dan matematik…. supaya generasi berilmu boleh dipupuk sedari kecil lagi….

    Kalau BM yang anda gusarkan… tingkatkanlah kualiti pembelajaran BM di sekolah, saya masih ingat lagi.. dulu belajar BM kami keliru antara… Mengandungkan XXXX atau mengandungi XXXX… cuba tenguk kemudahan untuk mendapatkan vocabulary B.I, anda hanya perlu taip apa-apa perkataan dalam microsoft word …. contohnya perkataan (Accept) anda hanya perlu ‘click’ mouse sebelah kanan kemudian ‘click’ synonyms , dan anda akan dapat beberapa perkataan yang synonyms dengan accept itu iaitu (believe, recognize, agree to, admit, acknowledge, understand, allow) kan ke mudah….so saranan saya … nak tingkatkan kualiti BM, buat la software atau kemudahan serupa dengan ini, saya pasti.. BM kita akan berada pada tahap yang paling tinggi…… pada saya kemahiran berbahasa Melayu kita memang masih lemah lagi… sebab kita kurang memahirkan diri dengan menggunakan kosa kata yang pelbagai sebab itu dalam penulisan kita kita kerap menggunakan kosa kata yang sering berulang…. Cabaran saya… Wahai pejuang Bahasa, buat la sesuatu untuk meningkatkan penguasaan BM rakyat Malaysia…. jangan dikacau Matematik dan Sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris sekarang ni….

    Untuk pengetahuan, saya bukan dari kategori orang senang, malahan sekarang ni pun saya hanya mampu tinggal di pangsapuri bertingkat-tingkat… dan sini kebayakannya penduduknya adalah orang Melayu….. walaupun mereka bukan kategori golongan senang tapi saya kagumi mereka kerana mereka sanggup bekerja teruk untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka… sudah pasti, tiada yang mampu untuk menghantar anak ke sekolah Anatarabangsa atau sekolah swasta yang canggih kemudahan pembelajarannya, namun dengan pengajaran sains dan matematik dalam BI, sekurang2nya mereka rasa sudah sedikit lega untuk menyiapkan anak-anak mereka mendepani cabaran dunia global dihari muka…

    Kalau ada pejuang / ahli politik tak kira pembangkang atau pro kerajaan yang mengatakan Orang Melayu sudah boleh mandiri tanpa bantuan dan kemudahan…. tolong hentikan pandangan itu…. saya berani berdiri mengatakan…. Orang Melayu masih perlukan bantuan, sekurang-kurangnya dari segi pendidikan, tolong buka minda Orang Melayu untuk lebih kehadapan…. jangan terus mengkritik, kerana mengkritik itu tidak membina, kalau saya boleh sarankan… beri kemudahan dan access yang baik di sekolah-sekolah luar bandar, kampung-kampung, malah dibandar juga ada ramai pelajar melayu yang ketinggalan dalam mengecap kemudahan informasi dan pengetahuan… jangan tunduk dengan suara-suara yang mahukan kemunduran atau kalau boleh saya katakan “pandang belakang”… cukuplah pengalaman saya untuk dijadikan iktibar….. kalau anda orang Melayu diluar sana sudah cukup senang… ada banyak lagi Orang Melayu yang masih berjuang untuk kemajuan ahli keluarga masing-masing.. dan jangan lupa.. bukan nasib orang Melayu dikampung dan luar bandar sahaja perlu dibela… Orang Melayu di bandar ini lagi banyak keciciran, dek tiada pilihan ibu bapa yang kena bekerja bertungkus lumus mencari rezeki…(so, peranan guru sangat penting untuk membina anak bangsa)… dan perlu diingat.. Orang Melayu di bandar hanya ada sekangkang kera tanah yang dikongsi bersama puluhan keluarga yang lain, kerana Orang Melayu di Bandar hanya mampu beli rumah yang bertingkat-tingkat… itupun dipinggir-pinggir bandar… siapa yang menguasai tanah-tanah di bandar2 besar?… WalluhaAllam.. kalaupun harta sudah kita tidak punya, jangan lah disekat pula penguasaan ilmu untu keperluan dan warisan anak bangsa dimasa hadapan… saya mungkin bersikap pentingkan diri dan keluarga, namun itu sahaja yang mampu saya buat untuk anak-anak saya…. saya memang tidak mampu bercakap berapi2 atau retorik macam ahli Politik sekarang, malahan pergi ber’demo’ itu jauh sekali…. saya tidak mahu dedahkan anak saya dengan perasaan tidak puas hati… biarkan saya mendidik anak saya dalam dunia saya sendiri, dengan hikmah dan sifat keIslaman Yang Hebat InsyaAllah…..

    Wahai Umat Melayu, Umat Islam dan Umat Malaysia, bersatu dan bermujahadah (konsisten) lah… tidak sanggup lagi saya membaca dan melihat perpecahan pendapat yang takut2 merosakkan negara, dan bumi…ambillah pengajaran negara jiran sebagai sempadan… Wallahuallam… (saya ni dah mungkir janji pada diri sendiri… konon2 tak nak respon lagi dalam blog ini.. tapi tah la… rasa geram dan terpanggil juga untuk menulis…)

  15. kura mandi

    ummuzulqarnains sepatutnya baca tulisan “ada apa pada bahasa melayu.” mungkin dari tulisan tersebut dia akan lebih tulus lagi jiwanya demi memartabatkan bangsanya sendiri.

  16. Wacana

    Salam untuk ummuzulqarnains,

    pengalam yang berbeza membentuk manusia yang berbeza. namun matlamat asas atau falsafah yang asas tetap sama-dalam kes ini kita sebagai orang islam mempunyai matlamat yang sama sebenarnya dari segi teras.

    saya terpanggil juga dengan kisah-kisah anda yang diceritakan. saya juga menginsafi segala pengalaman anda.

    berbalik kepada asas persoalan yang diutarakan. bahasa melayu ni relatifnya masih baru diberikan hak dan keudukannya yang tinggi dalam negara ni. ia telah dinafikan selama beratus tahun akibat penjajahan. maka perkembangannya telah terbantut. usaha untuk mengembalikan maruah bahasa ini juga sebenarnya telah ditentang walaupun kita telah merdeka pada tahun 1960-an dan 70-an. tahukah anda bahawa berapa ramai pegawai tinggi kerajaan, ahli politik, ahli profesional termasuk pensyarah yang tidak bersetuju bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar rasmi kerajaan dalam era 70-an. tahukah anda bahawa bahasa melayu ni tak dianggap sebagai berkebolehan dan cukup kuat untuk dijadikan bahasa pengantar.

    cabaran bahasa melayu ni sangat besar dan beranjau untuk sampai kepada tahapnya sekarang. mungkin masyarakat tidak memahaminya kerana sejarah perkembangan bahasa ni sejak tahun 1950-an tidak banyak diketahui. kisah keberanian 13/15 peguam menghujahkan kekuatan bahasa melayu pada tahun 1960-an dan 70-an kepada parlimen juga tak ramai yang tahu.

    akhirnya satu demi satu kejayaan atau tanda kepada perkembangan bahasa ni dilihat antaranya DBP, UKM dan pengajaran semua kursus dalam bahasa melayu di universiti awam. ini bermakna bahasa ini masih baru diletakkan pada tahap dan kedudukannya untuk berkembang. jika berlaku kekeliruan atau perbezaan dalam konteks bahasa itu sendiri bermakna itulah tanda-tanda perkembangan bahasa itu (bahasa ibunda saya dan anda semua).

    maka apabila timbul isu PPSMI saya merasa amat pelik dan takjub dengan segolongan ahli masyarakat yang beria-ia menyokongnya. Adakah penyokong PPSMI bermaksud untuk membunuh perkembangan bahasa Melayu dalam bidang sains dan matematik?

  17. Salam Wacana,

    Hem… sangat menarik, hujah anda….

    Namun, sepanjang pengetahuan saya… daripada saya sekolah rendah sehingga ke Universiti memangpun sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu kan?…hanya apabila saya grad tahun 1999,… masa tu saya ingat lagi… saya dalam program sistem penggal grad sekali dengan sistem semester… bayangkan tahun yang sama (dah la masa tu kemelesetan ekonomi ada 2 bagde yang grad dalam tahun yang sama?)..kami ‘strugle’ mencari pekerjaan dalam pasaran yang sangat terhad di Malaysia ini…. huh….menyedari kelemahan saya dalam B.I, setelah itu saya mahirkan skill berbahasa Inggeris dengan membeli CD bahasa Inggeris dan menghafaz baris-baris percakapan dan komunikasi dalam Bahasa Inggeris, kerana saya tahu… tanpa penguasaan B.Inggeris saya tidak dapat bersaing untuk memperolehi pekerjaan… akhirnya percaturan saya berjaya… sebab itu saya rasakan peripentingnya penguasaan B.I dikalangan orang Melayu, di samping bahasa-bahasa yang lain…

    Berkenaan bahasa pengantar dan bahasa rasmi kerajaan…. barulah saya faham……Patutlah penyokong mansuh PPSMI beria-ia hendak memansuhkan PPSMI, sayapun pelik jugak kenapa kolot sangat kah mereka ini sampai tidak boleh menerima keperluan sains dan matematik harus diajar dalam B.I… nak kata kolot, ramai pejuang mansuh PPSMI tu macam orang-orang terpelajar dan elit juga… saya rasa, saya ni tidak la hebat manapun.. tapi saya berfikir sebaliknya pula…….(kalau membaca hujah-hujah anda mengenai hak B.M tahun 60-70 an dan perjuangan peguam-peguan 13/15 seperti yang anda maksudkan)…. saya bagi sokongan 100%, teruslah berjuang….tapi itu tiada kaitan dengan matapelajaran sains dan matematik kan?….sebab saya rasa matapelajaran lain masih diajar dalam bahasa Melayu kan?….

    Saya sokong segala usaha untuk menaik tarafkan bahasa Melayu itu sendiri…. saya bukan menidakkan keupayaan bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik… cuma saya berfikir dan bertindak dengan keadaan dan realiti semasa… saya berani katakan yang bahasa Melayu masih lemah penguasaannya… itu suatu realiti… kalau orang nak marah saya marah lah… saya adalah orang yang tidak malu mengaku kelemahan sendiri… termasuklah bahasa Melayu, saya masih beranggapan bahasa Melayu masih lemah… dan kita Orang Melayu sendiri masih lemah menggunakan kosa kata bahasa Melayu itu sendiri… persoalannya di sini bagaimana kita harus menaikkan keupayaan bahasa Melayu tu sendiri?…. berpijaklah pada bumi yang nyata… jangan isikan saranan anda dengan andaian, fantasi (dan paling malang dengan caci-mencaci yang untuk membenarkan apa yang anda sarankan atau perjuangkan) … isilah saranan dengan ilmu dan fakta…cadangan saya… ada banyak cara untuk kita tingkatkan keupayaannya…

    1) bertuturlah bahasa Melayu standard dalam keluarga… asuh anak-anak bertutur bahasa Melayu rasmi bukan bahasa pasar… malahan B.M itu sendiri kalau ditutur dengan bahasa rasminya, ianya datang dengan kesopanan dan kesusilaaan… saya sendiri bercakap bahasa rasmi dengan anak-anak… biarlah orang lain gelakkan saya… tapi sedikit sebanyak saya berjuang memartabatkan B.M melalui pengamalannya dirumah…malahan saya kami rasa bangga bertutur dengan bahasa Melayu rasmi… lagak macam gaya elit-elit bangsawanpun ada jugak… kadang-kadang tu rasa kelakarpun ada…. saya dan suami tidak bercakap B.I pun dengan anak-anak, saya beranggapan B.I akan dapat dipelajari dengan mudah di sekolah atau melaui pembacaan mereka…Nah… bukan kah saya juga berjuang menaikkan martabat bahasa Melayu, bukankah begitu… kalau semua keluarga Melayu malaksanakannya… pendapat anda bagaimana?….

    2) Peranan Media elektronik, cetak dll… sebenarnya telah dibuat dengan jayanya pun…. anak-anak saya banyak terpengaruh dengan bahasa melayu yang hebat daripada rancangan kartun alih bahasa dan juga bual bicara kanak-kanak…. saya hargai sumbangan media ini…ianya banyak membantu menambah perbendaharaan dan kosa kata b.M anak-anak saya…

    3) Jangan pernah rasa tercabar dengan penggunaan B.I dalam sains dan matematik…kalau kita halang keperluannya sekarang… kita tidak tahu apa natijahnya untuk anak bangsa masa hadapan…. tolong la fikirkan masa depan anak-anak bangsa kita…. tapi kita juga tidak boleh berhenti usaha setakat itu sahaja…. usaha penterjemahan buku-buku aktiviti kanak-kanak sehingga dewasa…dalam subjek ini daripada B.I ke B.M perlu sentiasa diteruskan….. saya tidak tahu pendapat saudara/saudari wacana bagaimana … namun pendapat saya, adalah suatu realiti yang buku-buku dalam B.I lebih menarik persembahannya dan menarik minat pelajar dan anak-anak saya untuk terus membaca dan keinginan untuk mengetahui lebih mendalam berbanding dengan buku-buku dalam B.M. bukan tidak ada yang menarik tetapi sangat kurang boleh dikira dengan jari…..

    jadik usaha kearah ini perlu dipergiatkan….kalau penyokong mansuh PPSMI benar-benar ingin berjuang… anda harus sediakan wadah-wadah ini untuk santapan anak-anak kita untuk lebih kehadapan…. jangan tunggu kerajaan mansuh baru nak cipta / karang buku-buku seperti ini….. itu bukan berjuang namanya… kalau bukan subjek sains dan matematik, saya rasa ada banyak juga buku-buku dalam B.M contohnya buku-buku mengenai ekonomi peringkat pengajian Tinggi…yang telah diterjemahkan dalam B.M kan… saya akui saya banyak membeli buku-buku ini untuk menyokong kefahaman dan pengetahuan saya…. terima kasih DBP.. saya hargai sumbangan hebat mereka…. cuma buku-buku dalam sains dan matematik saya tidak berapa pasti….tapi yang pasti buku-buku sains dan matematik juga harus lebih kompetatif dan sama atau lebih tinggi nilainya berbanding yang dipersembahkan dalam B.I… dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi……pada saya berjuang bererti berusaha… bekerja dengan lebih gigih untuk membuktikan apa yang kita perjuangkan….

    Saya cuma tidak setuju dengan corak perjuangan golongan mansuh PPSMI dengan menanamkan semangat kebencian dan caci-mencaci… itu tidak sihat saudara… saya sangat sayangkan bangsa saya, saya tidak mahu bangsa saya berjuang berasaskan sikap benci-membenci dan caci-mancaci…lebih-lebih lagi cacian terhadap Tun Dr Mahathir…. saya bukan siapa-siapa dengan Tun Mahathirpun…. cuma saya mengenalinya berdasarkan pembacaan saya terhadap tulisan-tulisan beliau, dan ternyata tulisan beliau amat saya setuju dan kagumi… (beliau seorang pemikir yang hebat… itu harus saya akui…)… suatu ketika dulu saya pernah membenci secara membabi buta terhadap beliau,…. hanya kerana tohmahan dan cakap-cakap daripada rakan-rakan dan orang sekeliling… akhirnya saya fikir balik…. itu sangat tidak Islami… cara yang lebih Islami adalah menyelidik dengan ilmu, berdasarkan fakta dan analisa juga hanya fakta yang dipersembahkan…. kalau kebetulan fakta itu diselewengkan .. itu saya serah kepada budibicara Tuhan Yang Maha Mengetahui… saya tidak dapat mengawal ketidak telusan dan ketepatan fakta berdasarkan tangan-tangan manusia.. (yang penting saya menilai berdasarkan waras akal dan fakta yang saya terima, termasuklah pengalaman-pengalaman yang saya perolehi)…… hanya selepas itu, setelah saya mula membaca tulisan Tun M, dan saya dapat tanggapi pemikiran beliau (ternyata hebat pemikirannya… sekarang, cita-cita saya adalah untuk menjadi pemikir hebat sepertiTun M)…… Namun, saya setuju juga… ada masa Tun terlalu dianggap diktator… tapi sebenarnya silap Tun hanyalah beliau terlalu fokus terhadap matlamat beliau…(hahaha… golongan mansuh PPSMI juga apa kurangnya.. kerana terlalu fokus dengan perjuangan ini seakan-akan kalian juga bersikap diktator tanpa memikirkan pandangan dan hujah pihak yang bertentangan dengan anda kan? anda mungkin tidak sedar, tapi itu yang saya dapat berdasarkan pengalaman berbicara dengan golongan mansuh PPSMI ini….. hahahaa… saya simpulkan anda dan Tun Mahathir sama sahaja)…..dan mungkin penekanan Islami itu tidak Tun tekankan.. walaubagaimanapun saya tidak salahkan Tun… kerana bidang agama bukan bidang utama Tun… namun, beliau bercakap dan fokus dalam bidangnya iaitu berdasarkan pengalamannya yang luas sebagai bekas Perdana Menteri dan secara peribadi dalam bidang perubatan…. itu saya akui dan tidak saya sangkal……

    Janganlah takut, selagi kita menjunjung tinggi bahasa dan budaya tidak akan terhakis bahasa Melayu itu hanya kerana penekanan B.I dan Sains dan Matematik… sampai masanya nanti… kalau usaha kita sudah optimum, buku-buku rujukan yang pelbagai dan menarik senang didapati dalam B.M… akan secara sendirinya sains dan matematik itu kita guna dalam B.M… ups, satu lagi… sekali lagi saya berharap kalau boleh kita cipta kemudahan dan sistem ‘software’ yang dapat menyokong untuk memberi kemudahan kepada penguasaan B.M, seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini… saya yakin dan tidak syak lagi… B.M akan gah dipersada dunia.. insyaAllah…..Amin…

  18. Salam Ummuzulqarnains,

    Maaf saya hanya akan ulas isu PPSMI saja.

    Tentang buku rujukan, maksud saya anak-anak seawal 7 tahun hingga sekolah menengah TIDAK perlukan buku rujukan TERKINI dalam Sains/Maths DALAM BI kerana apa yang diajar diperingkat ini ADALAH ASAS. Semua ini telah ada buku rujukan dalam BM selama 32 tahun Sains/Maths diajar dalam BM.

    Cuba beri pada saya negara yang maju dengan PPSMI? Jika semua pandangan muluk-muluk, indah belaka untuk tujuan memajukan bangsa kenapa bangsa-bangsa ini TIDAK maju dengan BI. Pandangan rakyat Filipina/Sri Lanka/Jamaica/Nigeria sama saja seperti pandangan anda. Persoalannya kenapa mereka TIDAK maju seperti penutur Bahasa Ibunda?

    Cuba jangan kelirukan keperluan belajar BI. Orang kurang waras saja yang membantah pihak lain mempelajari BI. Anda lemah BI, belajarlah BI. Apa yang anda perlu fikirkan kenapa sampai graduate BI masih lemah! Bukannya buat PPSMI supaya pandai BI

    MASALAHNYA adalah KAEDAH, saya ulang KAEDAH belajar MATHS/SAINS dengan bahasa asing yang tidak dikuasai oleh kebanyakan anak-anak ADALAH SALAH . Nampak gaya saya terpaksa beri contoh UNESCO lagi, maaf pandangan UNESCO, Ungku Aziz lebih sah berbanding TUN yang membuat tanpa sebarang kajian dan pandangan pakar pendidikan seperti

    … it is important that every effort should be made to provide education in the mother tongue. …

    On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

    (UNESCO 1951:691)

    Jangan bandingan golongan mansuhkan PPSMI dengan Tun. Mereka berhujah dengan fakta, data, kajian, contoh. BERBEZA dengan hujah peribadi, cakap-cakap kosong. Kenapa Tun ikut PPSMI cara Nigeria, Bangladesh, Filipina masih menjadi misteri. Mungkin boleh jadi topik kajian Master, phd pada masa depan nanti.

    Anda cuba bangkitkan isu terjemahan. Daripada 5 billion peruntukkan untuk buat PPSMI selama 6 tahun jika sebanyak itu digunakan penterjemahan berpuluh ribu judul buku boleh diterjemah. Apa polisi kerajaan, keutamaan dan berapa peruntukkan untuk terjemahan?? Menyedihkan!

    Tentang perisian/software. Anda tidak jumpa BUKAN bermaksudnya tidak ada.

    http://www.tntsb.com/

    Wassalam

  19. Salam Tokey,

    Marah nampak?…. hahaha feed up ke?…. o.k lah saya mengalah dan anda betul…. jadik kita tutup perbincangan la kan… sebab kita dah capai kepada ‘conclusion’ kan?…

    perisian tu kena beli ke?…..kan best kalau DBP boleh bagi secara percuma untuk semua rakyat Malaysia.. itu baru betul berjuang untuk memartabatkan bahasa dengan berkorban sedikit kos…… heheheee..

    Saya ada satu laman sesawang free (saya doakan sapa yang ciptanya dikurniakan rezeki yang banyaklah… Amin)…… walaupun tidak begitu canggih… tapi sedikit sebanyak boleh la membantu…cuba ini…

    http://www.citcat.com/

    dia ada enjin menterjemah….dari BI ke BM juga dari BM ke BI…..cuba la mungkin boleh membantu….

    so, kita dah boleh jadi kawan kan?…. sharing idea turn to sharing information also… heheheeee….. kalau dapat face to face dengan Tokey nipun syok jugak yek?… asyik membaca pemikiran dan tulisan anda je kan… nak tau jugak fizikal dan wajah tokey….hahahaaa…(saya bayangkan kalau anda lelaki anda kacak dan kalau perempuan anda mesti cantik kan… tapi saya agak… mesti anda tak banyak cakap atau peramah…. heheheee… itu andaian saya)… saja je nak meredakan ketegangan anda atau perasaan ‘feed up’ anda tu kan…. hahahaaaaaaa…… hidup mesti ceria tokey… jangan stresss…

    ‘ but then’, tak nak lah ‘face to face’ fikrah kita berbeza nanti gaduh pulak hahahaaaa……..lagipun buang masa je… sayang nak tinggalkan meja dan internet ni… huhuhu…

    Wassalam

    Puan Fuadah Johari (ini nama sebenar saya)
    .. if you happen to see me anywhere or anytime, just say Salam or Hello with your nickname I would really appreciate it…… : )

  20. Uh ye lupa lak nak mention… bagus jugak cadangan Tokey tu kan… boleh buat kajian lepas ni kenapa Tun tekan kan PPSMI…. bagus cadangan tu….sayang saya dah buat dibidang lain… kalau tidak sekarang juga yang buat proposal… hehee… tak pe… saya peminat Tun.. habis PhD nanti saya mohon research grant.. untuk buat kajian pasal pemikiran Tun pulak… mudah-mudahan Allah lanjutkan usia Tun ye…. kalau Tun membaca tulisan ini…. tunggu saya habis belajar ye Tun… nanti saya jumpa Tun untuk kajian seterusnya ye…. heheheeee…..

  21. Wacana

    Ummuzulqarnains,

    saya bukan orang yang suka dengan segala jenis atau macam carut marut tu, saya suka berlapang dada dalam mencari kebenaran. kalau orang lain mencarut saya tak ikut dan tak mahu ikut. kita guna akal dalam mencari kebenaran.

    berbalik soal bahasa inggeris tu. saya fikir semua orang ada keperluan untuk bahasa inggeris ni. yang penting adalah kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa tersebut. itu yang paling penting iaitu betul tatabahasanya. tahapnya terpulang, ada yang tahap akademik ada tahap pekerjaan ada tahap sosial sahaja dan sebagainya. aspek penting dalam penguasaan bahasa adalah kebolehan membaca, bertutur dan menulis.

    jadi penyokong PPSMI ni kenapa la beria-ia sangat nak bahasa inggeris ni diajar bagi bidang sains dan matematik. rasionya kenapa bukan bidang sejarah, geografi, perakaunan, perdagangan dan sebagainya. Apa rasionalnya? kalau nak menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, tak cukupkah dengan hanya mengajar bahasa inggeris selama 11 tahun diperingkat sekolah campur 2/3 sem lagi jika diuniversiti awam? kenapa sains dan matematik?

    kalau ikut Tun mahathir dia kata bidang S dan M ni berkembang pesat sebab tiap hari ada kajian baru dan bidang ni pemangkin utama kepada perkembangan negara (dari banyak segi). dia kata kalau menguasai bidang sains dan matematik ni kita akan maju?

    Saya tertanya-tanya, bidang ekonomi, kewangan, perakaunan, pemasaran dan pengurusan itu pun adalah bidang yang kritikal dalam pembangunan negara (dari segi prakmatikny) – kenapa pula tun tak cadangkan bidang tu diajar dalam BI.

    Saya tak dapat berhujah panjang berkenaan aspek ni dalam had waktu ni. tapi fikirkan soalan ini. Jika PPSMI itu berjalan bermakna satu aspek dalam perkembangan bahasa melayu telah tergadai dan dibunuh secara langsung oleh penuturnya sendiri. Cuba tanya soalan ni kepada penyokong PPSMI, apakah nasib dan fungsi bahasa Melayu dalam bidang sains dan matematik 10 tahun dari sekarang – diperingkat sekolah, institusi vokasional, universiti dan industri.

    kuasailah bahasa inggeris melalui pengajaran bahasa inggeris itu sendiri, nasihat saya yang daif ini selalu baca bahan bacaan inggeris (tak kira bidang apa) dan rajin-rajinlah membaca kamus.

  22. Wacana

    Ummuzulqarnains,

    berbalik soal bahasa inggeris tu. saya fikir semua orang ada keperluan untuk bahasa inggeris ni. yang penting adalah kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa tersebut. itu yang paling penting iaitu betul tatabahasanya. tahapnya terpulang, ada yang tahap akademik ada tahap pekerjaan ada tahap sosial sahaja dan sebagainya. aspek penting dalam penguasaan bahasa adalah kebolehan membaca, bertutur dan menulis.

    jadi penyokong PPSMI ni kenapa la beria-ia sangat nak bahasa inggeris ni diajar bagi bidang sains dan matematik. rasionya kenapa bukan bidang sejarah, geografi, perakaunan, perdagangan dan sebagainya. Apa rasionalnya? kalau nak menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, tak cukupkah dengan hanya mengajar bahasa inggeris selama 11 tahun diperingkat sekolah campur 2/3 sem lagi jika diuniversiti awam? kenapa sains dan matematik?

    kalau ikut Tun mahathir dia kata bidang S dan M ni berkembang pesat sebab tiap hari ada kajian baru dan bidang ni pemangkin utama kepada perkembangan negara (dari banyak segi). dia kata kalau menguasai bidang sains dan matematik ni kita akan maju?

    Saya tertanya-tanya, bidang ekonomi, kewangan, perakaunan, pemasaran dan pengurusan itu pun adalah bidang yang kritikal dalam pembangunan negara (dari segi prakmatikny) – kenapa pula tun tak cadangkan bidang tu diajar dalam BI.

    Saya tak dapat berhujah panjang berkenaan aspek ni dalam had waktu ni. tapi fikirkan soalan ini. Jika PPSMI itu berjalan bermakna satu aspek dalam perkembangan bahasa melayu telah tergadai dan dibunuh secara langsung oleh penuturnya sendiri. Cuba tanya soalan ni kepada penyokong PPSMI, apakah nasib dan fungsi bahasa Melayu dalam bidang sains dan matematik 10 tahun dari sekarang – diperingkat sekolah, institusi vokasional, universiti dan industri.

    kuasailah bahasa inggeris melalui pengajaran bahasa inggeris itu sendiri, nasihat saya yang daif ini selalu baca bahan bacaan inggeris (tak kira bidang apa) dan rajin-rajinlah membaca kamus.

  23. Pn. Umi,

    Tak marah, cuma sinis sikit 🙂

    Maaf saya tak boleh bagi nama penuh saya, bila di”google” nanti akan keluar nama dan tempat kerja saya sekali. Saya seorang lelaki, tua dari Pn. Umi. Handsome tidak tapi manis tu adalah :).

    Posting ringkas kali ini, saya simpan dan ingin kongsikan.

    Saya turunkan kata-kata Prof Dr Mohd Yusof Haji Othman yang di petik dari kertas kerja beliau yang berjudul Penerbitan Akademik Dalam Bahasa Melayu, yang dibentangkan di Konvensyen Penerbitan Kebangsaan ke-2 anjuran DBP, 1999:

    Perihal dan hakikat bahasa

    * bahasa jiwa bangsa

    * bahasa membina budaya bangsa

    * bahasa membina kaedah berfikir bangsa

    * bahasa membina citra dan jatidiri bangsa dan negara

    * bahasa bukan sekadar alat komunkikasi, tetapi dalam bahasa ada harga diri

    * tiada satu bangsapun boleh bangun dengan citra bangsa lain

    * tiada satu bangsapun yang boleh bangun dengan acuan bangsa lain

    * tiada satu bangsapun yan boleh bangun dalam budaya bangsa lain

    * tiada satu bangsapun boleh bangun dengan perspektif bangsa lain

    * tiada satu bangsapun boleh bangun dengan cara berfikir bangsa lain

    * nilai budaya terdapat dalam berbahasa

    Dan Ingatlah !!

    * sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memajukan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk memundurkannya

    * sekiranya kita tidak merancang dan berusaha membangunkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk merobohkannya

    * sekiranya kita tidak merancang dan berusaha mendaulatkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk meminggirkannya

    * sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memartabatkan bahasa kita, kita sebenarnya meancang untuk menghinanya

    * sekiranya kita tidak merancang dan berusaha menggunakan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk menguburkannya

    Wassalam

  24. infiniti

    ummulzurqarnais,
    tak perlulah anda membuka minda saya.Saya adalah bekas pelajar dari Fachochschule Jerman dan sekarang menjadi jurutera walaupun hanya belajar sains dalam BM ketika di sekolah.Saya merantau ke seluruh dunia dan kenal dunia sains/Kejuruteraan jauh lebih baik dari kamu.

    India mampu menjadi maju kerana buruh tenaga yang ramai?Siapa pula yang beri kerja kepada mereka?Syarikat BMW?Sony?Ferrari?Microsoft?Oppss…oppss..nanti dulu!!!Bukankah pengasas Sony,BMW dan Microsoft kesemuanya belajar sains dalam bahasa ibunda masing2?Kelakarnya…jadi anda menyokong PPSMI untuk memudahkan kita menjadi hamba kepada syarikat negara lain?Adalah lebih baik jadi tuan dengan mencipta sendiri syarikat pelancongan angkasa di planet Marikh dengan mewajibkan BM sebagai syarat utama berbanding membekalkan tenaga buruh untuk syarikat negara asing!

    Ingat!Jika Jepun terjejas,maka Sony,Toshiba juga terjejas dan buruh2 India bolehlah diberikan sijil pengangguran kerana India bergantung kepada syarikat negara maju untuk hidup.Sebab itulah lebih baik buat teknologi sendiri dan ia hanya boleh dicapai melalui PPSMM,bukannya PPSMI.

  25. Jane Oluda

    Melalui kesukaran dan memerlukan bantuan kewangan untuk

    * pinjaman korporat
    * individu atau pinjaman peribadi
    * pinjaman perniagaan
    * pinjaman pendidikan

    Anda boleh menghubungi kami dengan email ini: janeoluda@outlook.com dengan maklumat di bawah untuk memproses permohonan anda untuk sekurang-kurangnya € 5000 kepada jumlah maksimum € 50000000 pada kadar 2% tanpa cagaran atau pemeriksaan keselamatan.

    * Nama:
    * Alamat:
    * negara:
    * telefon:
    * umur:
    * pekerjaan:
    * kedudukan diadakan di tempat kerja:
    * Jumlah pinjaman:
    * Tempoh pinjaman:
    * Tujuan pinjaman:
    * Pendapatan bulanan:

    Yang benar,
    Jane Oluda
    CEO / MD
    Rumah kewangan Jane Oluda (JOFH).

  26. zippora

    Adakah anda mencari perniagaan pinjaman, pinjaman peribadi, rumah pinjaman, kereta pinjaman, hutang hutang konsolidasi, pinjaman tanpa jaminan, usaha modal, dll … Atau jika Anda menolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan karena satu atau beberapa alasan. Anda berada di tempat yang sesuai untuk penyelesaian pinjaman anda! Saya adalah pemberi pinjaman peribadi, saya memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu dengan suku bunga rendah dan 1% yang layak. Manfaat. Silakan hubungi kami melalui surat: zippora.zimslenders@gmail.com

    DATA Peminjam S

    1) Nama Lengkap: ……………………………………… ……………..
    2) Alamat: ………………………………………. ………………………….
    3) Negara: ………………………………………. …………………………..
    4) Jenis Kelamin: ……………………………………… ……………………
    5) Status Perkawinan: ……………………………………… ……………..
    6) Pekerjaan: ………………………………………. …………………………
    7) Nombor Telefon: ……………………………………… ……………………
    8) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: …………………………………..
    9) Durasi: ………………………………………. ………………………………..
    10) Tujuan Pinjaman: ……………………………………… ………………..

 

----

Nota: Pengunjung yang ingin beri komen dimohon gunakan ejaan yang betul supaya tak mengelirukan pembaca. Untuk makluman, komen yang mengelirukan, tak jelas tujuan dan maklumatnya, atau ‘spam’, tidak akan disiarkan atau akan dipadam. Harap maklum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *