Pada 5 April 2014, Kumpulan Penyelidikan Bahasa dan Linguistik ASASI telah mengadakan pertemuan ke-4 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Seramai 9 orang peserta hadir di mana 4 orang pembentang telah membentangkan penyelidikan masing-masing. Pembentang yang membentangkan hasil kajian ialah
- Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM) – ‘Teori Percakapan / Wacana / Retorik Melayonesia’ (makalah)
- Amir Wijaya – ‘Perbincangan mengenai dasar teori nahu generatif: Apa sebenarnya yang Chomsky mahu?’ (makalah)
- Tarmizi Hasrah – ‘Persoalan mengenai Pembentukan Variasi Bahasa yang Baharu’ (makalah)
- Mohd Yunus Sharum – ‘Bahasa Emosi dalam Teks’
(makalah-makalah terbabit akan dimuatnaik ke Kesturi.net dalam masa terdekat.)
Pertemuan seterusnya dijangka akan diadakan pada 10 Mei 2014 di tempat yang sama, jam 9.00 – 1.00 ptg.
« Aktiviti-aktiviti bakal berlangsung April, Mei, Jun 2014 | Artifak Perkapalan Malayonesia Sebelum Abad Ke-19 Berdasarkan Catatan Bertulis dan Sumber Arkeologi »
Tiada komen
Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.