Pengislaman ilmu bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Usaha ini telah dimulakan semenjak tahun 1970-an lagi menerusi pelbagai kaedah. Walau bagaimanapun, setelah lebih tiga dekad, usaha ini kelihatan masih belum cukup diterima di kalangan masyarakat, meskipun wacananya sudah masuk ke peringkat yang tinggi dan matang. Sehubungan dengan itu, satu bengkel pengislaman ilmu yang dikhususkan untuk generasi muda wajar diadakan bagi mengisi kekosongan ini.
Dengan tema Pengislaman Ilmu: Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif, diharapkan bengkel yang diterjemahkan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) ini dapat difahami oleh generasi baru. Malah, dengan adanya bengkel ini, kesinambungan perjuangan ASASI bakal ditampung dengan kukuh.
Di samping dua alasan itu, bengkel ini juga dijangka dapat mengatasi kekurangan ahli yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan yang telah dibentuk sebelum ini. Sekurang-kurangnya, dengan kesedaran yang dipupuk dari bengkel ini, ada di kalangan pesertanya yang dapat terlibat langsung dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan itu.
Walaupun pengisian bengkel ini kelihatan sangat asas, namun ia sesuai dengan sasaran peserta bengkel yang terdiri daripada mahasiswa, tutor, dan pensyarah-pensyarah muda, Mudah-mudahan menerusi sumbangan tenaga belia ini, ASASI mampu meningkatkan daya penyelidikannya. Sememangnya kekuatan ASASI adalah pada kebelakaan idealoginya. Lantaran itu, idealogi ini perlu ada pewarisnya.
Tujuan:
- Membina kesedaran terhadap generasi baru tentang Pengislaman Ilmu
- Membina generasi pelapis untuk perjuangan Pengislaman Ilmu dan kritis terhadap sains barat
- Membentuk barisan ahli dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan ASASI yang telah sedia dibentuk
Sasaran Peserta (25 orang):
- Mahasiswa
- Tutor
- Pensyarah Muda
Tarikh 16 Ogos 2008
Tempat: Sudut Wacana ATMA, UKM, Bandar Baru Bangi
Perasmian: Prof Dr. Osman Bakar, Mantan Presiden ASASI (maseh dalam cadangan)
Penutup: Prof Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud, Presiden ASASI
Aturcata:
16 Ogos 2008 (Sabtu)
08:00—08:45 Pendaftaran
08:45—09:00 Perasmian
09:00—10:30 Dr. Mat Rofa Ismail (UPM)
Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif Berpaksikan Islam dan Melayu
10:30—11:00 Jamuan ringan
11:00—12:30 Dr. Shaharir Mohd Zain (ASASI)
Kaedah-Kaedah Asas yang Terpinggir dalam Pembangunan Sains
12:30—02:00 Makan Tengahari dan Solat
02:00—03:15 Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)
Sistem Angka Melayu dan Persoalan-Persoalannya
03:15—04:30 Baharrudin Zainal (UDM)
Prinsip-Prinsip Astronomi dalam Tamadun Islam dan Melayu
04:30—05:00 Taklimat Kumpulan Penyelidikan ASASI dan Penutup
05:00— Jamuan dan Bersurai
Jika berminat untuk menyertai program ini, sila mendaftar menerusi borang yang disediakan di sini. Pihak ASASI akan mengesahkan penyertaan anda melalui balasan mel-e nanti. Penyertaan adalah PERCUMA. Sementara, tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 10 Ogos 2008.
Selamat bertemu nanti!
« Senarai Isi Kandungan Jurnal Kesturi (1991-2006) | Intelektual al-Haramain Sebagai Penyepadu Ilmu »
5 Komen
Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.
01 Aug 2008
Ali Bukhari bin Amir
014-3233287
02 Aug 2008
Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
012-9344553
03 Aug 2008
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
019-9070095
05 Aug 2008
Mohd Rizal B Hamdan
012-3704563
08 Sep 2008
[…] Melayu-IslamSharudin Sharif on Soal Selidik Bengkel Pengislaman Ilmu 2008MOHD RIZAL B HAMDAN on Bengkel Pengislaman Ilmu 2008Abdul Rahim Hilmi Zakariya on Bengkel Pengislaman Ilmu 2008Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal on […]