Mengikut laporan di 2nd European High Education Fair 2010 (Internet 1), di Indonesia ada 3,441 buah institusi pendidikan tinggi (IPT) swasta dan awam (IPTS dan IPTA). Sumber lain (Internet 2) mengatakan ada sekitar 2 buah IPTS. Fadlil (2009) memetik data kementerian pendidikan Indonesia 2004 yang memberi 2,235 buah IPTS dan 81 buah IPTA, dan ini termasuklah 46 buah universiti awam dan 345 buah universiti swasta (IPT di Indonesia ialah akademi, politeknik, sekolah tinggi, institut dan universitas). Jumlah universiti yang kami peroleh menerusi internet
[Baca teks penuh...]
17 Jan 2011 |
Dimuatkan
admin |
Hebahan |
3 Ulasan
Seminar penting ini untuk diberi penekanan mengingat situasi semasa yang melanda bahasa Melayu di negara ini pada masa kini teramatlah menyedihkan. Suara-suara sinis yang sering sahaja kedengaran mengenai kemampuan bahasa Melayu dalam mendepani arus modeniti dan sebagai bahasa ilmu. Andaian yang dapat ditabir mengenai hal itu adalah bersebabkan kurangnya pengetahuan mengenai sejarah silam bahasa Melayu.
[Baca teks penuh...]
05 Jan 2011 |
Dimuatkan
Awang Sariyan |
Makalah |
3 Ulasan
Secara kasarnya, ada dua aspek yang selama ini mendapat perhatian peneliti linguistik. Yang pertama ialah aspek teori dan konsep, sementara yang kedua ialah aspek penerapan teori dalam pelbagai subdisiplin linguistik seperti dialektologi, fonetik dan fonologi, semantik, pragmatik, tatabahasa, wacana dan sebagainya.
[Baca teks penuh...]
05 Jan 2011 |
Dimuatkan
Awang Sariyan |
Makalah |
1 Ulasan
DISIPLIN LINGUISTIK BERSANDARKAN EPISTEMOLOGI ISLAM Sudah sampai waktunya, pada hemat penulis, bahawa disiplin-disiplin ilmu kita, termasuk linguistik, ditanggap dan diberi oreintasi yang lebih cocok dengan keperibadian kita. Bahasa Melayu di alam Melayu berhak dihuraikan dengan berdasarkan pandangan sarwa yang telah ratusan tahun membentuk falsafah dan pemikiran, bahkan budaya umat di rantau ini, iaitu pandangan sarwa …
[Baca teks penuh...]
05 Jan 2011 |
Dimuatkan
Awang Sariyan |
Makalah |
4 Ulasan
IMPLIKASI EPISTEMOLOGI BARAT TERHADAP LINGUISTIK Implikasi epistemologi Barat terhadap teori, konsep-konsep, kaedah dan matlamat linguistik dan bahasa memang cukup ketara. Linguitik Melayu yang pada asasnya bersumberkan linguistik Barat tidak terlepas daripada mendukung dan mengembangkannya, sama ada dalam bentuk kuliah, tulisan mahupun kajian. Secara kasar, implikasi epistemologi Barat terhadap linguistik dan bahasa dapat dilihat dalam bentuk …
[Baca teks penuh...]