Kemaskini terbaru: February 9, 2015

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk April 2014

Artifak Perkapalan Malayonesia Sebelum Abad Ke-19 Berdasarkan Catatan Bertulis dan Sumber Arkeologi

Oleh: Mohd Rohaizat Abdul Wahab – Aktiviti perkapalan orang Melayu dipercayai bermula sejak daripada zaman pra-sejarah lagi iaitu ketika zaman Neolitik akhir di mana masyarakat dahulu telah berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan jalan air. Penempatan manusia zaman proto-sejarah yang kebanyakannya di pesisir pantai dan muara sungai mengilhamkan masyarakatnya menghasilkan kenderaan di air. Penemuan beberapa artifak berkaitan dengan perkapalan Melayu juga menunjukkan masyarakat Melayu dahulu telah menguasai ilmu pembuatan kapal. Pembuatan kapal merupakan satu kerja yang rumit dan kompleks kerana ia melibatkan beberapa teknik harus dikuasai oleh tukang perahu atau kapal. Beberapa teknik telah dicipta dan digunakan oleh tukang Melayu bagi menghasilkan kapal yang kukuh dan teguh. Kerja pembuatan kapal ini juga memerlukan perancangan yang rapi dan berstruktur bagi menjaga kualiti pembuatan dan memberi kepercayaan membeli dan penggunanya. Pembuatan kapal juga memerlukan satu pasukan kerja yang terlatih dan dipimpin oleh seorang tukang timbal yang mahir. Beberapa artifak mengenai perkapalan Melayu telah dijumpai di kawasan Malayonesia dan mempunyai teknik yang hampir sama. Jumpaan beberapa artifak perkapalan ini membuktikan masyarakat Melayu menguasai teknologi dan kemahiran dalam pembuatan kapal. Kertas kerja ini menghimpunkan artifak yang berkaitan dengan perkapalan Malayonesia yang telah dijumpai sebelum ini dan cuba menghurai teknik yang digunakan dalam pembuatan kapal.

[Baca teks penuh...]

Pertemuan Kumpulan Penyelidikan Bahasa dan Linguistik 5 April 2014

Pembentangan makalah

Pada 5 April 2014, Kumpulan Penyelidikan Bahasa dan Linguistik ASASI telah mengadakan pertemuan ke-4 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

[Baca teks penuh...]

Aktiviti-aktiviti bakal berlangsung April, Mei, Jun 2014

Berikut ialah aktiviti-aktiviti berkaitan ASASI yang akan berlangsung dalam bulan April, Mei, dan Jun 2014. Kumpulan Penyelidikan Falsafah ASASI akan mengadakan pertemuan 12 April 2014. Kumpulan Penyelidikan Sains Sosial ASASI akan mengadakan pertemuan 13 April 2014. Seminar Dialog Ilmu Melayonesia III akan diadakan pd 19 April 2014 di Pusat Dialog Peradaban,UM. Kumpulan Penyelidikan Ekonomi dan …

[Baca teks penuh...]

Sistem Matawang Pelengkap (Complementary Currency System)

Oleh : Mohd Aiman bin Badrul Khair – Matawang pelengkap ialah apa sahaja yang dipersetujui oleh sesebuah komuniti untuk digunapakai sebagai sistem pertukaran/ pembayaran selain daripada matawang konvensional/ nasional. Ia juga dikenali dengan nama-nama lain seperti matawang komuniti, matawang tempatan, matawang sekunder, dan matawang sosial. Matawang pelengkap secara umumnya bukan dicipta sebagai pengganti atau pesaing kepada matawang konvensional. Seperti namanya, ia berfungsi sebagai pelengkap (complementary) kepada matawang konvensional (Lietaer, Kennedy, Rogers 2012).

[Baca teks penuh...]

Perbandingan Aliran Teori Permintaan Wang oleh Keynes, Friedman dan Hayek

Oleh: Muhammad Harunurashid bin Thelatha – Beberapa aliran pemikiran ekonomi oleh sarjana – sarjana Barat pada dasawarsa ke–20 mempunyai pandangan berbeza tentang teori permintaan wang. Perdebatan masih wujud untuk menentukan aliran apakah yang terbaik. Penulisan ini akan cuba membincangkan aliran pemikiran teori permintaan wang oleh Keynes, Friedman dan Hayek.

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1