Kemaskini terbaru: July 21, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk July 2009

Rumah yang Berkembang: Pengajaran daripada Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu

Keluarga merupakan unit terkecil dari sebuah tamadun yang memegang peranan penting dalam menentukan corak dan karakter sesebuah peradaban. Sebuah tamadun yang kuat hanya dapat lahir dari institusi-institusi keluarga yang kuat. Oleh kerana itu di dalam usaha memperkuatkan peradaban dan budaya Melayu kita perlu meneguhkan lagi sistem keluarga-keluarga yang ada pada masyarakat Melayu. Permasalahan yang paling …

[Baca teks penuh...]

Pengislaman Sains sebagai Rencana Penyelidikan Jangka Panjang: Ke Arah Mengamalaksanakan Sains Islam Jika Anda Benar-Benar Mahu

Sains Islam sebagai disiplin ilmiah yang merumuskan rencana penyelidikan tajribi/amali/empiris jangka panjang yang bertujuan mengamalaksanakan nilai-nilai adab dan ilmu Islam (tatanilai ilmu dan tatanilai adab) ke dalam semua kegiatan sains dan teknologi masakini. Pengertian ini menjadikan ‘Sains Islam” sebagai satu kerangka/paradigma baru, atau tatakaedah penyelidikan baru, bagi semua kegiatan sains masakini agar terbina sains dan teknologi yang menzahirkan Pandangan Alam Islam (Islamic Worldview) ke dalam alam nyata.

[Baca teks penuh...]

Kesalingkaitan antara Agama dengan Sains: Ke Arah Meletakkan Semula Sains & Teknologi di bawah Pengarahan Shari‘ah Islamiyyah

oleh: Dr. Adi Setia2 1. Pengenalan: Hubungkait antara ‘Ulum Naqliyyah dengan ‘Ulum ‘Aqliyyah Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada ilmu naqliyyah dan ilmu ‘aqliyyah, di mana ilmu ‘aqliyyah dilihat sebagai berkhidmat kepada ilmu naqliyyah.3 Maka dari hakikat itu, kita boleh faham bahawa, dalam konteks semasa ini, sains dalam Islam ialah sains yang berkhidmat kepada Islam. Ini …

[Baca teks penuh...]

KERAJAAN CAMPA – Hubungannya Dengan Vietnam

Mohamad Zain Bin Musa ATMA – UKM Campa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa …

[Baca teks penuh...]

Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu

Etnomatematik yang sebelum ini merupakan suatu kaedah dalam pendidikan Matematik, dan masih lagi seperti demikian di mana-mana kawasan dunia, kini di Malaysia dijadikan sebagai kaedah penyelidikan untuk merungkai pencapaian Bangsa Melayu semenjak awal dalam bidang Matematik dan bidang-bidang berkaitan dengannya. Perubahan paradigma ini diusulkan oleh Dr. Shaharir bin Mohd Zain, penyelidik Bersekutu INSPEM.

[Baca teks penuh...]

Penyebaran Pertama Epistemologi di Asia Tenggara

Sebelum beberapa penemuan yang kami buat sekitar tiga tahun kebelakangan ini terhadap keberadaan suasana kecendekiawanan pada zaman-zaman awal Asia Tenggara, umum hanyalah mengetahui secara rambang bahawa wujudnya masyarakat cendekia dikalangan penganut Hindu dan Buddha yang menghuni Asia Tenggara. Tidak pernah ditunjukkan apakah aktiviti-aktiviti ilmiah yang diusahakan oleh masyarakat cendekia ini. Adakah mereka memiliki perpustakaan?

[Baca teks penuh...]

| Halaman 1