Kemaskini terbaru: October 6, 2008

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Persidangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Berikut merupakan laporan Persidangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Badan Bukan Kerajaan Dan Individu Pada 26 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Putrajaya.

Isu: Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PSMI)

1. Lima pembentang undangan (sesi pagi):

  • Seorang dari bank antarabangsa, bank Perancis : Pro Bahasa Inggeris (BI)
  • Seorang mantan guru fizik: Pro BI
  • Seorang mantan guru bahasa Inggeris (bukan guru sains/matematik)
  • Seorang wakil PEMBINA (katanya perunding PM!): Pro Bahasa Melayu (BM)
  • Prof. Nik Safiah wakil PLM: Pro BM

Sambutan dalam masa 10 minit bagi setiap pembentang: Majoriti tidak bersetuju dengan dua orang pembentang pertama itu.

Terhadap tiga orang pertama yang menjadi pembentang undangan itu, nampaknya ramai hadirin yang berpandangan “ketokohan”-nya tidak kena dengan majlis ini. Perbincangannya lebih kepada kepentingan bahasa Inggeris, bukan kepada tajuk Meja Bulat. Malah ditegur oleh beberapa orang hadirin supaya pengurusi membuat penegasan isu yang perlu dibincangkan, iaitu PSMI, bukannya kepentingan bahasa Inggeris. Namun pengerusi tidak berbuat demikian dan oleh keadaan ini berlarutan sepanjang Meja Bulat itu.

2. Sambutan Hadirin (sesi Petang):

Tiada peluang yang cukup untuk hadirin bercakap kerana dipenuhi masa untuk para jurucakap undangan (JCU), iaitu seramai 21 orang. Hanya 6 orang yang memohon bercakap yang berpeluang bercakap. Mereka itu ialah yang berikut:

  • JCU (1): Abdul Rauf, wakil PEMBINA: Pro-BM (Pro-bahasa Melayu), balik ke pangkal jalan (BPJ)
  • JCU (2): Wakil PKPIM: Pro-BM, BPJ
  • JCU (3): Prof. Hassan Abdullah (Wakil Pers. Peterj. Malaysia): Pro-BM, BPJ
  • JCU (4): Tim. Pres. PIBG Malaysia, Wakil PIBGM: Pro-BM, BPJ
  • *JCU (5): Prof. Wan Mokhtar (Wakil UKM): Pro-BM, BPJ
  • *JCU (6): Prof. Wan Ramli, Presiden ASASI, mewakili ASASI : Pro-BM, BPJ
  • JCU (7): Dato’ Omar Hashim (Mantan Tim. Pengarah Pelajaran Malaysia): Pro-BM, BPJ
  • JCU (8): Dato’ Shukur (Mantan Ket. Penga. Pel. Malaysia): Pro-BM, BPJ
  • *JCU (9): Baha Zain (Sasterawan, individu): Pro-BM, BPJ
  • *JCU (10): Prof. Mohd Haji Salleh (individu): Pro-BM, BPJ
  • JCU (11): Wakil sekolah-sekolah Tamil: Pro-Bahasa Ibunda (Pro-BIbu), BPJ
  • JCU (12): Tan Ah Chai, wakil Dewan Perhimpunan China: Pro-BIbu, BPJ
  • JCU (13): Wakil kumpulan Penyelidik sekolah-sekolah di Johor: Pro-BIbu, BPJ
  • JCU (14): Wakil Dhong Zhong: Pro-BIbu, BPJ
  • JCU (15): Guru dari Sabah/Sarawak(individu?): Pro-BI (Pro-bahasa Inggeris), kekalkan dasar sekarang (KDS)
  • JCU (16): Individu dari SCOMI Sdn Bhd: Pro-BI, KDS
  • JCU (17): Elis, Ibu pelajar (individu): Pro-BI, KDS
  • JCU (18): seorang jurubank (individu): Pro-BI, KDS
  • *JCU (19): seorang Individu: Pro-BI, KDS
  • JCU (20): Naib Presiden Unilever (individu): Pro-BI, KDS
  • JCU (21): Wakil PIBG, Sekolah Bkt. Damansara: Pro-BI, KDS
  • JCU (22): Lau, wakil penerbit buku teks: Neutral, asalkan tidak menjejaskan perniagaannya. Kalau nak BPJ dia pohon buat secara perlahan-lahan supaya tidak menjejaskan penerbitan buku sekarang.
  • JCU (23): Lucie, wakil guru? : Neutral? (ikut arahan?)
  • JCU (24): seorang UMNO, P.J (Individu): Neutral? (ikut ketua).
  • JCU (25): Wakil Petrosains: Neutral
  • *JCU (26): Dato Raman (Individu): Neutral?
  • JCU (27): Wakil Permuafakatan Guru-Guru?: Ikut perintah sahaja.

* bukan jurucakap undangan, tetapi berpeluang bercakap juga

Kesimpulan

Daripada pembentang undangan, yang menyokong dasar sekarang dikekalkan berbanding dengan yang mahu balik ke pangkal jalan adalah sama bilangannya, walaupun hujah-hujah yang lebih akademik dan berasaskan penyelidikan berpihak kepada yang mahu balik ke pangkal jalan. Namun ini boleh dikatakan akibat tokoh pilihan pihak penganjur sahaja.

Segi Sambutan hadirin itu didapati 14 wakil (9 Badan Bukan Kerajaan dan 5 individu) yang mahu balik ke pangkal jalan (hentikan PPSMI); 6 pihak yang boleh dianggap neutral atau ikut ketua/perintah (4 individu, 1 wakil Badan Bukan Kerajaan dan 1 UMNO yang tak sepatut diambil kira); dan 7 pihak yang mahu PPSMI diteruskan (6 individu, 1 Badan Bukan Kerajaan) .

JELASLAH majoriti perwakilan di Meja Bulat ini mahu PPSMI dihentikan segera.

Walaupun demikian nampaknya Pengurusi Meja Bulat tidak membuat kesimpulan yang sebegini. Pencatat ini memohon (di luar persidangan) supaya beliau membuat perakuan yang lebih tepat dengan perjalanan sebenar Meja Bulat.

Pencatat ini: Dr. Shaharir b.M.Z. (seorang peserta yg tidak berpeluang bercakap).

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *