Kemaskini terbaru: January 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk November 2010

Bengkel Perencanaan Pembangunan Intelek

Siri bengkel ini bertujuan menjana misi dan membentuk idea dalam melaksanakan agenda pembangunan masyarakat, melalui aplikasi dan pelaksanaan TMK di peringkat kebangsaan. Bengkel yang diadakan selama 2 hari menumpu kepada penjanaan dan penyatuan idea agar dapat membentuk satu kerangka kerja bersepadu dalam kalangan masyarakat dari pelbagai sektor terutama penyelidik, pendidik, ahli korporat dan sebagainya. Penglibatan pelbagai sektor ini diharap dapat menggabungkan tenaga dan idea dalam membantu membangunkan masyarakat.

[Baca teks penuh...]

ILMU FALAK: SATU PENEROKAAN

Ayat al-Qur’an yang pertama diwahyu kepada Rasulullah saw menyebut tentang iqra’ dan al-qalam, yakni merujuk kepada pembacaan dan pena. Kedua-dua kalimah menjadi simbol kepentingan ilmu dalam Islam. Iqra’ merujuk bacaan, kajian, analisis dan penyelidikan. Kajian sains dalam tamadun Islam bermaksud mengkaji keindahan hukum Ilahi yang ditakdirkan ke atas alam semesta, lalu bacaan dilakukan dengan nama Allah SWT. ”Bacalah dengan nama Tuhan-Mu” (al-`Alaq, 1). Paradigma Tauhid menjadi paradigma kajian sains tabii di kalangan saintis Muslim.

[Baca teks penuh...]

PEMBINAAN SAINS DAN TEKNOLOGI MELAYU

Pembinaan sains dan teknologi Melayu mengikut acuan semdiri adalah program utama pemeribumian ilmu (sebelum abad ke-21, pengIslaman ilmu) tajaan ASASI. Sains dan teknologi Melayu-Islam bukanlah sains dan teknologi Barat yang diamalkan oleh ahli sains dan teknologi Melayu kini tetapi sains dan teknologi yang berasaskan pada kerangka pemikiran Melayu-Islam itu sendiri mengikut pengertian teori paradigma Kuhn.

[Baca teks penuh...]

Batu Bersurat Terengganu: Perspektif Matematik

Kami memaparkan unsur-unsur matematik yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu abad ke-14 yang bertarikh 702 Hijrah, bersamaan tahun 1303 Masihi. Terdapat banyak unsur matematik yang boleh dikelaskan sebagai nombor kardinal dan nombor ordinal, waktu (hari, bulan dan tahun), unit timbangan dan unsur-unsur mantik. Kami cuba membincangkan unsur-unsur matematik tersebut dengan lebih mendalam.

[Baca teks penuh...]

Grafisejarah Falak Rumpun Melayu Melalui Kajian Teks Utama

Selepas kedatangan bangsa Eropah ke Alam Melayu, proses pendidikan di negeri Alam Melayu telah didominasi oleh sains Eropah. Proses ini telah memencilkan sama sekali etnosains dan sains yang bersumberkan Tamadun Islam yang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu. Salah satu aspek sains ini ialah ilmu falak sebagai cabang matematik.

[Baca teks penuh...]

Tiga Dasawarsa Pengalaman Menyembul Unsur Etnosains Matematik Rumpun Melayu

Etnomatematik di Malaysia secara tidak langsungnya bermulai pada tahun 1978 lagi, menerusi penubuhan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), yang memperjuangkan “sains Islam” dan “pengIslaman sains dan teknologi”, kerana sebab dan tujuannya, dalam suatu aspeknya, sama seperti yang berlaku pada terbitnya etnomatematica di Brazil tajaan D’Ambrosio 1975 (yang terbukti setakat ini) dan ethnomathematics di Amerika Syarikat (AS) menerusi penubuhan International Study Group on Ethnomathemtics dalam tahun 1985, di AS tajaan bersama D’Ambrosio.

[Baca teks penuh...]

Perkembangan Logik di India dan Pengaruhnya kepada Alam Melayu

Makalah ini bakal membincangkan perkembangan bidang pengetahuan yang digelar epistemologi dan logik di India, bukan sepertimana biasa membincangkannya di Greek, seolah-olah seluruh hal berkaitan bidang ini datangnya dari Greek. Sarjana-sarjana Barat baru sahaja mengiktiraf kewujudan bidang ini di India menerusi buku yang popular ditulis oleh Bochenski (1956), yang memaparkan sejarah perkembangan logik di Eropah/Barat, Islam dan India.

[Baca teks penuh...]

Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin

Buku ini cukup laris kerana cetakan pertamanya tahun 2007 yang bermakna sudah 7 kali ulang cetak dalam masa 3 tahun ini, iaitu suatu yang agak fenomenal dalam industri perbukuan di Malaysia. Tidak syak lagi satu daripada kunci utama larisnya buku ini ialah judul yang berbunyi cukup Islam… ada perkataan “Quran”, dan cukup moden … ada perkataan yang berhubung dengan sains, iaitu “saintifik”.

[Baca teks penuh...]

Rumah yang Berkembang: Pengajaran daripada Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu

Keluarga merupakan unit terkecil dari sebuah tamadun yang memegang peranan  penting dalam menentukan corak dan karakter sesebuah peradaban. Sebuah tamadun yang kuat hanya dapat lahir dari institusi-institusi keluarga yang kuat. Oleh kerana itu di dalam usaha memperkuatkan peradaban dan budaya Melayu kita perlu meneguhkan lagi sistem keluarga-keluarga yang ada pada masyarakat Melayu. Permasalahan yang paling …

[Baca teks penuh...]

Ulasan Buku Ary Ginanjar Augustian: ESQ 2008

Buku yang menjadi pegangan utama di dalam “ESQ Leadership Training” yang kontroversi itu disorot di sini mengikut sudut pengIslaman ilmu. Buku ini memang ada unsur pembinaan semula ilmu kepengurusan yang asli berasaskan prinsip Islam setelah sedikit kritikan (dan kurang memuaskan) dilakukan terhadap teori EQ dan ES Barat.

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1