Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu II

Etnomatematik adalah kajian tentang matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu kaum. Sekitar tahun 1970-an, bidang ini telah diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Eropah oleh beberapa tokoh seperti d’Ambrosio, Marcia, Paulus Gerdes, Ahuja Mangho dan Frank Swetz.

Perluasan tesis Kuhn, 1962 kepada matematik oleh Shaharir (1992) dan Ernest (1993) menunjukkan program sains matematik semuanya berasal daripada Etnomatematik. Matematik moden ini pada hakikatnya berkembang daripada etnomatematik dan ia merupakan kunci untuk memahami matematik kontemporari yang berkembang daripada susur galur yang sama.

Sehubungan itu, Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Rumpun Melayu (KuPELEMA) di INSPEM telah berjaya melaksanakan 3 seminar peringkat antarabangsa (2007) dan serantau (2008), bulanan (Julai 2009) namun usaha-usaha yang lebih drastik diperlukan untuk mengembangkan bidang ini pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu II

Pada 21 Julai 2009, INSPEM dengan kerjasama ASASI telah menganjurkan Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu. Memandangkan kepada sambutan yang agak baik terhadap penganjuran seminar tersebut, pihak INSPEM dan ASASI sekali lagi akan menganjurkan seminar yang sama sebagai kelangsungan sirinya. Seminar ini dibuka kepada para mahasiswa, tutor, pensyarah, penyelidik serta mereka yang berminat. Butiran Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu II ini adalah seperti berikut:

Masa                    : 8:30 pagi-5:00 petang
Tarikh                  : 20 Ogos 2009
Tempat                : Bilik Seminar al-Khawarizmi,Bangunan Matematik, Universiti Putra Malaysia
Sasaran               : Mahasiswa, Tutor, Pensyarah, Penyelidik dan mereka-mereka yang berminat

Had Penyertaan  : 30 Peserta / PERCUMA

Senarai Pembentang adalah seperti berikut;
1. Dr. Shaharir Mohamad Zain
2. Prof. Dr. Mohd. Hazim Shah Abd. Murad
3. Dr. Fazal Mohamed Bin Mohamed Sultan
4. Mohd. Yunus Sharum – Perisian Pembina Leksikon Pemantapan Pembangunan Sumber Linguistik dan  Morfologi (terkomputasi) Bahasa Melayu
5. Wan Mohd Aimran
6. Nasha Rodziadi Khaw
Kepada mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan menerusi borang di bawah.

Sebarang pertanyaan mengenai Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu II dan tentang ASASI bolehlah dirujuk kepada: asasi@asasi.my.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *