Kemaskini terbaru: December 7, 2013

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PPSMI Tidak Menentukan Ranking Universiti – GMP

 

Hebahan Media GMP 1 Okt 2013, bil. 2


 

PPSMI TIDAK MENENTUKAN RANKING UNIVERSITI

 

GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) menyangkal pendapat Tun Mahathir tentang perkara PPSMI berperanan menentukan asana atau ranking universiti.

Bahasa pengantar universiti tidak pernah menjadi faktor penilaian asana universiti antarabangsa oleh mana-mana pihak penilainya seperti QS atau THES yang universiti kita ikut serta. Universiti di Asia yang ke-1 hingga ke-50 daripada 300 buah universiti yang dinilai oleh QS dalam tahun 2013 (bagi pencapaian universiti berkenaan dalam tahun 2012) adalah semuanya negara berkenaan itu (kecuali Singapura dan Hindia) tidak mengamalkan PPSMI, iaitu Arab Saudi, Iran, Israel, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Tiongkok (dan Hong Kong) dan Turki.

Walaupun universiti di Singapura berasana ke-2 dan ke-11 yang mungkin suka dijadikan contoh negara ber-PSMI tetapi universiti-universiti di Hindia yang juga ber-PSMI, asana tertingginya ialah yang ke-30. Perlu diingatkan juga bahawa selain PPSMI di Malaysia dilaksanakan sejak 2002 dan universiti-universiti di Malaysia pula sejak 2004 sudah berbahasa pengantar Inggeris semuanya hingga kini tetapi ternyata tiadalah juga kesan positifnya terhadap asana universiti kita, bahkan UIAM, yang memang berpengantar Inggeris sejak penubuhannya 1983 lagi beroleh asana ke bawah 50.

 

Pengerusi GMP
Dr. Shaharir Mohamad Zain
1 Okt 2013

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *