Kemaskini terbaru: September 23, 2013

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Literasi Mantik Memantapkan Epistemologi – Sept 2013

 

Seminar

Literasi Mantik Memantapkan Epistemologi,
Pada  : 17 dan 18 September 2013,
Tempat : Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 

1.0          LATAR BELAKANG

  1. Seminar ini adalah anjuran bersama Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA dengan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia UPM dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA).
  2. Ilmu mantik adalah ilmu yang membincangkan kaedah-kaedah membimbing manusia  berfikir secara rasional untuk menghasilkan kesimpulan yang benar. Oleh kerana skop ilmu mantik merentasi nilai dan budaya sesuatu tamadun, maka usaha untuk membina ilmu yang rasional hendaklah berlandaskan epistemologi mantik.
  3. Kelunturan hubungan antara ilmu mantik dengan konsep asas yang membentuk epistemologi sesuatu ilmu dikenal pasti antara penghalang kepada pengintegrasian dan kemajuan sesuatu bidang ilmu.

2.0          OBJEKTIF

  1. Menemukan sejumlah pakar-pakar daripada pelbagai bidang terutama matematik, usuluddin, fiqah dan undang-undang dan mengintegrasikan ilmu mantik dalam bidang-bidang berkenaan.
  2. Menonjolkan etnomantik sebagai satu leluhur warisan tempatan yang berkait dengan aspek  nilai dalam sistem pendidikan di Malaysia.
  3. Kertas ucap utama dan jemputan akan disunting untuk diterbitkan sebagai jurnal atau bab dalam buku.

3.0       FORMAT SEMINAR

Pembentangan kertas utama dan kertas jemputan dibuat terus kepada tokoh yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing. Penyertaan seminar pula dibuka kepada umum dengan sasaran penyertaan seramai 150 orang yang terdiri dari ahli-ahli akademik, penyelidik, pelajar dan individu yang berminat.

tentatif seminar 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Dr. Razali Musa
Mel-e:  falak@unisza.edu.my
Tel: 09-668 8095

 

 

 

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *