Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk February 2009

Seminar Pemikiran Fizik Semasa

Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, permainan falsafah sains. Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden.

[Baca teks penuh...]

Kritikan Kedua Terhadap Mahathir Dalam Isu PPSMI

Apa pun “jawaban beliau” ini saya siarkan semula di bawah ini bagi memudahkan pembaca melihat konteks sangkalan balas saya satu persatunya pula. Bilangan bermula dengan 22 itu adalah bilangan asalnya kerana bilangan sebelumnya, bilangan 1 hingga 21, ialah jawaban beliau kepada perkara lain yang tiada kena mengena dengan PPSMI.

[Baca teks penuh...]

Pupus Bahasa

Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru.

[Baca teks penuh...]

Adi Setia: Sains Islam Membangun Harga Diri Muslim

Sains Islam sering disalah-ertikan. Kerap Sains Islam terwajah pada nama-nama universiti Islam yang dibangunkan, tapi kandungannya kosong dari makna Sains Islam yang dimaksudkan dari kacamata pelopornya. Meskipun antara Seyyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas masing-masing ada perbezaan perspektif tentang Sains Islam, tapi keduanya sepakat bahawa memang terdapat kelemahan dalam perspektif Sains Barat.

[Baca teks penuh...]

Seminar Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam

Perbahasan sains dan teknologi dalam tamadun Islam, di satu sisi, memang boleh menarik perhatian, terutamanya kepada mereka yang berminat untuk meneroka pengetahuan baru. Meskipun dewasa ini, pengetahuan yang terdapat di Barat cukup maju, namun sebahagian daripada asas-asas pengetahuan mereka sebenarnya merupakan pengaruh dari sumbangan yang terdapat dalam Tamadun Islam. Setakat ini, fakta ini tidak pernah dinafikan secara sistematik.

[Baca teks penuh...]

Seminar Mesej Umdat Al-Muhtajin Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili

Seminar bertemakan Seminar Mesej Umdat Al-Muhtajin Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili pada 12 hb Feb 2009 di Sudut Wacana, ATMA, UKM, merupakan kajian lanjutan dari Doktor Falsafah al-Fakir Mohd Syukri Yeoh Abdullah yang bertajuk Pemikiran Dakwah Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili.

[Baca teks penuh...]

Pencapaian SAKTI Melayu Malaysia 1958-2002

Akhir kata, perlu dijelaskan bahawa nasionalisme dan nasionalisme bahasa bukan fenomena yang terdapat hanya di kalangan bangsa yang sedang membangun atau di negara ‘Dunia Ketiga” sahaja, tetapi juga berlaku di negara Barat yang dikatakan sudah maju. Nasionalisme atau nasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atau etnisiti.

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1