Kemaskini terbaru: October 5, 2008

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ujian Pemalsuan Kaedah Penting Sains

Radzuan Ghazali

Judul: Pemalsuan dan Tatakaedah Atur Cara Penyelidikan Sains
Pengarang: Imre Lakatos
Penterjemah: Shaharir Mohamad Zain
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2003

Falsafah sains Barat klasik seperti falsafah Kant yang diruntuhkan oleh geometri bukan Euklidan dan teori Einstein memang terkenal. Falsafah yang lebih asas lagi yang ditonjolkan pada awal abad ke-20 oleh Bartley ialah justifikasisme, iaitu kepercayaan perlunya teori sains dijustifikasikan dengan ketatnya.

Falsafah ini juga roboh kerana penemuan atau pembinaan sains yang dirasionalkan keesahannya menerusi kebarangkalian. Ekorannya, falsafah sains tajaan Popper, Kuhn, Feyerabend dan kalangan Vienna menjadi falsafah yang dominan.

Falsafah tersebut menjadi perbahasan hangat abad ke-20 hingga kini kerana pertentangannya antara satu dengan lain serta kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Lakatos mengkritik semua falsafah ini, namun tumpuannya lebih pada falsafah Popper dan Kuhn kerana kedua-dua falsafah ini memusnahkan kekuatan falsafah lain dan wujudnya persaingan hebat antara dua falsafah itu. Mulanya, Lakatos memaparkan kelemahan justifikasisme dan bukan maksumisme menerusi falsafah pemalsuanisme Popper dan pelbagai versinya.

Beliau juga memaparkan kelemahan teori Duhem-Quine yang menjadi saingan pemalsuanisme Popper dalam aspek penentuan palsunya teori atau cerapan, dan nasib teori atau cerapan yang dipalsukan. Kemudian berasaskan sistesis falsafah Popper dan Kuhn serta pendekatan sejarah, Lakatos membina falsafah sains yang dinamainya tatakaedah atur cara penyelidikan atau ringkasnya atur cara penyelidikan.

Beliau membuktikan kekuatan falsafah ini menerusi sejarah perkembangan sains jasmani yang besar seperti teori Batlamus dan Keppler-Newton, teori Einstein dan teori Kuantum. Falsafah Lakatos adalah siri teori yang dibinanya yang dipanggil teras liat, pending perlindungan, heuristik negatif dan heuristik positif. Falsafah Lakatos berjaya mengatasi sebahagian besar kelemahan pemalsuanisme Popper dan Kuhnanisme yang antaranya termasuklah masalah perbezaan sains dan bukan sains yang menjadi motivasi asal Popper mengutarakan falsafahnya.

Buku ini karya Imre Lakatos, seorang Profesor di London School of Economics yang terkenal sebagai seorang ahli falsafah matematik dan sains adalah terjemahan dari sebuah makalah penulis dalam antologi penulis dan Alan Musgrave, Criticism and the Growth of Knowledge, Cambride University Press 1970 dan diterjemahkan oleh Pensyarah Pusat Sains Matemtik, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain.

2 Komen

  1. kenapa ulasan ini terlalu ringkas?

  2. Gimana caranya dapat buku ini?
    Kalo bisa ulasannya agak lengkap sedikit biar kita memahami ide centralnya….
    Chauuuu…..

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *