Kemaskini terbaru: December 22, 2008

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk September 2008

Tabii Kaedah Sains

Kaedah/metode sains ialah cara-cara seseorang sarjana memperoleh ilmu baru. Oleh itu kaedah sains ialah kaedah/metode penyelidikan/penelitian/riset sains. Caranya mungkin dianggap dapat digali daripada pengalaman seseorang ahli sains, seseorang pelajar yang berjaya, seseorang guru yang berjaya, dan menyelami tabii sesuatu ilmu sains itu. Jika demikian persoalan ini mungkin banyak tindanannya dengan epistemologi, falsafah ilmu, dan falsafah pendidikan ilmu.

[Baca teks penuh...]

Wacana Bahasa Ilmu

Dua unsur baru dalam wacana bahasa ilmu diketengahkan iaitu tahap sebenar bahasa Melayu sebelum abad ke-19 dalam sains dan teknologi dan peranan bahasa asal dalam penciptaan konsep dan teori sains semasa seperti dalam sains pengurusan yang dapat dikritik dan seterusnya dibina semula berasaskan etimologi dan simantik Melayu terhadap urus, pimpin, optimum, bunga/riba’ dan mudharabah; dan dalam Teori Einstein yang dibandingkan dengan konsep masa dan ruang Melayu, Inggeris, dan Jerman.

[Baca teks penuh...]

Bengkel Pengislaman Ekologi dan Kajian Alam Sekitar: Sejarah, Falsafah & Pelaksanaan

Bengkel selama dua hari tersebut dihadhiri oleh 23 peserta tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hj.Wan Mohamad bin Syeikh Abdul Aziz, di samping turut melibatkan pembentangan empat kertas kerja. Ini termasuklah kertas kerja dari Presiden ASASI sendiri, Prof Ir. Dr. Hj, Wan Ramli Wan Daud, dari Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTM, Prof. Dr. Zaini Ujang, AJK ASASI, Prof. Dr. Shahidan Radhiman, dan satu lagi juga dari AJK ASASI, Dr. Adi Setia.

[Baca teks penuh...]

‘Kedai Baru’ Menerusi Sains Alternatif

Sejumlah 20 orang peserta dari pelbagai latarbelakang ikhtisas telah menghadhiri Bengkel Pengislaman Ilmu 2008 yang dianjurkan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM baru-baru ini. Bengkel yang bertemakan Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif (Islam & Melayu) tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah ATMA, Prof. Dato. Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

[Baca teks penuh...]

Siapakah Melayu?

Ada banyak teori asal-usul bangsa. Melayu tidak terkecuali. Mereka yang yang terlibat dengan teori asal-usul manusia ialah agamawan, ahli mitologi, ahli biologi, ahli arkeologi, ahli sejarah, ahli antropologi dan ahli linguistik. Samalah dengan teori bangsa lain juga, semua teori asal-usul Melayu itu berlegar pada dua teori amnya, iaitu teori yang berasaskan kepada hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” dan satu lagi berasaskan pada peribumi atau azali. Sesuai dengan judul bab ini perkara yang

[Baca teks penuh...]

Kritikan Terhadap Mahathir Dalam Isu PPSMI

Dr. Mahathir memang berpegang pada makna “semangat kebangsaan” yang salah. Sesuatu dasar yang membelakangi bahasa B padanya tidak bertentangan dengan “semangat kebangsaan B” . Ini suatu pendirian yang aneh dan tidak akan berlaku di mana sahaja bangsa di dunia ini. Bayangkan B itu Perancis, Jerman, Inggeris atau Jepun dan sebagainya. (tetapi jangan bayangkan negara-negara di Afrika, India, Filipina, dsbnya; iaitu negara-negara yang parah terjajah dan mundur atau yang tidak layak menjadi model kemajuan)

[Baca teks penuh...]

Bengkel ASASI (II)

Memandangkan kepada sambutan yang agak baik terhadap Bengkel Pengislaman Ilmu yang diadakan baru-baru ini di ATMA, UKM, pihak ASASI sekali lagi akan menganjurkan bengkel yang sama sebagai kelangsungan sirinya. Bengkel yang dibuka kepada para mahasiswa, tutor, pensyarah serta mereka yang berminat. Butiran Bengkel Pengislaman Ilmu (II) ini adalah seperti berikut:

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1