Kemaskini terbaru: January 2, 2013

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KETERLESTARIAN ILMU PENGETAHUAN

KETERLESTARIAN ILMU PENGETAHUAN

Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali

Menurut Shaharir 2012, keterlestarian adalah keadaan yang mencapai tahap wusta (sederhana, jalan tengah, seimbang dan adil) bagi fizikal, sosial, politik, ekonomi, pengetahuan-sains, kebudayaan dan keperluan rohani untuk manusia sejagat tanpa mengorbankan keseluruhan sumber dan ciptaan Tuhan supaya generasi akan datang akan dapat merasakannya sekurang-kurangnya pada tahap kebahagiaan yang sama dengan generasi sekarang di dunia ini dan juga di akhirat.
Tidak banyak sarjana yang menulis tentang keterlastarian ilmu. Menurut Shaharir 2012, kelestarian dalam bidang ilmu masih baru dan hanya beberapa tulisan yang menyentuh mengenai kelestarian seperti Segalas et al. (2009) membincangkan kecekapan (dalam pengetahuan dan pemahaman, kemahiran, dan kebolehan serta perangai), Makarov (2010)membincangkan hanya dalam modal intelektual, Lan (2008) yang membincangkan pendidikan vokasional dan Rao et al. (2008) yang membincangkan kos untuk pendidikan yang mencukupi. Ini masih tidak mencukupi terutamanya apabila mempertimbangkan isu mengenai perkembangan kelestarian ilmu pengetahuan.
Jika dilihat daripada kejatuhan beberapa tamadun besar dunia, faktor utama yang selalu dibincangkan adalah seperti peperangan dan kelemahan pemerintah. Tidak banyak sarjana yang membincangkan mengenai kejatuhan atau ketidaklestarian ilmu pada tamadun tersebut. Dalam beberapa kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap sebab kejatuhan beberapa tamadun, ketidaklestarian ilmunya juga memberi faktor utama kepada kejatuhan tamadun itu sendiri.
Antara sebab yang menjatuhkan sesebuah tamadun adalah:
a. Fahaman konservatif yang tidak mahu kepada perubahan seperti dalam tamadun Ming, Islam, Rusia dan India.
b. Pemerintah sudah tidak peduli dengan sarjana dan bidang ilmu pengetahuan.
c. Percetakan yang asalnya untuk memberikan maklumat dan ilmu kepada rakyat disekat dan hanya boleh mencetak notis sahaja.
d. Perusahaan besi hanya terfokus kepada ketenteraan.
e. Memandang rendah ilmu dari Barat.
f. Tidak berusaha untuk membuat pembaharuan.
g. Fanatik terhadap suatu mazhab.

Sebenarnya, banyak sebab yang menyebabkan sesuatu tamadun itu jatuh tetapi sebab-sebab yang dinyatakan di atas merupakan sebab yang ada kaitan dengan kelestarian ilmu. Jika dilihat satu persatu daripada sebab di atas kita akan dapat kaitkan ilmu pengetahuan yang tidak berkembang dalam sesuatu tamadun menyebabkan tamadun tersebut runtuh kerana bidang seperti ekonomi, sosial, dan pentadbiran semakin tidak berkembang dan ini menyukarkan sesebuah tamadun untuk meneruskan kegiatan mereka.

Rujukan
1. Kennedy, Paul M. (1945). Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar : Perubahan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke tahun 2000 ; Penterjemah Mohd Long ; Mohamed Diah Isa dan Abdul Razak Ator. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka (1994)
2. Mohamad Nurhakim (2008) Jatuhnya Sebuah Tamadun :Menyingkap Sejarah Kegemilangan dan Kehancuran Empayar Khalifah Islam. Kuala Lumpur: PTS Publication.
3. Shaharir b. M. Z. (2012). Paradigma baru bagi keterlestarian. Journal of Sustainable Development, 5 (1), 91-99

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *