Kemaskini terbaru: December 22, 2008

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib oleh Shaharir Mohamad Zain

Tabii Kaedah Sains

Kaedah/metode sains ialah cara-cara seseorang sarjana memperoleh ilmu baru. Oleh itu kaedah sains ialah kaedah/metode penyelidikan/penelitian/riset sains. Caranya mungkin dianggap dapat digali daripada pengalaman seseorang ahli sains, seseorang pelajar yang berjaya, seseorang guru yang berjaya, dan menyelami tabii sesuatu ilmu sains itu. Jika demikian persoalan ini mungkin banyak tindanannya dengan epistemologi, falsafah ilmu, dan falsafah pendidikan ilmu.

[Baca teks penuh...]

Wacana Bahasa Ilmu

Dua unsur baru dalam wacana bahasa ilmu diketengahkan iaitu tahap sebenar bahasa Melayu sebelum abad ke-19 dalam sains dan teknologi dan peranan bahasa asal dalam penciptaan konsep dan teori sains semasa seperti dalam sains pengurusan yang dapat dikritik dan seterusnya dibina semula berasaskan etimologi dan simantik Melayu terhadap urus, pimpin, optimum, bunga/riba’ dan mudharabah; dan dalam Teori Einstein yang dibandingkan dengan konsep masa dan ruang Melayu, Inggeris, dan Jerman.

[Baca teks penuh...]

Siapakah Melayu?

Ada banyak teori asal-usul bangsa. Melayu tidak terkecuali. Mereka yang yang terlibat dengan teori asal-usul manusia ialah agamawan, ahli mitologi, ahli biologi, ahli arkeologi, ahli sejarah, ahli antropologi dan ahli linguistik. Samalah dengan teori bangsa lain juga, semua teori asal-usul Melayu itu berlegar pada dua teori amnya, iaitu teori yang berasaskan kepada hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” dan satu lagi berasaskan pada peribumi atau azali. Sesuai dengan judul bab ini perkara yang

[Baca teks penuh...]

Kritikan Terhadap Mahathir Dalam Isu PPSMI

Dr. Mahathir memang berpegang pada makna “semangat kebangsaan” yang salah. Sesuatu dasar yang membelakangi bahasa B padanya tidak bertentangan dengan “semangat kebangsaan B” . Ini suatu pendirian yang aneh dan tidak akan berlaku di mana sahaja bangsa di dunia ini. Bayangkan B itu Perancis, Jerman, Inggeris atau Jepun dan sebagainya. (tetapi jangan bayangkan negara-negara di Afrika, India, Filipina, dsbnya; iaitu negara-negara yang parah terjajah dan mundur atau yang tidak layak menjadi model kemajuan)

[Baca teks penuh...]

Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam

Istilah Melayu di dalam kertas ini perlu dijelaskan kerana tanah kediaman orang-orang Melayu, Asia Tenggara, berpecah-belaah akibat ditakluki oleh penjajah (setengahnya silih berganti): Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, atau/dan Amerika Syarikat, malah Perancis,Thailand, atau/dan, daripada satu perspektifnya Kemboja,Vietnam dan Cina. Secara ijmaknya memanglah dipersetujui bahawa orang-orang Melayu

[Baca teks penuh...]

Kerajaan Wajar Berpatah Balik

Saya menyokong pandangan sesiapa juga yang meletakkan bahasa sendiri sebagai bahasa pendidikan anak bangsa, sekurang-kurang di peringkat awal pendidikannya. Bukan kerana “assabiyah” tetapi kerana sudah terbukti keistimewaannya pendidikan sains dalam bahasa sendiri. Di peringkat penciptaan ilmu telah terbukti demikian: mereka yang pernah terdidik dalam bahasa dan kebudayaan sendirilah yang melahirkan karya aslinya dalam sains dan teknologi, apatah lagi sastera.

[Baca teks penuh...]

Mencerna Sains Menurut Acuan Alam Melayu-Islam

Apakah tabii sains Melayu-Islam? Sains Melayu-Islam ialah sains yang diolah semula, ditafsir, disesuai dan dibangunkan oleh mereka yang prihatin kepada umat Islam, serta berpandangan alam Melayu dan mengungkapkan buah fikirannya dengan berwahanakan bahasa Melayu dan tidak bercanggah dengan nilai Islam. Pandangan alam Melayu itu tentunya sarat dengan nilai risalah Islam yang dengan rela hati didukungi oleh orang Melayu kerana keislamannya atau wawasan

[Baca teks penuh...]

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.

[Baca teks penuh...]

| Halaman 3 | Selepas »